Pages

Sunday, October 30, 2011

Pengajaran



Aku tak tahu nak mulakan cerita nie macam mana. Nak letak tajuk entry pun serba salah. Macam berat jer bunyinya, macam poyo Aiman kata.haha..Ini cerita serius. Cerita nie sebenarnya dari cerita atas cerita atas cerita. Ini kisah masyarakat yang benar-benar berlaku. Kisah benar yang diceritakan oleh seorang kawan, tapi kalau kawan aku tipu tu bermakna cerita nie tak benarlah. hehe. Tak usah berbelit-belit, tak kisahlah betul ke tidak, kita ambil pengajaran dari cerita cukup!


Kata kawan aku, dia pergi melawat kakak iparnya yang sakit di hospital. Sebelah katil kakak iparnya tu, ada seorang 'gadis' berumur 24 tahun yang juga sakit.


Flashback sebelum gadis tu masuk hospital,


Suasana majlis meriah sekali. Orang ramai datang meraikan pengantin dua sejoli yang berbahagia sebagai raja sehari. Tiba-tiba si gadis merasa kesakitan yang amat sangat. Perutnya ditekan-tekan. Kerana si gadis tidak dapat menahan lagi, meluru dia kebilik lantas menanggalkan baju pengantinnya. Tidak lama selepas itu, si gadis muntah darah..


Ini bukan pengantinnya ya..


Kenduri yang sebelumnya meriah menjadi gempar. Si gadis segera di bawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Terlantarlah si gadis di katil hospital pada hari bahagianya. Belum sempat bertandang ke rumah pengantin lelaki, si gadis disahkan mengidap kanser usus. Yang paling menyedihkan, kansernya telah sampai ke tahap kronik. 


Menurut kawan aku lagi, sebelum nie, si gadis sudah banyak kali pergi ke klinik untuk mendapatkan rawatan. Perutnya selalu sakit. Tapi doktor hanya beri ubat tahan sakit dan ubat angin kerana menyangkakan si gadis kembung perut. Yang menghairankan, dah banyak kali si gadis buat rawatan di klinik daerah tapi doktor yang merawat langsung tak pernah refer kes dia ke hospital. Kiranya dah lama si gadis sakit, tapi tak pernah terima rawatan susulan. 


Nak salahkan doktor? Bukan semua doktor peka dengan tahap kesihatan pesakit. Lebih-lebih lagi klinik biasa. Bukan nak memperlekehkan, tapi itulah realitinya. Dua minggu selepas itu, si gadis meninggal dunia. Tinggallah 'suaminya yang berhias' tu. Kesian kan..Dapat bayangkan tak apa jadi pada kenduri sebelah pengantin lelaki?


Kalau sakit yang berlarutan, jangan ambil mudah. Pergi check pakar untuk pastikan kondisi kesihatan kita. Memang betul ajal maut di tangan tuhan, tapi kalau kita berikhtiar awal, mungkin boleh selamat. 









11 comments:

  1. waaa..kesiannye..baru 24 tahun kot..sebenarnye takleh salahkan doktor tu jugak..penyakit kan banyak, kite sendiri kena g hospital buat check up klu rase lain macam & tak sembuh jugak..

    ReplyDelete
  2. AS SALAM muni..Mak mila skg ni sakit tau.. katanyer dah kompem kancer usus.. sian dia dah kurus sgat.. kak atie

    ReplyDelete
  3. Kejadian seperti ini selalu terjadi di negara kita. Sebab itulah kalau kita selalu sakit dimana sakit itu berlaku dengan kerap, kita disarankan untuk mendapatkan pandangan pakar kalau boleh lebih daripada dua orang doktor. Setiap doktor mempunyai etika kerja yang berbeza. Yang penting, jangan mudah berpuas hati dengan keputusan awal.

    ReplyDelete
  4. tu la.. kdg2 doktor suka check gitu2 je.. xcheck sedetail2 yg kita nak..

    ReplyDelete
  5. kesiannya...akak pun pernah terkena..bila jumpa pakar kena oprte serta merta...kdng serik ngn klinik biasa...

    ReplyDelete
  6. Setuju dgn PK.. kalau sakit berlanjutan jgn ambil mudah. Jgn terlalu bergantung dgn klinik biasa.. mcm ibu yusuf baru2ni batuk tak baik2 terus g hospital. alhamd tak apa2..

    ReplyDelete
  7. biasanya gitulah, bila dh teruk baru dpt dikesan n lepas tu kena tunggu giliran pula...sadis.

    ReplyDelete
  8. kesian , dah di takdirkan dia mati dengan cara tu pun ye .. hehe lelaki jd pengantin berhias tk pernah lak dengar kan kutu

    ReplyDelete
  9. sakit ni kadang2 tidak mengira umur...bahaya2...

    ReplyDelete
  10. memang kena amik pengajaran...kalo sape2 rasa sakit yang kerap sgt berlaku..pergi check pakar..sebab kadang2 klinik biasa mmg x boleh nak kesan..mungkin kemudahan tidak mencukupi

    ReplyDelete
  11. betul tu...jgn ambik remeh kalau sakit2 zmn skrg ni..mcm2 penyakit pelik2sng hinggap..nauzubillah

    ReplyDelete

Komen tanpa nampak kejanggalan ok!