Pages

Thursday, October 13, 2011

Bebola Ubi Keledek



Bertemu lagi bersiaran langsung dari dapur puan kutu. Seperti biasa resepi dari aku sangat simple sebab aku tahu wanita zaman ipad semuanya malas masak bukan? Kalau tak, mana sempat nak mengurus rumahtangga, nak berfesbok, nak mengadap blog, nak berburung marah ye tak?


Ini adalah resepi dari buku koleksi aku sendiri. Jangan tak tahu aku ini ada buku resepi. Tulisan tangan bermanual lagi ok! Sila puji bahawa aku rajin masak tidak seperti korang semua.haha..Sebelum korang lebih panas hati dengan hidungku yang makin meninggi, mari kita lihat resepinya.


Resepi Bebola Ubi Keledek


Bahan - Bahan

  • 2 cawan ubi keledek (potong kecil dan rebus, kemudian toskan)
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan gula pasir
  • 1 biji telur
  • 1/2 sudu serbuk penaik
  • Garam secukup rasa
  • Minyak untuk menggoreng

Cara - Cara

  1. Gaul rata ubi bersama gula.
  2. Masukkan telur dan tepung yang diayak bersama serbuk penaik sedikit demi sedikit. Tambah garam dan uli doh hingga tak melekat ditangan.
  3. Bentukkan doh bulat-bulat dan goreng hingga kuning keemasan.

Abaikan resepi kalau korang sudah tahu. Tiga step mudah ni pun bila nak buat, aku perlu belek buku resepi. Nampak sangat selalu makan semut.haha..Selepas di goreng macam nie rupanya :

Lagi comel kalau dibulat kecil-kecil. Aku punya versi pemalas itu sebab besar penumbuk!

Aku selalunya hentam kromo jer tak ikut sukatan resepi. Gila nak letak gula banyak-banyak. Sehari satu sudu gula, kurang lebih baik. Lu pikirlah sendiri!haha..




11 comments:

  1. remaja zaman ipad dtg..
    xnk masak,.
    nk makan jea.. boleh?kiki

    ReplyDelete
  2. Cantik dan comel.. rasanya pasti sedap. Tapi ibu yusuf dan maryam tak leh makan keledek.. makan sikit je tertonggeng2 sakit perut.. :-(

    ReplyDelete
  3. hoho .. ala2 buat coq keria lah.. cuma ni versi bebola...betul tak ???

    ** betul la kak mana pernah order or makan paprik..

    ReplyDelete
  4. wah sedapnya tgk bulat2 semua.. my faveret yg ikan bilis. tp bole gk try yg ni.

    hehe akak jom join contest baru. visit my blog k?

    ReplyDelete
  5. ubi keledek mmg tak makan sangat....ubi kentang suka..hehe

    ReplyDelete
  6. sedapnya n comel lak tu..bulat2...
    PK ni mmg rajin + pndai masak....brtuah aiman....

    ReplyDelete
  7. mboi siap ayak tu memang rajin kalau bee hantam masuk je tepung tu malas nak ayak2 bagai hahah

    ReplyDelete
  8. mcm kuih keria versi bola2 api la ni kan

    ReplyDelete
  9. sedappp ... kutu mmg rajin memasak kan ? ;)

    ReplyDelete

Komen tanpa nampak kejanggalan ok!