Salam 23 Ramadhan,
Hari nie hati melonjak girang. Balik dari kerja sempat aku menjeling ke kotak surat, yey! aku terima kad raya! Kad raya pertama dan terakhir untuk tahun nie.haha..Terima kasih kepada kemboku, puanbee kerana sudi mengirim dan mengembalikan nostalgia kad raya yang semakin dilupakan.
Terkenang zaman dulu-dulu, menulis kad raya merupakan perkara wajib setiap kali menjelang raya. Sahabat handai jauh dan dekat akan aku kirimkan kad raya. Sayangnya kad raya semakin dilupakan dek teknologi serba canggih yang semuanya di hujung jari. Tahun lepas tulis gak kad raya, tahun nie hampeh!
Dulu-dulu the best part, tulis kad raya untuk kawan sekampung. Siap berjanji pukul berapa nak beraya rumah tok guru. Rumah tok guru yang ajar mengaji quran adalah rumah pertama yang akan kami jejak di pagi raya. Dah siap pantun pecah kaca pecah gelas, aku akan lukis setem di depan sampul kad. Konon la kan yang kad raya tu dipos. Pastu soh adik aku bertindak posmen pergi hantar. Kelakar gila bila ingat balik, walhal rumah kawan tu belakang rumah jer, kentut pun dengar, berak pun nampak!haha..
Abang aku pulak suka bagi kad raya kat artis. Artis pujaan beliau macam Amy Mastura dan Siti Nurhaliza tu memang wajib bagi. Yang aku ingat ada gak kad raya dari Abot dan Maya. Artis macam Amy setiap tahun design kad raya sendiri. So aku agak bangga jugaklah cerita kat kawan-kawan sekolah yang artis balas kad raya dari abang aku.haha walhal ada signature jer pun. Entah-entah yang sign tu pun PA artis apa, bukan artis pun..hehe
Bukan setakat kad raya,ada angpau dan duit raya untuk Aiman jugak tau..Aiman suruh sampaikan ucapan terima kasih untuk anty bee...
hehe .. sama2 suka tau kad raya , byk cerita dulu2 tp sekarang tk de dah .. sadis
ReplyDeleteWAH BESTNYA DPT KAD RAYA DRI RAKAN BLOGGER ^^
ReplyDeletenak kad raya jugak ^_^
ReplyDeletehehe
selamat hari raya
Puan Kutu, nak alamat...
ReplyDeleteemailkan ke : corecheck@gmail.com
siap antar kad raya kat retis tu..tak terpie nak buat sume tu..hehe
ReplyDeleteexcited sgt dapat balasan kad raya dari sultan pahang.. sekarang harga setem dah 50 sen..
ReplyDeletekak pun dpat kad raya .. tapi kad je la.. duit raya x dak...hehe
ReplyDeleteamboi Bee, bagi kad raya utk kembo dia je ek...utk akak xde ke?????hu..
ReplyDeleteapapun mmg seronok kenangan dulu2...kumpul kad raya n siap tayang sapa yg dpt plg byk.....
haih dah lama org tak kirim kad raya ni. seme asik e-card je. :(
ReplyDeletehehe..sy pon ada dpt satu kad raya dr kawan blogger
ReplyDeletekad raye dr artis..perghh..
ReplyDeletekak NZA .. alamat tk de... huhu maaf!
ReplyDelete