Pages

Saturday, August 13, 2011

Pertama Kali ke Bazar


Dua hari nie aku tak gigih nak masak. Semalam lagi aku nak pergi bazar tapi hujan lebat, so hari nie pertama kali aku ke bazar selepas 13 hari kita berpuasa. Tak ada apa yang menarik pun kat bazar ramadhan tu. Entah la, aku rambang mata tengok semua benda, tapi tak selera sangat nak makan. Selalu aku beli area en suami kerja ja. Situ pun ada macam-macam. Malas nak bersesak kt bazar tu, nak parking pun susah..


En suami suggestkan aku beli ayam percik dan air cincau. Sebab aku pun blur tak tau nak makan apa, aku beli seketul paha ayam percik. Kejap lagi aku tinggal masak nasik. Pastu aku beli air soya, popia goreng dan cucur udang. Balik-balik benda tu ja aku dok beli. Feveret aku.haha..


Balik bazar aku terus pergi beli barang nak buat kek batik. Teragak plak nak makan. Serbuk koko ciput pun gila mahal. Nak beli yang jenama lain tak ada pilihan plak, yang tu jer ada. Kalau banyak koko bolehlah aku buat kek coklat.haha..Sapa la nak makan, aku suka buat ja, si chubby tu pun tak balik-balik. 


Kalau Aiman ada syok jugak sebab dia boleh makan apa saja yang aku buat. Pastu aku pun boleh la kembang bontot sikit bila Aiman puji masakan aku sedap.kihkih.. Si chubby dah lupa dah pun kat ibu ngan abah dia. Takdenya nak rindu. Syok sangat dok rumah acu dia sebab sana ramai kawan. Aku call pun dia tak mau cakap dengan aku. Geram betul! Insyallah Isnin nie balik la kot..


Ok chiaow..Nak masak nasik. Selamat berbuka semua...









1 comment:

Komen tanpa nampak kejanggalan ok!