Pages

Wednesday, August 03, 2011

Kisah Ikan 1 Ramadhan



Selesai usai solat terawih, di sebuah gerai Pak Mat Kopi, kelihatan sekumpulan pengunjung setia iaitu Dolah Jengkui, Pak Man Lepat Liat, Haji Busu Tempe sedang berbual-bual sambil menikmati air pilihan masing-masing. En suami kemudian datang duduk dikerusi berdekatan. "Kopi o satu!"


Malam itu, bintang-bintang berkedip riang, cik bulan tersenyum galak kerana bulan mulia Ramadhan barakah kembali lagi. Suasana tak berapa nak kecoh dan tak berapa nak hening bertukar rancak.


Pak Man Lepat Liat : Hangpa tau malam tadi soq (sahur) bini aku masak sedap.. Ada ikan caru (cencaru), ikan temenung (kembung) pun ada. Aku makan ikan banyak... Sampai dekat sepuluh ekoq!


Encik suami : Mak ai, banyaknya pak man..Saya makan nasik goreng ja!


Dolah jengkui : Hang dengaq tu Busu, bini dia ja pandai masak. Banyak tu makan ikan. Sampai sepuluh ekoq!


Encik suami dalam hati (patut pun boroi Pak Man nie)


Haji Busu Tempe : Alah..aku ada apa heran! tadi soq aku makan beratuih (ratus) ekoq ikan.


Encik suami yang menghirup kopi o hanya tersenyum. Tidak mahu turut serta lagi dengan cerita kehebatan isteri pakcik-pakcik nie. Dah memang isteri tak hebat agaknya.ahakz..


Dolah Jengkui : Hah! Banyak tu! hang gila apa Busu?


Pak Man Lepat Liat : Hang makan ikan apa?


Haji Busu Tempe : Ikan bilis!


* Watak terpaksa di ubah sedikit. Ini adalah kisah benar.kahkah..







13 comments:

  1. hahhahahahhah lawak pulak... patutlah byk mkn ikan.. hahhahhaha

    btw tag puan kutu

    http://intanberliangacontest.blogspot.com/2011/08/like-dapat-hadiah-by-pinkummi.html

    ReplyDelete
  2. nama watak bukan main glamour lagi...hehe

    ReplyDelete
  3. ikan bilis beratus pun byk wor....huhu

    ReplyDelete
  4. @Papa Mifz
    yg kecik2 tu..seratus sikit jer pun!

    ReplyDelete
  5. kelakar la pakcik2 tu punya topik..mcm topik sembang ngan kawan2 ms skolah rendah dl.

    ReplyDelete
  6. hhaha.. xagak2 nak menang kan.... berjuta2 ekor pon boley kn :)

    ReplyDelete
  7. @Anah
    haha ntah en suami yg cerita..:)

    ReplyDelete
  8. @Taufiq Arifin a.k.a. Topimagine
    berjuta tu tipu sgtlah..klu ratus tu bley terima gak klu bilis kecik2..

    ReplyDelete

Komen tanpa nampak kejanggalan ok!