Cerita ini aku jumpa kat facebook,aku ubah sikit-sikit jalan cerita dan wataknya. Tertarik untuk share, jadi aku dapat idea untuk memberi idea korang bercerita. Tak susah yer korang nak buat karangan Kisah Dongeng Tengku puteri dan Puan Kutu, janji korang berfikir secara kreatif. Jom join! Tersangat sempat sebab Puteri dah beri kata putus nak contest nie berlangsung selama sebulan. Hadiah pun mungkin bertambah pasal aku akan terima seorang penaja lagi. Rugi kalau tak join sebab hadiahnya memang best! Apa-apa hal nanti aku update.
Pada masa dahulu, ada sebuah kampung dimana semua rakyatnya amat rajin belaka tidak ada yang malas. Setiap hari mereka membanting tulang menyemai padi dan bercucuk tanam untuk menyara hidup. Jadi pada suatu hari, rajanya membuat pengumuman hendak mencari seorang yang malas.
Semasa perhimpunan itu, adalah seorang wanita bernama puan kutu mengaku dirinya sangat malas. Katanya, " Hamba adalah yang paling malas" Raja pun bertanya, "apa tahap malas kamu?" Lalu jawab puan kutu, "kalau hamba hendak santap, ada orang yang menyuapkan hamba". Maka Raja cuma tersenyum.
Tiba-tiba datang Tengku puteri, " Hamba lebih malas lagi dari Puan Kutu tuanku". Raja pun bertanya kepadanya, "sampai mana pulak tahap malas kamu?" maka jawabnya, "Kalau hamba santap pun, sampai ada orang tolong kunyahkan". Maka raja pun terdiam.
Tanpa disangka2 datang seorang budak lelaki bernama Aiman kepadanya sambil berkata "Hamba adalah yang paling malas tuanku". Raja pun bertanya, "bagaimana pula tahap kemalasan kamu?" budak itu pun menjawab, "Nak cerita pun malas!"
Maka raja pun percaya bahawa Aimanlah yang paling malas diantara semua rakyat jelatanya. Lalu raja mengurniakan seguni emas kepada Aiman. Puan Kutu dan Tengku puteri pun sukacita hingga melompat si katak lompat. Mana taknya, puan kutu boleh menumpang senang juga. Aiman itu anakndanya. Tengku puteri itu pula adindanya..Gembiralah hidup mereka sambil menari poco-poco. Tamatlah sudah sebuah kisah tentang keluarga yang sangat malas.
* Dah dua kali aku bagi contoh. Kalau macam nie biar aku sajalah yang join.haha..
ha ha...semua ni masih lemau kot..maklum la..open houese belum habis lagi...lemak masih dok melingkar kat jari2..hu hu
ReplyDeletehahahaha...memang sunggoh malas~
ReplyDeletehahahaha...adesss..nape nih cter akak je asyik mencuit perut saya nih...baru bangun tido terus segar bugar baca kisah nih...sy pun rasa mcm ada jumpa contoh best jugak...kang kita 2 je dok buat..hahahaha...
ReplyDeletehuwaa aku tk de idea jugak ni kutu ..adoiyaiii
ReplyDeletehehe..best la..klakar.yath tgh mencari idea untuk mengarang lagi puan kutu & ustazah TP..hahha..da siap nanti yath join ye:)
ReplyDeleteKelakar juga Pn Kutu ni ye.
ReplyDeletepernah gak dengar cerita ni kak..
ReplyDeletesaya dah join!!
hehehhehe..