Pages

Monday, October 17, 2011

Kenangan Zaman Kanak-Kanak Yang Gembira



Setiap pagi kesejukan tubuh kecil kurus melidi mandi air di kolah. Selesai menyiapkan diri, sudah biasa berjalan kaki pergi dan balik sekolah. Kadang-kadang diambil pak dengan basikal tuanya. Tidak ada perasaan malu menyarung pakai baju yang berkedut. Kasut sekolah kalau tak basuh pun langsung tidak ambil peduli. Sungguh tidak pandai bergaya.


Petangnya ke sekolah fardu ain. Seronok dapat menikmati jajan dengan duit poket 2 kupang. Aiskrim pop, taik hidung, asam katak, keropok rota dan ringring sentiasa mendominasi anak tekak tiga kali seminggu. Kadang-kadang bila bermodal besar sedikit, dapat juga menikmati ais kacang 3 kupang digerai depan sekolah. Enaknya bila dapat menghirup kuah laksa dengan straw. Isinya dinikmati kemudian, bila gigi yang jarang menggosok gigi menebuk lubang dihujung plastik.


Kala petang, leka pula mengumpul rakan sebaya dipadang. Main kejar-kejar, main sorok-sorok, main polis sentry, main tuju kasut, main roundes, main jengket-jengket dan main toi. Setiap permainan ada keseronokan tersendiri. Kalau tidak senja, memang tak lekat langsung dirumah. Pasal bergaduh seakan perkara biasa. Esoknya tanpa menyimpan perasaan dendam boleh lagi main sama-sama. 


Permainan lain seperti batu seremban, congkak, gasing, guli dan chaplom dimainkan secara bermusim. Bila musimnya tiba, menggila mengutip batu yang bulat-bulat ditepi jalan sebanyak 7 biji. Keliling kampung mencari buluh miang untuk di buat chaplom. Congkak pun dibuat sendiri main guna tempurung, mengorek lubang di tanah dan buahnya batu saja. Boleh minta pak belikan guli dan gasing kalau mahu.


Kadang-kadang pergi memancing guna pancing buluh buatan sendiri juga. Tidak pernah lupa membawa bekalan untuk berkelah. Sudahnya ikan tak dapat, seronok  makan saja. Sebelum balik wajib singgah bermandi manda di tali air. Basah kuyup pulang kerumah mencari idea ke bilik air segera mandi kerana takut dimarahi mak dan pakBila padi sudah diambil pesawah, beralih membuat layang-layang dengan lidi dan suratkhabar, ke tengah bendang pula bermain riang. 


Sesekali bermain berudu dilongkang, cuba mengagau ikan di parit dan mencari ikan semilai di sabut yang berair. Makin banyak berudu ditangkap makin seronok jadinya, langsung tak tahu erti kotor. Ikan semilai yang ditangkap diisi dalam botol nescafe, bersorak gembira melaga ikan, menilai ekor ikan siapa lebih kembang dialah juara. Sedapnya menikmati ikan goreng rapuh-rapuh hasil tangkapan dengan kicap dan nasi panas-panas.


Kalau petangnya fardu ain, sudah rutin kerumah tok guru untuk mengaji quran dimalam hari. Selesai solat maghrib, tok guru akan ajar mengaji mengikut giliran. Bila menunggu kawan-kawan lain, boleh buat bising-bising dan main-main. Seronok.. Selepas solat Isyak berjemaah baru dibenarkan pulang ke rumah. Meriah sekali bila sampai di kawasan gelap, berpekiklah Hantu..hantu...Bertempiaran semua lari pecut macam tak cukup langkah kerana takut. Balik mengaji, dapatlah menonton tv sekejap. Kalau penat, terus tidur dibuai mimpi indah.


* Sampai sekarang, gasing jer aku tak expert main.







22 comments:

  1. kenangan indah mase zaman kanak2 kan..zaman skarang mane ade budak nak main macam ni dah..main video game je..

    gasing akak tak pandai main?meh nak ajar..lalala

    ReplyDelete
  2. mmg sangat2 mengembirakan...rasanya ingin kembali ke alam itu.....

    ReplyDelete
  3. main rondes paling besh.. wahhhh rindu zaman kanak2...

    ReplyDelete
  4. dulu mengaji tak perlu jauh2..mengji ngan abang n kak2 je..kalau tak lepas,telinga ni jadi mangsa..

    kenangan tetap kenagan,semoga kemanisan tu terselit jauh dihati ini..rindu kenangan yang lalu sis..ermm

    ReplyDelete
  5. @Wanie
    haha tu ja satu permainan tak berapa reti main..plz ajarin.lalala

    ReplyDelete
  6. @NzA
    bila dikenang,indah..syg sekali budak2 skang tak merasa..

    ReplyDelete
  7. @Woofer Storm
    akk pun tak jauh,satu kmpg juga..beberapa lgkah dah smp..tp tu la kt kawasan takda lampu,mesti pekik.hantu..hantu...haha

    ReplyDelete
  8. bila entry ni membautkan kak aya pun terkenangkan kisah ketika kecil..hmmm byk cerita yang masih terpahat dalam ingatan.

    ReplyDelete
  9. Tu la murni seronok je zaman kanak2 .. tak terasa penat seperti sekarang .. zaman2 budak2 ...main je ingat .. permainan kita sama lah ...hehe

    ReplyDelete
  10. saya tak ada kenangan macam ni...dok rumah flat, sekolah rendah dihantar pakcik naik kereta, sekolah agama naik motor dengan jiran aka ustazah di sekolah...paling2 main polis enttri

    ReplyDelete
  11. mmg seronok betoi zaman budak2 dulu!! dulu selalu beli yg taik idung tu...hahhahahhahhah lama tak nampak benda alah tu.. ada jual lg x ek?..

    zaman skrg tak dapat dah merasa mcm zaman kita kecik2 dulu kan.. dulu main masak2 lah kawen2 lah.. polis n3 la.. zaman skrg.. tu diaaa main laptop mcm alisha.. hihii

    ReplyDelete
  12. Owh.. ini kisah benar kah? Memori yg indah utk dikenang.. :D

    ReplyDelete
  13. @Kak Aya
    yup kak..utk merangkup semua kenangan nie..sy ambil masa 4 jam menulis entry.haha..

    ReplyDelete
  14. zaman kanak2 zaman yang paling rasa bebas....

    ReplyDelete
  15. puan kutu lg muda dari sy tp kenangan zaman kanak-kanaknya sebiji mcm emak sy punya kenangan kanak-kanak..



    sy punya ada sikit je sama dgn puan kutu..


    chaplom tu apa?

    ReplyDelete
  16. @IntaNBerliaNada jual lagi kak..hahhahaa..nak ke?meh sy belanje

    ReplyDelete
  17. "sama jer kita nya pengalaman ni...main dangau(pondok2/masak2),main kawin2.hhehe..panjat pokok,main chaplom tu isi dia buah ceneghai..kitaorg makan buah ni tau..hahaha..buah senduduk pun makan gak..pastu habis mulut warna biru..~bebudak skrg ni?"

    ReplyDelete
  18. seronoknya bila kenang blk zaman kecik kan

    owh ye..muni xde main tengteng ngan getah ke..paling fav time kecik2 n skolah dulu tu..eheh

    ReplyDelete
  19. kahkahkahh... asam taik idung tu fevret i jugak u ... tp dah bertahun2 tak makan..xjumpe2 dah ;)
    cepat betul masa berlalu,skrg ni turn anak2 pula...

    ReplyDelete

Komen tanpa nampak kejanggalan ok!