Pages

Saturday, September 24, 2011

Merancang Jantina Anak



Salam Hari Sabtu,


Cepat benar masa berlalu tanpa sedar peredaran waktu langsung tidak pernah membuatkan aku melupakan detik pertama Aiman dilahirkan. Wajah mulus suci seorang bayi yang baru sahaja melihat dunia seakan baru semalam menyejukkan mata. Rupanya Aiman dah besar, tangannya saja sudah seakan sama saiz dengan aku.haha.. 




Bila anak dah besar terasa malas mau beranak lagi. Kalau ada anak kecil, tidur asyik terganggu waima pergerakan dan aktiviti sosial juga terbatas. Pendek kata, betapa tingginya pengorbanan yang diperlukan untuk membesarkan seorang bayi. Bila difikirkan bila lagi hendak menambah ahli keluarga? Takkan nak seorang anak je kan? Tengok orang ada baby syok jer rasa.


Lumrah kehidupan bila anak sulung lelaki, kita mesti mahu anak perempuan, begitulah sebaliknya. Walaupun setiap yang berlaku adalah qado dan qadar Allah, kita sebagai manusia mestilah berusaha, berdoa dan bertawakal untuk memperolehi sesuatu. Selebihnya biarlah Allah Yang tentukan.


Melalui apa yang aku baca, untuk merancang anak lelaki, makan makanan yang asid seperti buah-buahan limau, nanas, mangga, cuka. Minuman gas perlu dijauhkan selama 2 bulan sebelum mencuba. Makanan laut adalah digalakkan. Zat-zat logam kalsium dan magnesium juga diperlukan. Rancang pemakanan ini 2-3 bulan awal sebelum mencuba. Jangan masa dah lekat baru nak makan. Selain itu, banyakkan makan sayur untuk kedua-dua pasangan, lelaki dan perempuan. 


Bagi anak perempuan pula, digalakkan makan makanan yang berasid seperti limau, asam, nenas, cuka, air minuman bergas dan sebagainya. Pantang makan makanan laut. Banyakkan makan daging (ayam atau lembu) untuk pasangan lelaki dan perempuan.



    1.  



Baca seterusnya kat SINI 




12 comments:

  1. ada baca tentang ini.... beruaha tak pe tapi meminta tetap pada Dia....

    ada tengok kalender cina.... katanya kalau conceive bulan tertentu akan tentukan jantina anak... hheee... saje je layan....

    ReplyDelete
  2. hehe..tips yg berguna, leh gtai akak ipar :)

    ReplyDelete
  3. PK, seronok anak ramai-ramai ni, meriah. Tapi akak ni tak le ramai mana. Ok dah rasanya 2 perempuan dan 2 lelaki. Moga berjaya. Itu gambar aiman masa baby ke?

    ReplyDelete
  4. saya dah mkn mcm2 keluarnya 6 lelaki gak,tapi x salah nak mencuba,sekarang ni malas dah nak mengandung...cukup2lah tu..

    ReplyDelete
  5. So Puan Kutu kena banyak makan ayam dan daging mulai sekarang. Hehehe.. Apa pun itu qada dan qadar dari Allah. Kita manusia mampu merancang tapi Allah menentukan segalanya. Nice info. :D

    P/s: Maaf, kesibukan yang sangat memuncak. Jadi biskut sekarang kejap ada kejap takde. Adoiyaaai~

    ReplyDelete
  6. Akak nak anak kembar, sorang laki sorang perempuan. Ada petua? hehe..

    ReplyDelete
  7. nenas? bukan ke org kata buah tu agak tajam...

    tgn aiman da hampir sama ngn tgn puan kutu..mmg besar da tu..patut da ada tgn kecik yg lain da kan :p

    ReplyDelete
  8. ada satu blog miss fiza isteri cikgu naman...miss fiza ini pun banyak bagi tip untuk hamil anak perempuan...nama blog dia saya tak tahu tapi kalau google cikgu naman akan bawa ke blog suami miss fiza then ada link ke blog miss fiza aka mama darwisy...

    ReplyDelete
  9. tu gambo aiman time kecik2 ke kak? kok lain bebeno?

    ReplyDelete
  10. AIMAN dh besar tu PK..kena bagi adik buat kwn.

    ReplyDelete
  11. oo patut bee dpt anak pompuan byk mkn makanan utk dpt ank pompuan je muahhaa

    ReplyDelete
  12. betul tu yg penting usaha dlu kan.selebihnya doa, usaha ikhtiar tawakal

    ReplyDelete

Komen tanpa nampak kejanggalan ok!