Happy Deepavali dan Selamat Bercuti kepada semua,
Sempena pesta cahaya nie patutnya cerita pasal muruku kan, tapi aku nak cerita pasal apam balik jugak. Ekceli aku bukanlah minat sangat makan benda nie, tapi kalau apam balik intinya kelapa dan pulut hitam macam nie memang aku suka. Sedap dan terliur gila walaupun tengok gambar. Rasa macam nak terkam.haha..
Kidnap Gambar kat Blog Pia |
Sedar tak sedar semenjak aku dok Sungai Petani, aku tak pernah nampak lagi apam balik yang serupa ni. Ye la aku selalu pergi pasar malam area rumah aku nie ja. Tempat lain memang tak tau. Dulu masa di Johor, kalau pergi pasar malam aku suka beli apam balik inti kelapa dan pulut hitam. Tapi apam baliknya warnanya hijau, rasa pandan lagi sedap. Apam balik inti coklat pun ada. Inti pulut hitam juga yang menjadi pujaan hatiku.
Kalau di Parit Buntar, dekat sebelah Billion tu ada pakcik jual apam balik nipis, kecik dan rangup. Kat SP memang berlambak apam balik macam tu. Entah ada ke tak lagi pakcik tu ekk ummi hanie? Kalau kat SP nie mana nak cari? Mama Alisha boleh tolong jawab? Ibu Aiman nie mengidam! Mengalahkan orang mengandung ja.haha..
sedapnya lama betul tak makan apam balik ingat pasar malam hari jumaat ni nak pi beli lah..nyum nyum..
ReplyDeleteErr.. ibu maryam ni ketinggalan apam balik rupanya. selamani cuma tahu apam balik inti kacang tanah dengan jagung je.. hahaha..
ReplyDeleteayoyoooo ibu alisha ni dah rasa pelik ni... adusss tak pernah nampak or jumpa lg inti ni.. biasa mkn inti jagung tu jer...hahhahahhahha *baik saya gelak awai2 sbb nak cover diri.. buat malu je saya ni* hihii
ReplyDeletetp gambar dkt ats ni mmg nampak menyeleraakan.. ni yg buat saya nak g intai kat sp apam balik cam gini ni.. hihii...
ohya, kat parit buntar??.. sape yg tinggal dkt parit buntar?.. my MIL pun duk sana gak.. sy pun slalu gak baalik p.buntar tu.. kg hubby tu.. hihii
p/s : nanti saya singgah sini lg yer.. ni tgh bersiap nk g jejalan kt alor star.. hihi
akak, x penah lak wanie jumpe apam balik isi kelapa & pulut hitam kat kedah ni..huhu
ReplyDeleteAkak tak pernah tahu ada apam balik inti kelapa n pulut hitam. Selalu makan inti kacang n jagung. Teringin pulak nak mencuba. Kalau di sp akak suka makan nasi lemak kat belakang kedai kain jakel tu. Sedap harganya rm1 je.
ReplyDeletewahh.. tak tau pun ade apam balik versi inti kelapa & pulut hitam... x pernah nampak lagi kat Ipoh nih..
ReplyDeleteWahhh! Apam balik ni peberet fik.
ReplyDeleteTapi first tyme tengok inti dia taruk kelapa sama pulut hitam.
Unik.
*betul, rasa nak terkam hahaa..
suke apam balik... yang nipis2 n rangup tu pn suke..
ReplyDeleteinti pulut itam ngan kelapa? x pernah try la plak
ReplyDeletetp chii suka yg kecik2 n garing tu..kalo yg tebal ni..ikut mood. sebab cepat muak
Akak cukup suka makan apam balik.. Setiap minggu mesti beli.. tapi yang inti pulut itam ngan kelapa xde pulak kat sini.. rentu sedapkan??
ReplyDelete