Pages

Saturday, October 15, 2011

Episod Akhir Drama Tahajjud Cinta



Adoi malam tadi memang tak sabar sangat nak buat entri komen pasal episod akhir Tahajjud Cinta. Tapi dek kerana terlalu penat blogwalking, aku batalkan saja hasrat. Naik juling mata aku mengadap skrin netbook. Pagi ini sambil mendengar celoteh deejay bertiga tu di Sinar, aku teruskan niat yang tertangguh.hehe..


Ada siapa-siapa yang menonton malam tadi? Mungkin ramai antara korang layan bola. Dekat blok rumah aku, terdengar juga jiran terjerit-jerit macam tak pernah tengok bola. Buat aku yang  tak pernah nak ambil tahu bola tu telangkup ker, menang ker, aku jadi sakit hati bila en suami tengok bola. Manakan tidak, Tv dalam bilik tak ada gambar, kedengaran suara saja macam radio.haha baru saja rosak.


Bila nak dekat pukul 9, aku terus halau en suami pergi tengok bola kat luar.haha Kejam sangat guna perkataan halau tu. Syurga ditelapak kaki suami kan. Ok aku ulang semula..Bila nak dekat pukul 9, aku terus merengek dan pujuk manja minta en suami tengok bola kat luar. Nasib baik en suami termakan rayuan. kehkeh dapatlah aku tengok Tahajjud Cinta. 


Aku ekceli tak tau pulak malam tadi episod akhirnya. Secara jujur permulaan Drama Tahajjud Cinta gagal memberi tarikan magnet untuk aku melekat depan TV. Aku akui banyak episod yang aku skip walaupun aku mengikuti jalan ceritanya. Bila tiba di penghujung, makin syok pulak aku nak tengok drama nie.




Korang bengang tak dengan ending Tahajjud Cinta? Macam tu jer? Kecewa aku melihat tertera perkataan TAMAT. Mungkin ini strategi Eirma Fatima untuk bagi kita sakit jiwa dengan ustaz Shauki yang tak layak dipanggil ustaz tu kan? Ustaz yang bila naik hantu jadi setan. hehe. 


Apalah kebodoh sangat isteri-isteri ustaz tu turut ja kata laki dia. Ayah Seri tu lagi la bodoh piang! Geram! Yang si neelofa tu apa kes tak habis-habis miang. Menjadi betul lakonan, emo jugak aku tengok. Penonton mesti tertanya-tanya apa jadi lepas Ustaz Shauki kena tangkap khalwat? Apalah yang Ustaz Solah akan buat? Macam mana Citra dan Seri membawa Ustaz Shauki ke pengadilan?


Kalau ye pun nak buat sambungan Tahajjud Cinta jangan dera jiwa aku dengan macam-macam persoalan tahu? 









15 comments:

  1. saye pon tegok juga. gram btol tengok emman manan skang~ hee

    ReplyDelete
  2. myb ending saje wat camtu kowt sebab ada tahajud cinta 2 plak? citer ni watak citra x bape kuat la.. kata pejuang hak wanita kan? tapi x bape nampak ape yang dia pejuangkan

    ReplyDelete
  3. akak pn tension tgk penamatnya....rasa nk je baling TV kt rumah dgn batu....oppssss!!!!bantal....

    ReplyDelete
  4. "lahh tadi saya bc entri sama kt blog deejaywani...so komen pun lebih kurang samalh yer..saya sebenarnya tk penah tgk citer ni sbb ms siaran tu mmg kalut macam2...last2 episod akhir mlm tadi boleh terpaku lak dpn tv...tk tau pun episod akhir....anak dara saya yg sulung tu dari awal2 episod dia dah layan,geram gak dia sbb citer last mlm tadi mcm tergantung...patutnya ada sambungan lg kata dia...hahaha..dia nk sgt tgk scene ustaz tu di rejam sama cam dia buat kt sollah dn seri..."

    ReplyDelete
  5. nasib baik chii x layan drama ni :p

    ReplyDelete
  6. masa awal2 cerita ni pun sy tak tgk sgt..tuptap dh last episod rupanya..hehe

    mgkin ada tahajud cinta the movie kot

    ReplyDelete
  7. tak pernah tengok ....tp nak jugak tinggalkan pd ruangan komen, jangan mareeee

    ReplyDelete
  8. itulah yg kita panggil sebagai perancangan strategik memanggil penonton ke pawagammmmmm... (_?_)

    ReplyDelete
  9. mmg geram sgt ngan ending TC ni..byk yg tergantung...nak gak tgk ustaz sauki tu ke rejam ngan batu cam yg dia buat kat solah n seri...nak gak tau ending kes kakak citra tu cane..nak gak tau citra tu couple ngan sape nnti...hrp2 ade TC 2...huhuhu

    ReplyDelete
  10. yes... sy tgk ! sbb mmg tau itu episod lasttt ...

    mmg bengang dgn ustaz sauki + suraya (neelofa) gatai miang nk mam*** ... huhhu

    dan xpuas ati bile tgk ending dier mcm tu...patut depa berdua tu pulak kena rejam batu mcm anaknyer Solah dan Seri kena, baru padan muke

    ReplyDelete
  11. episod ast tu la yg pertama dan terakhir fyza tgk sbb sblum ni dok hostel.. mcm tension jugak.. baru nak layan, last2 dah tamat... hampagas [=="]

    ReplyDelete
  12. Very energetic blog, I loved that bit. Will there be a part 2?

    ReplyDelete

Komen tanpa nampak kejanggalan ok!