Alhamdulillah contest yang aku dan Tengku Puteri anjurkan telah tamat dengan jayanya. Nampaknya ramai yang bertanyakan link kisah dongeng peserta yang berjaya walaupun sebenarnya puteri dah bagi dalam entrinya. Mungkin korang tak perasan.
Kesian benar si macho hyz lima kali tawaf dekat entri puteri tu cari link tak jumpa.hehe..Kak Yong pun bertanya hal yang sama. Aku jadi pelik pasal apa korang tak jumpa link pemenang? Jadi untuk tidak menghampakan ramai pihak, aku kasi review kisah dongeng pemenang versi aku pulak. Takpe kan puteri? Kasi up sikit trafik depa.kehkeh..
Setelah bertintong seberapa ketika, aku dan puteri sebulat suara memilih pemenang berdasarkan cerita yang telah menambat hati kami. Aku rasa mereka sudah cukup layak dinobatkan sebagai penglipur lara istana. Buat yang tidak berjaya, jangan kecewa. Seperti kata vince, semua adalah pemenang, tidak ada pengalah..Boleh cuba lagi lain kali. Kalau aku buat segmen ada ke yang nak join ekk?haha..
Juara Mr Doctor
Dr muda vs ustaz rock nie buat kisah adaptasi rapunzel, tapi tersangatlah weird love story. Dari mula aku baca sampai habis asyik tergelak saja. Sedikit sedutan :
So he continued his words. “Coz you’re amazing, just the way you are, I think I wanna marry you. Dah lama cek cari wanita muslimah sejati macam hang. Pakai tudung, pakai purdah lagi. Jom kawen.” Mr Doctor’s face turned red cause dia malu-malu. “Why pulak hang tak amik anak aku? Kan dia lagi vogue?” Puan Kutu asked curiously but of course, she was elated. “Nenek kau! Takmau aih cek, rambut busuk, kembang cam Kak Limah je pon. Ada hati nyanyi lagu artist peberet aku, Lady Nganga.
Hahaha..puan kutu dapat hero okay..Tapi Orlando Bloom milik puteri. Tak aci!
Tempat ke-2 Chocolate
Si Nasuha kreatif dengan cerita dan menteranya. Lukisan comel tu juga menunjukkan komitmen dan usaha yang tinggi. Dalam kisah dongengnya, aku dan puteri merupakan anak kembar yang disihir. Sedikit sedutan :
"Sebenarnya hamba pun disumpah oleh Permaisuri Taragigi Padanmuka.Hish..dahlah takde gigi,lepas tu nak paksa orang kahwin anak-anak dia pulak tu!Sumpah ini dah pecah sebaik sahaja Tengku Puteri meluahkan perasaanya kepada hamba.Dan satu hal lagi hamba dengan Putera Asyraf adik-beradik"katanya Putera Amir tersengih kambing.
Ternyata cinta sejati telah memusnahkan sihir tersebut.
Tempat ke-3 Ninie
Cikgu ninie ni siap buat kisah dongeng yang dikarang sebagai review untuk anak muridnya tau. Solute cikgu ninie. Cerita best walaupun kurang jenaka. Sedikit sedutan :
One day, the sun went up so brightly, glowing to lighten the entire land of Kuturama. The King and Queen were chatting in the royal garden, w
Bahasanya cantik-cantik kan?
Tempat ke 4 Puan bee
Pssstt header kembo comel gila. Ok tak kena mengena.haha..Adoyai pandai juga berlawak jenaka si bee nie. Ada ke patut kedekutnya sampai puteri pun nak dihantar cabut gigi kat klinik kerajaan..Sedikit kedutan..haha sedutanlah :
Lantas Bonda nya pun menyentap “Nenek kebayan abah kau !!!” itu rantai bonda yang punya , semalam bonda shopping rantai berlian itu lah sehingga limit kad kredit yang di beri oleh ayahanda kau .. faham.. bonda sengaja sorok di bawah bantal kau .. untuk mengelakkan ayahanda kau tahu kau tau !!!..
Kesian sama puteri yer..
Tempat ke-5 Pen Biru
Ini kisah di negeri mangkuk berayun, puterinya mempunyai tabiat buruk sehinggalah diselamatkan oleh puan kutu. Sedikit sedutan :
Arakian negeri itu diperintah secara demokrasi terpimpin oleh seorang anak raja yang bernama Tengku Puteri. Adapun Tengku Puteri ini mempunyai tabiat yang kurang menyelerakan iaitu mengorek hidung di depan rakyat jelata dan kadangkala mengorek telinga dengan penuh semangat di depan khalayak tanpa segan silu. Ada-ada saja aktiviti jari-jari tangannya yang aktif itu mencemar duli dan tidak pernah berdiam pun jari jemarinya itu hatta ketika tidur sekalipun.
Botak kepala memanda menteri dok fikir hal puteri.haha memang lawak!
Tempat ke-6 Reena
Kisah dongeng mama vogue nie tentang Puteri punya masalah kerana terlalu fofuler seantero dunia. Sedikit sedutan :
Mendengar permintaan yang simple itu, Tengku Puteri terus mengangguk-angguk setuju dengan pantasnya tanpa menoleh ke belakang lagik. Pada pemikiran Tengku Puteri setakat Puan Kutu nak lepak atas kepala, apalah sangatnya. Lagipun bukan orang boleh nampak pun Puan Kutu disebalik rambutnya yang ikal mayang itu. Yang penting kegiatan shopping beliau di KLCC dan The Garden dapat diaktifkan semula .
Nak ubatkan siap ada syarat wokey..boleh usha syarat-syaratnya kat blog reena..
Klik pada nama pemenang untuk membaca cerita penuh peserta. Kalau tak jumpa link lagi memang pendek umurlah..hehe
hahaha tq pn kutuk..... da baca no 1 2 ngn 3... kang malam sambung balik membaca... hohoho.. diaorg ni boleh masuk maharaja lawak lah...
ReplyDeletex sempat jugak ceq nak join .. xper len kali wat lagi ape2 contest naa ... segmen pun ok ;)
ReplyDeletemmg klako le yg first tu
haha...sekali lagi nak tergelak bila baca...xpa kta kasi byk2 skit traffic depa...heee.. tima kasih akak buat entry review nih..pening jugak sy memikirkan bagaimana mereka xjumpa link sy bagi..huhuhu... akak..tima kasih byk2 jugak ye atas kerjasama selama sebulan contest berlangsung...
ReplyDeleterupanya pemenang dh diumumkan yea....he3...
ReplyDeletetahniah utk semua...korang mmg best...
hehe kelakar betui lah yg no 1 tu kutu ..eh header sini pun dah tukar ..tintongggg!!
ReplyDelete@hyz
ReplyDeletekok iya pun jgnlah smp kutuk.hahaha
@Ummi Hanie
ReplyDeletedh sebulan berlangsung hanie..hee segmen nie takut takde sambutan jer.contest pun 23 org jer join..
@Tengku Puteri
ReplyDeleteterima kasih juga puteri bg peluang akk anjur contest super goges yg buat kita senak perut dengan kisah dongeng depa.hihi
@SYaMiLa
ReplyDeleteyup..syamili pun best.berak batu smp sejam.hahaha lawak juga..tq yer support..:)
@puanbee
ReplyDeletemmg lawak tahap agung.kihkih
jeles tgok header kembo..kena tukarlah..tp tak boleh lawan org tu punya..:)
mekasih PK. dah terjah 1,2, yg lain nanti sambung...
ReplyDeleteeh, bila PK tukor header.. ramai kwn2 blog yg dok tukor header .. ;)
mana address nyee ?
ReplyDelete