Pages

Saturday, August 06, 2011

Tips Penjagaan Gigi Bayi dan Kanak-Kanak



Pada umur berapakah gigi kekal akan tumbuh? Aku baru membincangkan hal ini dengan seorang kawan. Ini adalah contoh soalan yang aku sendiri kurang pengetahuan mengenainya.  So untuk menjawab persoalan tersebut, terpaksalah aku tanya en google. Dalam dok godek-godek, terjumpalah artikel nie. Aku tertarik untuk berkongsi supaya kita sama-sama beroleh sedikit pengetahuan sebagai panduan dalam penjagaan harian anak kita.


Gigi kanak-kanak yang sihat selalunya tersusun cantik tanpa masalah karies gigi. Sebahagian kanak-kanak pada usia tiga tahun menghadapi masalah kerosakan gigi serta gigi reput yang disebabkan kurangnya penjagaan. Alhamdulillah stakat nie gigi Aiman masih elok dan tak ada yang rosak. Kerosakan gigi susu sering berlaku pada awal usia kanak-kanak disebabkan faktor pemakanan mereka. Namun sekiranya ibu bapa mengawal jumlah pengambilan makanan manis, gigi susu berkenaan akan kekal cantik sehingga diganti gigi kekal.



Gigi susu ialah gigi yang mula tumbuh ketika bayi berusia enam bulan ke atas dan akan diganti dengan gigi kekal bermula pada umur kanak-kanak lima hingga enam tahun. Menjelang umur kanak-kanak tiga tahun, gigi susu akan lengkap tumbuh sepenuhnya, sebanyak 20 batang. Bagi gigi kekal pula, menjelang umur kanak-kanak 13 tahun, jumlah gigi kekal adalah sebanyak 28 batang. Gigi geraham bongsu hanya akan tumbuh untuk sesetengah orang selepas umur 18 tahun.

Gigi susu mempunyai beberapa peranan yang penting. Antaranya membolehkan kanak-kanak mengunyah dengan baik. Ini memastikan kanak-kanak mendapat zat yang secukupnya untuk tumbesaran. Gigi susu juga terbabit dalam perkembangan pertuturan dan membantu gigi kekal tumbuh dengan lebih teratur. Gigi yang sihat akan menjadikan kanak-kanak lebih berkeyakinan daripada segi mental, fizikal dan sosial. Oleh itu, sangat penting bagi ibu bapa memastikan anak-anak mendapat penjagaan gigi sepenuhnya bermula ketika lahir iaitu sebelum gigi tumbuh.

Setiap kali selepas bayi menyusu, bersihkan dalam mulut bayi menggunakan sapu tangan atau kain bersih yang lembap. Apabila gigi mulai tumbuh, gunakan berus gigi lembut khas untuk bayi. Kanak-kanak perlu didedahkan dengan kaedah memberus gigi yang betul sejak mereka tumbuh gigi yang pertama bagi membiasakan mereka dengan berus gigi. Ketika mula tumbuh gigi sehingga umur lima tahun, ibu bapa perlu memberus gigi kanak-kanak. Selepas umur ini, kanak-kanak boleh cuba untuk melakukannya sendiri, tetapi hendaklah sentiasa dipantau ibu bapa supaya terjamin kebersihannya.

Ketika kanak-kanak masih bayi sehingga umurnya dua tahun, lebih mudah jika ibu bapa meriba anak-anak mereka dan gigi diberus dari arah belakang. Dengan ini, kepala anak-anak mereka dapat diampu atau disokong pada dada ibu bapa ketika gigi diberus. Lebih mudah sekiranya dibuat mengadap cermin. Untuk kanak-kanak prasekolah, tidak disyorkan teknik memberus gigi yang tertentu kerana tahap kemahiran motor halus mereka adalah rendah. Memadai dengan memastikan semua gigi diberus dengan baik. Ibu bapa dinasihati supaya memilih berus gigi berkepala kecil serta berbulu lembut manakala pemegang berbatang yang besar lebih memudahkan kanak-kanak mengawal berus gigi.

