Pages

Friday, October 28, 2011

Makanan Di Pasar Malam



Tadi aku pergi pasar malam. Seperti yang semua sedia maklum, segala mak nenek yang korang nak beli ada kat pasar malam. Tapi yang menarik perhatian tentulah makanannya. Dekat area rumah aku, pasar malam wujud dua kali seminggu iaitu pada hari Isnin dan Jumaat. Kalau dulu kat Sungai Rengit, dua kali jer sebulan ada pasar malam. Almaklum dulu aku duduk hujung tanjung. Nak pergi pasar malam pun gila susah. Kadang2 sampai tak ingat bila tarikhnya.haha..


Jangan tak tahu, di Kelantan, pasar malam ada waktu rehat. Semua penjual akan berhenti menjual untuk memberi laluan kepada solat Maghrib. Tapi setahu aku, kalau kat area lain, waktu maghrib tu la berpusu-pusu orang ke pasar malam.hoho..Ini antara makanan popular yang wajib ada dekat pasar malam. Aku senaraikan yang aku suka beli jer la ekk..


Apam balik
Disebabkan aku kempunan tak dapat nak makan apam balik inti kelapa dan pulut hitam, aku letak nombor satu.haha..Tak sangka ye ramai yang tak tahu akan kewujudan inti kelapa dan pulut hitam nie. Sangatlah rugi sebab rasanya 3 kali ganda sedap dari apam balik biasa. Manalah aku nak cari kat SP nie kan?Depa kata tak pernah nampak. Nak rasa jauh sekali. Memang kedah belum melalui evolusi apam baliklah yer? Kalau aku meniaga kat sini sahih laku.haha..


Yong Tau Foo
Serius masa mula dok Johor, aku tak reti nak makan yong tau foo pasal kat sana depa makan dengan kuah sup. Bila dah rasa rupanya sedap. Sekali beli mesti habis lebih RM 20 (3 orang makan) . Area utara jarang beli sebab takut kuah rojak tu tak sedap. Kat jam besaq tu lagi la tak sedap langsung!



Murtabak
Orang utara makan murtabak dengan bawang yang diletak pewarna merah, tapi kat Johor makan dengan kari. Aku lagi suka makan dengan bawang. Baru tadi beli.haha..Suka murtabak sini, harga cuma RM 2.00, tebal dan besar. Kat Rengit RM2.50 nipis gila, kecik plak tu. Sekali sumbat mulut rasa bawang semata.kehkeh..




Roti john / Kebab / Burger
Waktu di Johor aku selalu beli kebab. Kat Sp nie pulak roti John menjadi kegilaan. Majoriti persinggahan aku ke pasar malam mesti beli roti john. Aiman pun suka sebab ada telur.haha. Dah la panjang, harga cuma RM2.50, sengkak perut kalau makan sorang. Cuma satu ja aku musykil, awat nama dia John? Burger juga dah mengalami evolusi, yang paling popular tentulah burger goreng. Ada yang disalut dengan tepung, ada juga disalut dengan kulit popia. Burger nie sesekali beli ok la..




Jagung bakar / Rebus
Rasanya manis dan menyelerakan. Kami tiga-tiga beranak pun suka. Tadi beli yang mentah juga. En suami suruh buat jagung gaul kelapa, garam dan gula. Selera aku rebus ja. Kalau rajin boleh buat cekodok jagung. Yummy!


Air soya dan Katira
Katira memang tak pernah jumpa kat pasar malam SP. Mujur aku bukanlah fanatik dengan air nie. Kesukaan en suami ja! Air soya kalau aku jumpa jer mesti beli. Tadi orang yang jual soya tu tak datang pulak. Tauhu pandan pun sedap. Ayoyo!


Segala jenis benda bergoreng.
Fish ball pasar malam sungai Acheh terbaik! Kat sini keras kematu sikit.haha..Kat Johor aku tak pernah nampak fishball goreng. Depa tak reti makan kot. Rangka ayam juga peberetku! Tapi jarang beli pasal minyaknya tu yang tak bagus.kihkih. Makanan kegemaran sefamili adalah keropok lekor. En suami suka yang nipis dan rapuh, aku dan Aiman suka yang lembik. Sedap2..haha..


Kalau nak senarai semua sampai esok pun tak habis. Daa...


* Apa makanan peberet korang kat pasar malam?











6 comments:

  1. oo .. apam balik terbaru ke tu .. kak tak jumpak lagi ... kak jarang pi pasar malam padahal dekat kulim ni tiap2 malam ada pasar malam .. cuma kak jarang pergi ja..

    Murtabak .. malas la nk beli selalu bawang ja lebih..

    ReplyDelete
  2. apam balik tu kat johor je ada kot. kat johor bersepah2.. siap ada apam balik cokelat la, pandan la, pulut hitam.. heheh apa2 pn semua senarai menyelerakan.... yummy...

    ReplyDelete
  3. oh aku kalau pi pasar malam bole habis 50 hengget. feveret all the time, apam balik. kat tawau oran gpanggil kuih terang bulan.

    roti john pun sedap. murtabak apatah lagi. yong tou fu ka sihta tu rebus rebus je.

    oohh..tu belum nampak shawl, ayam ucle bob. hhmm..last last tak termakan. hahaha

    ReplyDelete
  4. saya sgt suka yong tau foo.. dkt tman umah saya ni.. memang sedap giler lah!!.. kuah dia mabeles.. nyum nyum..

    ReplyDelete
  5. hehe macam sama je faveret kita, selalu terjah apam balik yang kecik tu, rangup sikit ehehee.. pastu sambar murtabak gak.. dan kebab/roti john tu kadang2, kalau tengok isi dia banyak, sambar jugak la ekekee

    ReplyDelete

Komen tanpa nampak kejanggalan ok!