Pages

Monday, August 01, 2011

Sahur Pertama



Salam Ramadhan


Menjelang ramadhan malam tadi dah berdam dam dum bunyi mercun kat area rumah aku. Benarlah kata Ustaz Kazim setiap tahun kalau putuih jari mesti orang kedah!haha..Alhamdulillah sahur pertama dalam bulan Ramadhan telah berjaya kita tempuhi. Aku hari nie masak untuk en suami, tapi diri sendiri makan sebiji kurma dan minum air jer. Aiman pula pada akhir-akhir sahur minta susu. Sahur dengan susu saja.haha..


Sahur nie seperti yang semua sedia maklum, hukumnya sunat. Walaupun sunat tapi besar manfaatnya. Bersahur merupakan sunnah nabi. Jadi sudah tentu kita akan peroleh pahala. Untuk diri sendiri pula, manfaatnya adalah memberi tenaga untuk kita berpuasa.




Rugilah bagi sesiapa yang meninggalkan sahur. Termasuk aku suatu waktu dulu. Ok nak cerita kisah sahur waktu zaman muda-muda dulu.ahakz..bukan maksud aku dah tua, senang cerita waktu remaja la kan. Selalunya hari pertama puasa sangat excited nak bangun sahur ok. Tak payah mak kejut dah sendiri bangun. Aruah pak akan beli lauk yang istimewa sikit pada hari pertama sahur. So aku akan makan dengan berselera sekali. 


Bila dah seminggu puasa makin malas nak bangun. Bila mak kejutkan ikut keadaanlah, kalau malas sangat nak bukak mata, aku tak bangun pun. Kalau dah akhir-akhir puasa langsung tak bangun. Sangat buruk perangai! Walhal kalau bangun minum seteguk air pun dah dapat pahala sahur. Time tu zaman jahil lagi. Tapi yang penting hari terakhir sahur mesti kena bangun sebab nak merasa nikmat sahur terakhir.hoho..


Aku memang spesis yang tak ada selera makan waktu sahur. Sampai sekarang kadang-kadang aku just minum bila bersahur. Mengikut apa yang aku baca, sahur itu boleh dilakukan dengan sedikit makan walaupun cuma seteguk air. Namun tidak digalakkan untuk mengambil terlalu sedikit atau terlalu banyak makanan pada waktu sahur. Memadai dalam anggaran yang secukupnya bagi membantu untuk mengerjakan puasa pada keesokan harinya kerana pengambilan makanan yang terlalu banyak atau terlalu sedikit pasti akan mengganggu kesihatan.


Bercerita pasal tak bangun sahur aku rasa dalam sebulan ramadhan mesti paling tidak sekali ada antara kita yang tak sempat sahur atau dalam erti kata lain tak jaga atau terlajak waktu sahur. Aku pernah dengar, kalau terlajak atau tak sempat kita dibolehkan bersahur selagi matahari tak terbit. Cuba fikir macam mana orang zaman dulu sahur sedangkan waktu tu mana ada ditentukan waktu imsak jam berapa. Entahlah..kena tanya pada yang pakar kot. Pendapat korang?


* Esok birthday aku. Alamak dah tua lor..:)










20 comments:

  1. awai buat entri ni kembo hehe.. bee masak juga hari ni , panaskan sup semalam , goreng kentang bercili dan ayam goreng tuk suami dan kakak.. risau dia tk boleh puasa , dah sekolah petang .. bee makan juga sikit..sbb duk cirit birit ni .. tak menahan ...

    ReplyDelete
  2. Permulaan Ramadhan yang menarik, selamat berpuasa! :)

    ReplyDelete
  3. Salam Ramadhan al mubarak untuk pn Kutu dan aiman ye.

    ReplyDelete
  4. Salam Ramadhan Puan kutu.... selalunya diawal ramadhan ni memang bersemangat sungguhkan, macam-macam dalam fikiran ni nak buat dah pertengahan nanti mulalah nampak kemalasan nya keluar...

    Nak ucap inadvance ni takut terlupa :

    SELAMAT HARI LAHIR PUAN KUTU...

    ReplyDelete
  5. mowning..epy fasting..epy berde...

    nk bgtahu header kat atas tu cute...nampak fresh sgt...

    ReplyDelete
  6. salam ramadhan..saya dan family mmg tak penah miss bgn sahur..walaupon tak byk mkn tp at least mkn kurma ke..

    ReplyDelete
  7. salam ramadhan al-karim. semoga ramadhan kali ini dipenuhi rahmat kurnia dan anugerah Allah, serta berkah kebaikanNya untuk kita semua. amin.y.a


    kongsi http://way2healthynbeauty.blogspot.com/2011/07/segmen-tauladan-jom-ingat-pesanan-ibu.html

    ReplyDelete
  8. heheh.. saya memang xkn miss sahur.. sekurang2 nye dengan segelas air n kurma jerk :)

    ReplyDelete
  9. @puanbee
    Hehe biasalah lepas sahur nak tggu time pegi kerja..

    ReplyDelete
  10. @ayu jamal
    hehe bt tq..simple jer header tu..:)

    ReplyDelete
  11. @mama tims
    sy pun tak pernh miss tp dlm sebulan kadang ada jugak tak jaga.huhu..

    ReplyDelete
  12. @Taufiq Arifin a.k.a. Topimagine
    bguslah top.kadang lelaki nie liat sket nak bgun..:)

    ReplyDelete
  13. aah betol tu..sahur dgn seteguk ayor pun jadik..kami pagi tadi x makan nasik pun..roti , quaker oat , kurma dgn ayor horlicks jer .. alhmdllh bertahan juge si kakak tu..alhmdllh

    ReplyDelete
  14. slm ramadhan.. dulu saya pun xkisah sgt pasal mkn time sahur ni.. mkn kuih pun dh ok.. tp skrg kene mkn lebih sikit sbb nak menyusukan alisha takut sy xleh tahan lak nanti.. hihii

    ReplyDelete

Komen tanpa nampak kejanggalan ok!