Sepemergian Aiman sunyi sepi rumah nie. Buat sementara tiada lagi budak chubby yang mendominasi TV dengan cerita kartunnya, tiada lagi mulut becok yang selalu tersenyum dengan lawak jenaka yang membuat aku ketawa, tiada lagi bibir comel yang seringkali mengomel lapar, tiada lagi si kecik yang minta dibacakan buku cerita, tiada lagi tukang semak dengan mainan yang bergelimpangan diruang tamu.
Superhero Kesukaan Aiman! |
Dua hari lepas selepas bercakap dengan Wannya ditelefon,
Aiman : Ibu cepatlah siapkan aiman. Aiman nak pegi rumah Mak Adik! (anak pak ngah)
Aku : Bukan nak pegi hari nie la Aiman, nanti Wan datang sini dulu.
Semalam petang masa Wan datang,
Aiman : Cepat ibu pakaikan Aiman baju. Wan ngan Mak Tok dah sampai tu..
Aku : Bukan nak pegi hari nie la Aiman. Wan tido sini dulu, esok baru pegi.
Malam tadi kata Wannya, pukul 2 pagi baru Aiman tidur. Pukul 4 lebih Aiman dah bangun kemudian membelek sliding door.
Aiman : Maktok2..cepatlah bangun, hari dah cerah nie..
Maktok terjaga. Sudahnya Wan pun terjaga dikejut oleh Aiman. Aku hanya tersedar dan bangun bila terdengar suara si chubby,
Aiman : Ibu..cepat salam!
Aku : Eh dah siap?
Aku amati jarum jam di dinding baru menghampiri pukul 5. Aiman sudah siap selepas dimandikan oleh Maktoknya. Wan juga sudah siap berbaju. Mak tok masih bersiap-siap. Biar betul dah nak bertolak? Mak dan abah terus bangun dan tak dapat tidur semula, terus ambik keputusan nak gerak awal. Semuanya angkara si chubby!
Aiman ikut Wan dan Maktoknya balik Johor. Selalunya kalau nak jalan-jalan tak pernah aku tengok Aiman tak sabar sampai macam tu sekali. Kalau nak pergi mana-mana sekalipun 'tahap kesabaran Aiman sangat tinggi' sampai aku kejut pagi pun susah bangun. Korang masa kecik-kecik dulu kalau nak pergi mana-mana semangat tak bangun awal? Lena tak tidur?
* Nenek sekarang ada kat rumah pakngah. Kesihatan nenek makin teruk. Doakan nenek yer!
kecik dulu sy x suka jalan..ahaha..skema x sy..
ReplyDeletep/s: semoga nenek akan sembuh mcm sediakala
Biasalah budak2 .. jalan pulan ngan tok ... tentunya dia best pasal tok ni akan layan cucu lebih pd anak...
ReplyDeleteadoi aiman awalnya nk berangkat kot ye pun , sama jugak dgn girl kat rumah ni , sbb tu kalau nk kemana2 bee tk gitau diam2 je.. takut nanti depa tknak makan n tidur dah ..
ReplyDeleteaiman xde kwn tu....kena bagi dia adik...he..
ReplyDeleteaah kan sis.mmg mcm tu lah budak2.rara dulu masa budak2,sampai nk mkn pon x lalu,nk tido pon x boleh.
ReplyDeleteAiman...kita serupa..he he
ReplyDeleteAiman..
ReplyDeletemakcik repek la dgn aiman..
anak makcik pun macam aiman jugak.. ibu baru jer nak bersiap2.. anak2 dah masuk tunggu dlm kereta.. pastu siap jerit2.. "Ibu cepat la..".. jiran kiri kanan dengor..
sy doakan nenek smg cepat2 sembuh..
ReplyDeletehmm perangai aiman ni mengingatkan pada adik bongus kak aya masa dia kecil dulu...memang sebijik, kalau nak kemana2 memang tak tau nak sabar.
ReplyDeletedoa yang terbaik dari kak aya untuk nenek puan kutu.
bile ank xde di rumah,mmg sgt sunyi kan ... sy pun,kalau salah seorg ni takde,pun dah rase sunyi dan lain mcm..huhu
ReplyDeletesmoga nenek cpt sembuh