Kanak-kanak yang mengalami kerosakan gigi yang teruk mungkin mengalami kekurangan berat badan, menjejaskan tumpuan belajar, mengganggu persekolahan dan membuatkan kanak-kanak tidak mempunyai keyakinan diri. Tidak salah memakan makanan manis, tetapi hadkan pengambilan makanan itu pada waktu makan saja iaitu sebagai pencuci mulut. Contohnya selepas makan nasi, boleh makan coklat. Elakkan makan makanan manis di luar waktu makan utama atau menggunakan ia sebagai snek. Selepas makan makanan manis, berus gigi atau sekurang-kurangnya kumur mulut dengan air kosong selepas makan. Selain itu, berus gigi dua kali sehari dari waktu tumbuhnya gigi menggunakan air. Bermula daripada umur dua tahun, ibu bapa boleh menggunakan ubat gigi kanak-kanak berflorida. Jangan berkumur, memadai dengan meludah keluar saja ubat gigi. 



Kebanyakan ibu bapa tidak tahu kerosakan gigi kanak-kanak adalah disebabkan menyusu ketika tidur. Ini kerana bakteria penyebab karies gigi berupaya menghasilkan asid daripada gula (laktosa) yang terkandung di dalam susu dan membentuk karies. Lebih-lebih lagi ketika tidur, rembesan air liur akan berkurangan. Air liur mengandungi komponen yang berupaya meneutralkan asid yang dihasilkan bakteria. Justeru, jangan biarkan anak-anak tidur dengan botol susu di mulut. Galakkan anak-anak meminum susu menggunakan cawan bermula umur 12 bulan atau 14 bulan.

Sesetengah ibu bapa beranggapan ada makanan yang boleh menguatkan gigi namun sebenarnya semua makanan boleh dimakan cuma hadkan pengambilannya saja. Ini kerana gigi sudah terbentuk sejak dalam kandungan lagi. Oleh itu, penting bagi ibu mendapatkan kalsium secukupnya ketika mengandung.










12 comments:

  1. camnela nak ajar sayf berus gigi lepas nie.. lambat sangat beso.hehe

    ReplyDelete
  2. anak2 kakyong masa umur bawah 2 tahun, susah nak dicuci gigi depa.. depa memang tak suka.. so memang jrg sgt la dok gosok gigi.. lepas umur lebih 2 tahun, baru depa nak buat sendiri..

    so far Alhamdulillah, gigi anak2 masih baik.. belum ada tanda2 reput @ rosak... jrg bg makan gula2 pun.. cikedes dan segala maknenek makanan ringan pun susah depa nak dpt. makan ja apa yg ada kat rumah... tp sekali dpt gegula, mmng anak2 ku jakun sikit.. makan x hengat...

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah kalau gigi Aiman masih brtahan......brtambah comel la senyumannya tu....

    ReplyDelete
  4. thanx 4 info kak..walaupun saya masih belum ada anak, tapi sy baca jugaa.. untuk masa depan kan..

    ReplyDelete
  5. @mykhalis
    tak lama lg tu.skang masa cpt jer berlalu..:)

    ReplyDelete
  6. @kakyong
    betul tu masa umo 2taun aiman pun ssh jenuh paksasoh gosok.kadang smp muntah2.hehe.skang dia sendiri pandai.takut betul gigi tu berkarat.sbb tu kena melentur buluh dr rebung.pegi mana2 org puji gigi dia cantik.huhu..

    ReplyDelete
  7. @NzA
    yup mmg comel klu gigi cntik kan..

    ReplyDelete
  8. @Farah Shamsudin
    tulah pengetahuan..nti ada anak sendiri senang..:)

    ReplyDelete
  9. You got great points there, that's why I always love your blog, it seems that you are an expert in this field. keep up the good work, My friend recommends your blog.

    My blog:
    simulation rachat credit immobilier www.rachatdecredit.net

    ReplyDelete
  10. anak saya umur 2 tahun.tapi punyalah susah nak gosok gigi...

    ReplyDelete

Komen tanpa nampak kejanggalan ok!