Pages

Saturday, November 19, 2011

Buat Sendiri Untuk Kulit Muka Cantik



Tidak ramai wanita dilahirkan dengan kulit cantik tanpa sebarang masalah. Ramai wanita obses dengan kecantikan hingga sanggup berhabis wang ringgit untuk mendapat kulit yang di idamkan. Kaedah tradisional mungkin lambat menunjukkan kesannya, tetapi yang penting ia selamat dan bebas bahan kimia berbahaya. Mesti rajin, kalau malas tak payah nak cantik! Jom buat sendiri,





Telur dan Minyak Jagung
Ini paling senang untuk diamalkan. Dulu selalu jugak sapu telur kat muka. Rasa tegang dan licin jer kulit muka. Untuk hasil yang lebih baik, boleh gunakan kuning telur, minyak jagung dan sedikit air sebagai topeng muka (masker). 

Nenas
Kandungan enzim bromelain dalam jus nanas boleh melarutkan sel kulit mati yang menyebabkan pengumpulan lebih banyak sel mati di muka. Jus nenas segar juga boleh menaikkan seri kulit yang kusam. Rendam tuala muka ke dalam jus nanas dan letak tuala pada muka selama 15 minit.


Betik dan Limau Nipis
Betik mengandungi enzim yang bermanfaat untuk membersihkan kotoran dan sel-sel kulit mati. Ia juga mengandungi vitamin C yang bermanfaat sebagai antioksidan. Untuk kulit halus, lembut dan cerah, ambil betik, hancurkan dan campurkan rata dengan titisan limau nipis. Sapukan ke wajah dan lakukan sekali seminggu. 


Timun dan Lemon
Timun adalah buah yang banyak mengandungi air dan tiada kalori sehingga bermanfaat untuk menyegarkan sekaligus melembabkan kulit. Untuk kulit cerah berseri, hancurkan timun, kemudian titiskan perahan lemon. Kacau rata dan sapukan ke wajah, leher dan seluruh bahagian tubuh yang ingin diputihkan. Biarkan 15 minit dan bilas dengan air bersih.


Madu dan Lemon
Madu bermanfaat untuk mencerahkan kulit. Lemon juga kaya dengan vitamin C yang mampu memperbaiki tekstur kulit, terutama kulit yang mudah terbakar matahari. Ambil madu dan perahan lemon dengan jumlah yang sama, kacau hingga rata dan sapu ke wajah, leher serta bahagian kulit lain. Biarkan selama 15 minit kemudian bilas hingga bersih. 



Yogurt dan Perahan Limau
Di dalam yogurt terkandung vitamin C dan B3 yang bermanfaat untuk mencerahkan kulit. Sementara limau juga kaya akan vitamin C dan sejak dulu digunakan untuk memutihkan kulit. Campur yogurt dan perahan limau, gaul hingga rata kemudian sapu ke wajah dan biarkan selama 15 minit kemudian baru cuci muka.



Strawberi dan Susu
Kandungan vitamin C-nya yang sangat tinggi dalam strawberi sesuai untuk mencerahkan kulit. Jika dicampur dengan susu yang kaya mineral, ia akan menyempurnakan tekstur kulit serta menutrisi kulit sehingga kulit menjadi lebih sihat. Caranya dengan menghancurkan strawberi hancurkan dan tuang susu segar secukupnya. Sapu ke wajah, leher dan seluruh tubuh dan biarkan 15 minit kemudian bilas dengan air bersih. Lakukan dua kali seminggu.


Tomato, Oatmeal dan Susu
Mencerahkan dan menyihatkan kulit boleh juga menggunakan tomata. Tomato mengandung vitamin C yang bermanfaat untuk membunuh sel kulit mati. Selain itu ia juga kaya antioksidan untuk mencegah proses oksidasi sehingga kulit menjadi lebih sihat. Oatmeal dan susu yang kaya mineral akan memperbaiki tekstur kulit dan mengurangi noda-noda hitam. Caranya tomata segar di hancurkan, tambahkan oatmeal dan susu secukupnya. Kacau hingga rata dan sapu ke wajah kemudian biarkan 20 minit hingga mengering. Lakukan seminggu sekali.




17 comments:

  1. benda ni lamabt.. guna safi jea.. sng ;D

    hehehe..

    ReplyDelete
  2. nak kena rajin la ni..bru menjadik kan..

    ReplyDelete
  3. Tak pernah buat pun semua tu.. tp, rasa nak cantik. Kena rajin ni.. Tkasih PK kongsi info..

    ReplyDelete
  4. nasib la saya bukan pompuan.... hahahaha..... saya baca pun rasa leceh je nak buat sume tuh........ saya nk sikat rambut pun malas, lagilah nak wat mcm tu... haha errr pn kutu buat sume tu x? tettttttt

    ReplyDelete
  5. tq info ni.... tgh terpikiq bila nak start. :)

    ReplyDelete
  6. orang laki leh buat jgk ke kak????

    huhuuh

    ReplyDelete
  7. suka dgn info ini.. apapun ssh nak sediakan diri utk itu semua.. guna ready-made saje buat mase ini..ngeee

    ReplyDelete
  8. bahan senang dicari cuma xgitu rajin nk buatnya...hi.hi.hi...

    ReplyDelete
  9. setakat ni semua memang pernah cuba. hahaha. lagi prefer natural recipe dari yang ada bahan kimia ni.

    ReplyDelete
  10. mmg bagus tp kalu jnis mls cam sy ni.. xmanjadi jugak.. hihii

    sbnrnya kdg2 tingin jugak, tp tu la.. mls.. lg2 alisha ni haa kalu dia tgk agaknya mulalah dia nk join skali.. hihii

    ReplyDelete
  11. Silap hari bulan, bukan dibuat pencantik kulit tapi dimakan pula. Hehehe...

    ReplyDelete
  12. tips yg menarik....boleh cuba jugak nanti....

    ReplyDelete
  13. wah! saya sukalah buat masker tu!

    ReplyDelete
  14. thanks kak..bila bc ni nk buat tu nk buat ni..

    tp nt da lupa n x buat2 pon..

    waaa

    ReplyDelete
  15. alamak...1 pun tak pernah buat kak...huhu..

    gmbar ni cantik, 2 makna =)

    ReplyDelete
  16. nice info..tp xtau la bile nk start kn hehe :)

    ReplyDelete

Komen tanpa nampak kejanggalan ok!