Sudah beberapa minggu aku mengidam Asam Laksa. Begini ceritanya, aku menonton satu rancangan dokumentari cina dekat RTM 2 yang mana Asam laksanya betul-betul buat aku terliur. Ini kali pertama aku buat Asam laksa. Selalunya masak laksa penang yang biasa tu saja. Macam la tak sama. Tak samalah korang sebab Asam Laksa ada nenas.kehkeh.
Tahu tak kenapa namanya Laksa Asam Cina Penang? Nak makan kat restoren cina tak boleh. So sendiri letak la nama cina boleh? Resepi mahu? Tak mau pun aku nak bagi nie.
Resepi Laksa Asam Cina Penang
Bahan - Bahan Kuah
- Lebih kurang 1kg ikan kembong ( penang kata ikan termenung. Pakai sardin boleh juga. Sebab kembong aku sentiasa dapat free plus fresh dari Tanjung Dawai, aku guna kembong saja )
- Cili kering, cili merah kalau suka, bawang merah, bawang putih, lengkuas, serai dan belacan dikisar halus. (Korang bubuh la sesedap rasa. Aku nak budget beritahu pun tak tahu. Harap maklum aku tak letak lengkuas sebab tak tau macam mana rupanya. Buta rupa barang dapur sikit aku nie)
- Nenas yang dipotong dadu (hentamlah sebanyak korang suka)
- 3 keping asam gelugur. (yang nie aku tak letak juga pasal terlupa beli)
- Jus air asam jawa (ikut suka korang nak masam lagu mana)
- Dua kuntum bunga kantan ( belah dua ok)
- Daun kesom ( ini pun suka hati. Kalau suka boh ja banyak-banyak)
- Air secukupnya ( yang ini tak bagitau pun lu fikirlah sendiri)
- Satu sudu besar tepung jagung ( untuk likatkan kuah. Sebelum nie memang tak pernah letak pun. Aku tengok cina kat TV tu letak jadi aku tiru)
- Garam, gula dan perasa secukupnya (ajinomotolah. Boh sikit ja. Banyak kang botak kepala)
Bahan - Bahan Lain
- Sebungkus laksa (rendam lama sket pastu celurlah, itu pun mahu ajar?)
- Rencah untuk laksa seperti bawang besar, cili padi, timun, daun selom dan daun salad. (dihiris dengan sabar tahu tak. Aku guna juga daun apa ntah sah-sah aku buta rupa bahan dapur kan. Namun rupanya saling tak tumpah daun pelam berwarna hitam. Pakcik kat market tu suggest)
- Hirisan limau kasturi (untuk rasa kuah lebih masam)
- Telur direbus (kalau sukalah)
Caranya mudah seperti biasa siang ikan tu, cuci sebersihnya kemudian rebus. Air rebusan jangan buang. Dah tu asingkan isi dengan tulang. Isi ikan blander sekejap. Tulang ikan pula blander sampai hancur kepala dia.haha padan muka! Masukkan isi dalam periuk pastu tapis air rebusan dan air tulang ikan tadi. Kemudian taruk semua bahan kisar dan nenas. Biar hingga mendidih baru masuk asam gelugur, jus asam jawa dan air secukupnya. Boh belahan bunga kantan dan daun kesom. Last sekali masukkan serbuk perasa, gula dan garam. Biar mendidih lama sikit pastu bolehlah tutupkan apinya.
Nampak macam banyak bahan dan stepnya. Ekceli senang je pun.Taraaa...Siap sudah! Sila terliur...
Nenas menyorok pulak dah... |
Puas hati dengan rasanya walaupun first time buat. Siap bagi dekat jiran depan rumah lagi tau!
peminat laksa dtg nih....
ReplyDeletealamek, terliuq....
hehe.. wat meeggi perisa asam laksa je la kak.. senang dan pantas... hehe.. sedap pon sedap :)
ReplyDeletefuh..sedapnya..laksa...fav chii tuh..
ReplyDeletelengkuas ngan halia lebih kurang je...
raya haji nnt nak wat laksa pahang...heheh..mesti muni x pernah mkn kan :p
sedap nyer!
ReplyDeletejiran dpn uma jer ??
jiran sebelah ni tak nak bg ?? hihi ^^
kualiti gambar agak baik cikit.. hek3.... sy x penah makan laksa...
ReplyDeletehuuu..akak ni buat sy ngidam je..dah lame gak tak buat laksa ni..buat sendiri lagi puas kan..boleh makan bermangkuk2..meh pos sini sikit..:D
ReplyDeletemenggoda nyer laksa tu...ish..mn nk cari ni
ReplyDeletetak pernah makan asam laksa,...nak kena cuba jugak ni resipi kat sini ...
ReplyDeletesedapnya PK....feveret akak tu.
ReplyDeleteehem...ehem....aiman nk dpt adik ke....wakaka......
puan kutuuuuuuuuu... saya dah terliuq ni!! adussss... sy ni dah lah mmg penggemar laksa! ayoyooooo
ReplyDeletedah telan air liur ni haaaaaaaa..... huwaaaaaaaaaaaaaa siannya kat saya..
uwaaa..terliur nk mkn laksa jgk huhu
ReplyDeletep/s: kak, sy doakan akak dpt baby girl secomel Mia :)
aku x mkn laksa penang pun bole kecur liur nengok gambo mknan haha
ReplyDeletehmm..laen sikit ek dgn laksa penang ... adoih terlapor balik le kutu :p
ReplyDeletealaaaa....lapar...lapar... suka makan laksa. tp kat umah ni jarang buat sbb yg tukang makan emaknya aje. ayah n anak2 kurengggg....
ReplyDeletelaksa...sedapnya... lama tak makan laksa.. sejak pindah umah baru ni susah nak ke kedai cari bahan.. kedai jauh..
ReplyDeleteikan fresh dr tanjung dawai??? mcm dekat je kita ni...salam kenal...