Pages

Monday, August 22, 2011

Resepi Kek Coklat Lembap


Salam 22 Ramadhan,


Malam tadi aku buat kek coklat lembap, ini bukan kek raya. Aku suka hati nak buat pasal ada lebihan coklat buat kek batik hari tu. Semua bahan lain dah ada, so dpt idea nak buat kek coklat. Dah lama rasanya tak baking kek. Dulu aku menggila buat cupcake. Kalau nak tengok cupcake buatan aku, boleh usha album facebook aku yer.hehe.. Raya tahun nie mungkin aku tak buat kuih bagai sejenis pun. Balik kampung nanti kidnap jer la kuih raya yang ada.hikhik..


Ok tak mau bebel panjang-panjang, aku nak bagi resepi Kek Coklat Lembap (bukan lembap yang lambat pickup tu yer). Setakat aku buat kek, tak pernah lagi la tak jadi, haha riak! Bab masak nie, kena pandai agak-agak, baru menjadi! Rumah aku tak pernah ada alat sukat untuk buat kuih or kek, semua aku hentam kromo main agak-agak jer. 


Resepi Kek Coklat Lembap 


Bahan- Bahan

  • 2 cawan tepung gandum (tepung kek pun boleh, tapi guna tepung gandum lagi sedap kek tu. Pandai-pandai aku buat teori sendiri!)
  • 2 cawan gula kastor (aku pakai 1 1/2 gula kasar pasal takde kastor kat rumah)
  • 1 cawan serbuk koko 
  • 1 biji butter 250 gm (aku pakai agak guna merjerin pelangi, plus sedikit shortening, terbeli shortening tapi tak tau nak guna untuk buat apa.hikhik)
  • 4 biji telur
  • 2 cawan susu perisa coklat (aku beli susu coklat dutch lady yang kecik tu, sebab tak cukup 2 cawan, aku tambah air soya kotak.haha..)
  • 1 sudu serbuk penaik
  • 1 sudu esen vanila

Siap semua bahan terus ke cara nak buat, seperti kek biasa :



Cara-cara

  1. Pukul gula dan butter hingga kembang.
  2. Campur tepung, serbuk koko dan serbuk penaik, ayak tinggi! klu malas ayak, just campur dan ratakan serbuk penaik dengan tepung. Ketepikan sat.
  3. Masukkan telur satu persatu ke dalam gula dan butter yang telah kembang.
  4. Masukkan susu coklat, pukul sebati. Boh esen vanila.
  5. Masukkan tepung, adun sebati. Jangan lama sangat pasal Chef Wan kata tak bagus, boleh buat kek merekah kot, aku baca dalam majalah ok! agak dah sebati bley la bakar.

Taraaa..Ini hasilnya





Oh yer untuk topping boleh guna coklat masakan, 1 sudu mentega dan 1/2 cawan susu coklat. Pastu boleh juga tabur kek dengan chocolate rice. Aku malas buat topping. Harap Maklum kek aku tak berapa lembap pasal aku terlebih bakar.haha..Loyang aku kecik, jadi lebihan adunan dapat 6 biji cupcake. Cupacake ini baru betul lembap. Yummy! Jangan tak cuba buat yer...







16 comments:

  1. sedapnya.....trliur tgk..lama dh xbuat kek coklat.....

    ReplyDelete
  2. dah lama tak buat kek..
    nk try la..

    ReplyDelete
  3. apasal tak kirim pd kak liza ..?? he..he..

    ReplyDelete
  4. nak buat gak kek ni masa raya nanti..hehe :)

    ReplyDelete
  5. ohhh tidak...asal cokelat ja semua ila makan...

    nyum3....

    ReplyDelete
  6. yang letak dlm cup tu lagi comel :D
    akak buat letak telur eh?
    wanie penah try yang tak letak telur pn jadi jugak..

    ReplyDelete
  7. Memang terbaik..kak..Tengok gmbr pun tau mesti sedap.Insya Allah nak cuba juga nanti.


    Oh yea,umr saya 28tahun.

    ReplyDelete
  8. wah kutu pandai buat kek ye.. tk sangka!

    ReplyDelete
  9. alahai mcm best je.. x pernah try buat lg..

    ReplyDelete
  10. heran la... tukaq2 bahan pun menjadi jugak.. pasal kak buat susah nk jadi.. padahal guna bahan betul2...

    ReplyDelete
  11. ololooo rajinyya muniii...

    saya ni xyah ckpla.. mmg fail bab2 kek biskut nih. hehhehe

    ReplyDelete
  12. rajen betul puankutu ni memasak..tere lak tu main hentam2 jer tp mnjadi... bilalaaaa dakoo nk start baking2 ni haa.... ???

    ReplyDelete
  13. huhu. best ni
    hari tu pernah buat skali tp xletak susu coklat ..
    nt nak buat ltk susu coklat lah ;]

    ReplyDelete

Komen tanpa nampak kejanggalan ok!