Pages

Sunday, August 21, 2011

SERAM !! Mistik Malam Ramadhan



Salam 21 Ramadhan.


Jangan risau kerana entri nie tak ada gambar hantu yang boleh membuatkan korang mati terkejut. Tapi bagi korang yang ada sakit jantung, agak tak sesuai baca kerana ceritanya agak seram. Buat korang yang penakut juga di larang keras sama sekali meneruskan pembacaan. Sila siap untuk menjerit tahap pontianak.haha just joking! 


Alkisah benda nie berlaku malam semalam. Malam terasa indah sekali, cuaca dingin dek hujan renyai-renyai turun membasah bumi. Jam di dinding menunjukkan hampir dua pagi. Mesin basuh LG yang berputar mengganggu keenakkan si katak berlagu. Si chubby sudah asyik dengan dengkuran kecil. Tertidur hanya beralaskan toto di depan TV yang rata-rata menghambakan sepanjang hidupnya hanya kepada siaran kartun. 


Kerana kepenatan aku sudah tidak berdaya lagi menunggu en suami pulang. Cuaca sejuk memaksa aku menarik gebar, berbaring lantas menutup mata di sofa merah hati. Aku biarkan bunyi kocakan kain hilang bersama mimpi. Esok saja aku sambung aktiviti membasuh. Monologku pergi bersama keasyikan lena...


Tiba-tiba terasa bagai dikejutkan, mimpiku terhenti, kenikmatan tidur di ragut, lantas aku tersedar dan terus bangun. Terkejut aku tengok tv terpasang. Aku pasti sebelum tidur semua suis sudah terpadam. Aku mencari en suami di segenap ruang rumah. Dalam bilik tak ada, lampu bilik air menyala tapi en suami tidak kelihatan. Sebelum tidur lampu ruang tamu saja aku biarkan terpasang. Aduh mistik nie. En suami mau main-main kah? Jantungku berdebar kencang!


Siapa pula yang pasang TV? Siapa yang nyalakan lampu bilik air? Jangan-jangan ada orang ceroboh masuk rumah? Aku mula berfikir yang bukan-bukan. Ahh tak mungkin! Aku lihat Aiman masih di toto, masih tidur nyenyak, masih asyik dengan mimpinya barangkali. Cuma posisi kedudukan sudah berubah. Aku perhati jam sudah menganjak pukul 3. Kebiasaannya jam begini en suami sudah berada di rumah. Selalunya berminggu aku biarkan si cabuk tidak bertopup, tapi kali nie untung masih punya kredit. Aku mencapai handphone CSL lalu mendail 'busyukkusayang'.


Aku tanya en suami di mana? Tanpa sempat beliau memberi jawapan aku sudah mula bercerita tentang lampu dan TV yang terpasang dengan sendirinya. Lupa pula hendak menyoal dimana lokasi en suami kerana aku sudah berpuas hati dengan jawapan en suami belum pulang. Maknanya TV dan lampu yang terpasang bukannya en suami yang buka. Tapi siapa? 


Oh my god! Mistiknya! Bukankah bulan puasa semua hantu di ikat? Takkan hantu pandai tengok TV! Dalam kebingungan dan mataku yang masih lalok, Aiman tiba-tiba bergerak. Seakan mendapat petunjuk, aku membuka mulut bertanya, " Aiman ke yang bukak TV?" Dalam keadaan mata terpejam si chubby mengangguk. Tidak menghiraukan aku yang sedang terpinga-pinga, si chubby kemudian menyambung semula tidur. 


Aku langsung tak sedar bila Aiman bangun kencing dan buka TV. Buat suspen jer! Rupanya ini kerja hantu Chubby! 









12 comments:

  1. Hihi...sian si hubby jadi mangsa...yg si kecil pun pandai tu buat mistik dlm rumah...kesian mummy ketakutan

    ReplyDelete
  2. keh keh keh.. mistik tul la Pn Kutu ni.. bikin saspen ajer..

    ReplyDelete
  3. salam kak...rajin komen...huhuhu..

    tu bukan brooch kak tapi bunga kembang semangkuk...hahahah!!!

    ReplyDelete
  4. Bila akak baca entri ni rasa mcm baca novel seram pulak. Cantik ayat pn kutu guna. Aiman buat ibunya seram sejuk ye. Hihihi

    ReplyDelete
  5. hahahha....dh agak dh...aiman...aiman..wt suspen je ek..

    ReplyDelete
  6. hahaha..baca sampai habis...si chubby yang memistikkan pikiran mama dia..hihi..

    ReplyDelete
  7. hahah.suspen sudah!
    grrrr.. pn kutu ni saja jea..

    aiman berani g tandas sorang2.!
    ni yang buat suka lg dkt aiman ni.. hehe

    ReplyDelete
  8. heeee...aiman memang best la! selalu tercuit hati dengan cerita aiman...heee...

    ReplyDelete
  9. heheh...suspen je:)mistik si Aiman~~hehe

    ReplyDelete
  10. sungguh menyeramkan..wakaka...aiman...amin....hi

    ReplyDelete
  11. xleh baca , tgh midnite ni..sok siang2 baru baca balik...ngaaa~

    ReplyDelete

Komen tanpa nampak kejanggalan ok!