Salam bahagia,
Walaupun orang lain masih sibuk-sibuk beraya dan beropen house, aku tidak lagi. So, sudah tidak sesuai lagi header raya menempek di sini. Datanglah mood mau tukar header baru.
Ini header angan-angan,
Makanya entri ini juga versi angan-angan saling tak tumpah headernya. Tak salah kan ada angan-angan dari asyik berangan. Macamlah tak sama.hoho..
Bestnya kalau ada baby girl :
- Mesti cantik dan putih macam aku.haha perasan! Harap-harap lebih gebu dan comel.
- Aku akan pakaikan baju cantik-cantik. Boleh aku sarungkan gaun comel-comel. Koleksi bajunya wajiblah ada pink dan polkadot. Suka!
- Baby girl yang rambutnya lurus, panjang dan hitam berkilat. Bisa aku sisir rambutnya, buatkan tocang ekor kuda dan pakaikan headband yang comel-comel. Mahu juga sarungkan tudung, mesti kiut macam mahu gigit!
- Nur Iman Mukhlisa, itu pilihan nama untuk si chubby yang dulunya disangka girl. Perlukah aku letak nama yang sama atau mencari nama yang lebih indah? Baby lisa, how cute!
- Ada peneman di dapur. Tak sabar rasanya mahu menurunkan segala ilmu masakan yang tak semegah mana. Ringanlah juga sedikit kerja rumah kalau ada yang membantu.
- Tidaklah perlu terima ungkapan "oklah, ini cantik, yang nie sesuai.." pada semua benda bila aku minta pandangan dari manusia bergelar lelaki. Langsung tak ada taste..Dia peneman aku bershopping!
Banyak benda lagi mahu aku lakukan bersama si baby girl. Angan-angan ini bisa jadi kenyataan kalau berusaha keras tau.kahkah..Wishing for a baby girl soon. Doakan aku yer!
may ur dreams come true... insyaAllah...:)
ReplyDeletebaby lisa..sedap name.. :)
ReplyDeletebaby lisa ..sedap name :)
ReplyDeleteInsyaAllah.. Kata2 umpama doa tau Muni. Amin =)
ReplyDeleteMudah2han impian tercapai.. amin.
ReplyDeleteInsyaallah ... ada rezeki tu .. usaha tangga kejayaan .. eheh ...kak semua pompuan jer...
ReplyDeleteall the best!
ReplyDeletehehe..:)
kalau camtu cpt2 bagi aiman adik..Baby girl..mmg seronok ada baby girl..akak dh rasai bila dikurniakan 3 org anak pompuan dlm jangka masa 3 thn brturut2......pakaikan baju yg sama n org sangka mrk kembar 3..p mana2 jd prhatian...seronok!!
ReplyDeleteSelalunya bila ada angan-angan baru le kita akan cuba mencapainyakan. Insyaallah Akak doakan angan2 PK menjadi kenyataan. Akak tumpang gembira. Hihihi
ReplyDeleteberusaha dgn gigih yaaaa...
ReplyDeleteinsyaallah, dapat tu nanti.
ReplyDeletememang seronok ada anak perempuan ni, boleh jadi teman, teman gaduh pun iya jugak.
kutu meh ambik ilmu bee yg ada anak girl 3 org ni wakaka.. moga berjaya berusaha keras dapatkan baby girl k ..
ReplyDeletemay ur dream comes true puan kutu:)hehe~~
ReplyDeleteinsya Allah..ada gak peneman buat aiman =)
ReplyDeletedah ad ebunge2 ni mcm dah ade isi jek...tahniah yer..moga impianmu tercapai ...amin
ReplyDeletesatu lg...shopping baju bby girl ni mmg merambangkn mata..drpd xjadi nak shopping baju gegirl,last2 mesti tersambar jugak ! :p
cntik header