Sedar tak sedar hari nie dah 9 syawal. Kemeriahan raya dah lama rasanya terkubur dek tuntutan tugas. Kuih raya kat rumah pun sendiri jer yang makan sampai nak tinggal serdak. Nak beraya rumah orang pun tak sempat. En suami kerja siang malam dah macam mesin kilang tak ada non stop. Kesian.kesian..Bukan kesian sebab tak dapat beraya, tapi kesiankan en suami yang berhempas pulas kerja nak bagi aku dan si chubby makan.haha..
Ok abaikan intro yang tak ada kena mengena dengan entri. Aku just nak sharekan diari syawal yang tak semeriah mana. Rasanya belum terlambat nak update, raya kan sebulan..
Menjelang Syawal :
Sehari sebelum syawal aku masih bertugas, tapi bahagi tugas sama rakan sepejabat. Balik pada pukul 10 pagi terus mengemas apa yang patut. Tengahari bertolak pulang ke Alor Setar dengan perut yang kosong. Lapar sebab tak makan. Aku fikir dapat puasa penuh tahun nie, malangnya bolos dua hari menjelang syawal. Angkat bendera jepun.haha..
Keadaan di highway berjalan lancar walaupun penuh dengan kenderaan. Tiba dengan selamatnya dan terus ke dapur. Mak dan adik sudah bertungkus lumus siapkan juadah berbuka dan hari raya. Aku membantu apa yang patut sahaja. Tugas utama aku adalah menjadi menjadi mangsa untuk merasa semua masakan. Mentang-mentang aku tak puasa.haha..
Menu hari ini : Sup ekor, bihun sup, ketupat palas, rendang ayam, rendang daging dan daging masak kicap. En suami membeli sedikit kuih untuk berbuka.
Oleh sebab sibuk sampai tak sempat snap gambar, aku sajikan gambar tahun lepas.haha.. |
Terasa nikmat berbuka terakhir beramai-ramai. En suami cuma tiga beradik. Beliau anak yang sulung dan punya dua orang adik perempuan. Walaupun semua telah berkeluarga, Aiman cuma ada seorang sepupu. So keluarga kami tak ramai sangat ahli. Malam raya menghabiskan masa bersembang, menonton tv dan bergilir-gilir iron baju raya.
Hari Raya Pertama :
Seawal pagi mak sibuk di dapur masak nasi tomato. En suami juga sibuk masak ayam ros, kurma kambing dan acar sebelum solat sunat hari raya. Aiman bangun awal tanpa dikejut. Excited nak raya agaknya. Aku membantu mengisi kuih raya ke dalam bekas kemudian buat-buat sibuk saja.haha..
Rutin setiap keluarga bermaaf-maafan,yang muda mencium tangan yang tua, peluk cium dan acara beri duit raya berlangung tanpa ada sedu sedan dan air mata ok. Petang sampai ke malam kami beraya ke rumah sudara mara.
Muka masing-masing dah macam momok dek kamera buat hal! |
Raya kedua :
Baju kurung moden berwarna coklat tiba-tiba terasa ketat di badanku.haha baru saja sehari beraya. Kalut nie! Raya kedua kami pulang ke kampung aku di Penang. Alhamdulillah tidak banyak halangan dan kesesakan cuma pejalanan sesekali bergerak perlahan disebabkan kemalangan kecil dan dek rakyat Malaysia yang terlebih prihatin. Apa yang menspoilkan mood beraya, boss en suami call suruh naik kerja hari nie juga.
Kami tiba di Nibong tebal dengan selamat. Cepat-cepat beraya kerumah jiran dan beberapa buah rumah saudara. Tu pun dah macam kartun cepatnya beraya sebab petangnya kena balik SP semula. Aku megajak abang dan adik-adik bermalam di rumah aku sehari dua sebab kesian aiman tak sempat nak bermesra dengan Pak Ndak,Pak Njang,pakwa dan acunya. Happylah Aiman sebab asyik sibuk mengajak pak sedaranya main PS.
Ini pakndak yang paling rapat dengan Aiman |
Raya Ketiga:
Hari nie aku kerja malam. Kawan sepejabat masa aku di Johor nak datang rumah. Pagi-pagi lagi kawan aku dah sms bagitau nak beraya. Kelam kabut jugak sampai rumah pun tak sempat nak kemas. Baru dua hari ditinggalkan sudah berhabuk sana sini.
Mujur ada adik aku yang bongsu membantu di dapur. Aku cuma sempat masak nasi lemak sambal sotong dan ayam goreng berempah. Tak ada hidangan raya yer. Nasib baik kuih raya yang aku songlap di Alor Setar dan Penang masih banyak. Ingat lagi tak Ammar yang comel? Ammar datang bersama umi, abi,tok wan dan maktoknya.
Ammar dan abang Aiman waktu di Johor |
Makanya tamatlah sudah diari raya aku untuk tahun ini. Lepas raya ketiga, sudah tak ada istilah raya lagi bagi aku.haha. Sekian.
* Waktu di Johor raya sampai sebulan. Disini raya cuma 3 hari!
budak3 je yg raya sebulan kita paling kuat pun 5 hari....
ReplyDeletehaha.. betul2.. dulu amse duk johor pun gitu jugak.. raye lama.. da kat kampung.. due tige hari jerk.. :D
ReplyDeletebiasa la..
ReplyDeletenak raya rasa cam best je..
bila dah sampai sekejap je masa berlalu..
tup2 da naik keje kan..
heheheheha..
ehhh...ada line2 eh kat gmba nih....nih dh kes sama dgn ayung nih..hehe
ReplyDeletebolos 2 ari jerk...okeh la tuh:)
Wah! aiman... gambar dia yang lebih yer. Apa2 pun Muni selamat hari raya... Tak terlambat kan untuk Fiza ucapkan. Lamanya tak jengah blog Muni.
ReplyDeletehehe..betul-betul sy kat johor ni masih beraya-raya lagi..
ReplyDeletepart gambar muka mcm momok tu lawak gila..aiman photostat ayah dia rupanya..
Hari ni k zefa baru start keje.. pas blk dr Ganu 3 hari duk rumah jd surirumah.. tak beraya pun..
ReplyDeletehajat hati nak raya sebulan..namun apakan daya...bnyak sngt yg perlu dilangsaikan...
ReplyDeletesi chubby wat ketupat palas? hehe
ReplyDeleteyg penting raya kan
ReplyDeleteRasa tahun ni .. ramai yg kata tak berapa nak raya ... pakat2 sibuk kot... duit jer yg raya ...huhuhuh
ReplyDeletepandainya hubby awak masak!
ReplyDeleterespek!!!
hehehe.. budak2 happy je raya kan.. selamat hari raya maaf zahir batin kak :)
ReplyDeletepttla ain blik awal .
ReplyDeletehuhu. xsempat jmpa no..
xdan nk mkn laksa ain buat ari tu ;[
org nibong tebal ruponyo..dekat sgt dah tu dgn umah sy..klu tau leh juge mnjemput..ecewahh ~
ReplyDeletedah tuntutan kerja,nk wat cmne kan..raya pun kenalah brtugas...