Salam 11 Ramadhan,
Best kan Ramadhan sama dengan tarikh kalendar. Senang nak kira berapa hari kita puasa. Hari nie 11 Ogos bersaman 11 Ramadhan. Kalau tak sebelum nie tak pernah pun aku dok kira dah berapa hari kita puasa. Semedang jer lupa..Sedar tak sedar dah 1/3 puasa dah ekk. Ramadhan kali nie sangat best! hehe..
Ok back to the title entry, Susah ker nak bangun sahur? Siapa antara korang yang liat nak bangun sahur? Selalunya budak-budak jer yang susah nak dikejutkan. Aku pun mengakulah time aku kecik waima aku dah anak dara pun aku memang liat nak bangun sahur. Rasa macam sayang nak tinggalkan tidur. Yang anak dara tu memang beruk perangai! Kalau dah jadi isteri susah nak bangun alamatnya tak bersahur jugak la satu famili.
Setiap daripada kita punya cara yang berbeza ikut individu dan keluarga mengenai sahur. Kalau mengikut individu, ada orang yang akan makan berat pada waktu sahur, ada yang tak kisah bersahur ke tak asal ambik syarat untuk dapat pahala sunat. Ada yang tak bangun sahur langsung. Memang la tak salah, tapi apa salahnya ambik berkat sahur tu kan. Setahun sekali jer pun. Pahala sahur nie la yang kita nak kejar.
Gambar mengemis pak google! |
Aku memang tak makan berat waktu sahur. Lagi-lagi puasa kali nie en suami kerja. Balik rumah dah pukul 2 pagi. Kalau aku tak kerja pagi selalunya aku tunggu en suami balik. Pastu dok sembang sampai terus sahur jer. Kalau kerja kena tidur la, nanti mengantuk pulak kan. Bagun untuk ambil pahala sahur kemudian terus siap untuk ke tempat kerja.
Kalau mengikut adat famili pula, ada antara famili yang dari kecil telah didik untuk bersahur dengan nasi. Bila berbuka hanya makan yang ringan seperti kuih dan mee, jadi anak akan senang di bangunkan untuk makan nasi pada waktu sahur. Ada yang siap-siap makan pukul 12 sebelum tidur, pastu dah tak perlu bangun lagi. Ini pun boleh ke dikategorikan sebagai sahur?
Macam-macam cara pun ada. Aku sendiri memang di latih dari kecik makan semua benda waktu berbuka. Maknanya waktu berbuka memang ada nasi. Bila sahur pun keluarga aku makan nasik jugak. Tapi aku tak ada pun ikut sangat, tak nampak rupa nasik waktu berbuka dan sahur pun aku tak kesah. Semua benda aku bedal! Sahur minum air pun tak kisah..
Macam mana pun cara sahur dan berbuka kita takde menjadi hal. Janji kita dapat menyempurnakan puasa dengan baik. Oh yer pada yang bujang, yang susah nak kejutkan rakan serumah, nie ada Tips untuk kejutkan rakan bangun sahur. Cuba la pilih yang mana boleh diamalkan.
* Agaknya kalau kejutkan anak dengan cara tu ok ker?haha..
sy sahur jam 12 or 1 pagi.. oke x? hehehhehe
ReplyDeletesaya senang nakbangun pagi kak.. selalu saya yang kejut mak saya untuk siapkan hidangan sahur.. hehehe
ReplyDeleteakak kejutkan anak2 lbh kurg pkul 5.10 pagi utk sahur n lepas tu mrk terus mandi utk ke sekolah....
ReplyDeleteaku memang x tidur. so tade masalah bagi aku waktu sahurr.Puan kutu,semedang tu apa?
ReplyDeletehaha..emak akan menjerit selagi anak2 nye ta bgun sahir dekat rumah nih..haha
ReplyDeleteNasib baik anak2 akak senang jer bangun sahur...tapi betulkan...kalau kita tak bngun, tak brsahurlah satu fmly...
ReplyDeletesy dan suami pon x kisah kalau x mkaan nasik waktu buka..sahur pon makan roti jer..
ReplyDeleteizan pun tak kisah sgt makan sahur apa... yg penting amik pahala bersahur kan. cuma kalau en hubby n muhaimin, siap2 tanya nak makan apa tuk sahur nnti...
ReplyDelete*tp ada juga kes terlajak tak bgn sahur...tgk2 dah pukul 6...aduhhh...