Pages

Tuesday, September 20, 2011

Jenis- Jenis Lupa


Setiap orang ada sifat lupa yang kadang-kadang kita tak boleh nak elak. Tabiat pelupa bagi seorang dengan seorang yang lain saja berbeza. Aku adalah di antara orang yang graf tabiat pelupanya yang agak tinggi. En suami kata aku nie selalu lupa benda yang penting tapi ingat benda yang remeh temeh. Lebih teruk lagi aku selalu lupa benda yang penting seperti handphone dan beg duit.




Lupa adalah suatu keadaan dimana suatu informasi yang telah disimpan dalam memori otak jangka panjang  (Long term Memoryhilang. Mengapa seseorang boleh lupa? 

Seperti apa yang aku baca, lupa boleh terjadi kerana proses penyimpanan pada long term memory tidak dilakukan atau dilakukan secara tidak tepat atau tidak sempurna. Lupa jenis ini terjadi kerana suatu informasi hanya disimpan pada memori otak jangka pendek (Short Term Memory) dan tidak di hantar dengan baik sampai ke long term memory.


Jenis lupa yang lain adalah lupa yang diakibatkan kerana perjalanan waktu. Lupa ini terjadi kerana kita mengingat sesuatu pada masa lalu tetapi seiring berjalannya waktu akhirnya kita lupa. Hal ini disebabkan kita jarang menggunakan informasi itu lagi dan otak kita tidak pernah memproses informasi tersebut.


Ada lagi lupa yang terjadi kerana adanya proses interference. Lupa jenis ini diakibatkan terjadinya pencampuran antara pelbagai informasi yang diproses oleh otak. Informasi yang lama bercampur dengan informasi yang baru dan akhirnya mengganggu satu sama lain. Ini mengakibatkan hilangnya sebahagian informasi lama dan baru tersebut.


Aga-agak korang jenis lupa yang mana yer?



SUMBER : http://mosaicworld.wordpress.com/2009/04/05/definisi-lupa/





11 comments:

  1. sume jenis lupe ni wanie ade kot..skang ni memang susah nak ingat, sume masuk short term memory ni..hehe

    ReplyDelete
  2. Kadang2 lupa sbb dah lama, kadang lupa sbb proses interference tu, banyak sgt benda nak fikir dlm satu masa.. tp akak kalau lupa petuanya baca selawat.. :D

    ReplyDelete
  3. sy pun lupa, saya jenis pelupa yang mana satu

    ReplyDelete
  4. eena lupa pelajaran.rasanya eena silap simpan maklumat kot.huhu :(

    ReplyDelete
  5. Akak pun jenis yg pelupa jugak....mngkin jenis yg pertama kot....

    ReplyDelete
  6. macam semua je puan kutu:)heheh

    ReplyDelete
  7. chii macam ada semua je..

    chii cpt lupa..kadang2 perkara yg berlaku dlm beberapa minit pun..chii leh lupa :p

    ReplyDelete
  8. akak slalu lupa bw hp...hu.hu.hu...

    ReplyDelete
  9. sejak bersalin anak kedua sy dah jadik pelupa..x tahu urat putus ke hape..mungkin banyak minum air ada semut kut

    ReplyDelete
  10. zunah selalu lupa letak handphone kat mana. heheh :D

    ReplyDelete
  11. sayalah tu.. mmg slalu lupa pun.. lps branak ni lg lah jd lupa.. hahaa

    ReplyDelete

Komen tanpa nampak kejanggalan ok!