Salam 25 Ramadhan
Malam tadi lepas nonton Ramadhan Terakhir, aku dengan kuasa sepower supermak mula mengemas rumah. Mendeko perabot ke posisi berlainan, basuh dapur, basuh pinggan, sapu sampah, mop lantai, lap sana sini, basuh baju, basuh cadar, basuh sarung bantal, cuci toilet dan mengemas mainan aiman.haha. Semua aku buat sekaligus dalam masa 4jam. Sedar-sedar dah pukul 3 pagi. Bangun sahur sakit-sakit badan aku, pinggang pun dah macam nak putus aku rasa. Padan muka aku! Ok tamat cerita semalam..
Entri hari ini,
Cuaca sejuk menyelinap ke tulang. Dari pagi hujan menimpa bumi. Nyaman sekali mengurangkan pahala puasa dengan membuat tahi mata. Sempat jugak aku melelapkan mata bagai sejam di katil opis.haha bukan curi tulang, time rest ok..Balik kerja sambung tidur lagi. Apa nak jadi..
Hari nie mertua dan adik ipar bersama baby Irshad nak datang berbuka dirumah. Esok Aiman ikut sekali balik ke kampung. Aku dan en suami Isnin nanti baru bertolak. En suami kerja sampai Ahad, aku pagi Isnin tu still keja. Cuti raya pun dua hari jer. Sangat sadis! Raya ketiga dah mula menjalankan amanah sebagai seorang pekerja.
Walaupun mertua datang, aku tak masak apa pun hari nie. En suami kata tak padan nak masak pasal tak berapa hari jer lagi dah nak raya. Malas beli barang dapur. hehe..Cadangnya nak beli saja buat santapan berbuka. Tadi abah call bagitau mak masak lauk dan sayur bawa ke sini. En suami beli kari kepala ikan untuk menambahkan menu. Aku cuma tinggal menanak nasi. Yey! hari nie berbuka secara berjemaah..Selalunya sorang je kan..
Pada teman-teman blogger yang akan memulakan perjalanan kekampung bermula esok, hati-hati di jalanraya. Semoga selamat sampai ke destinasi.
* Tadi terima kad raya lagi. Nak pergi siasat siapa pengirimnya.haha malam nanti kalau sempat aku update sekali dengan hadiah GA..
Selamat pulang ke kampung ye Bee.Saya pun nak balik ke Pengerang, kampung ayah di Kg Teluk Empang tapi tak taulah raya ke berapa.Nak try lalu highway baru.
ReplyDeleteOpps!Bee pulak.Maksudnya Puan Kutu.
ReplyDeleteSorry! =)
wahhhhh da stop beli barang dapur?? heksited nak raye la ni ea.. ehehehe.. :D
ReplyDeletesupermak gitu...den jugak tak larat nk supermak kan diri..harapkn incik hasben ler tolong kemas2 rumah mane yg patut..huhu...
ReplyDeletebestnyer dah stop masuk dapo ek..kami ni tak sure lagi..hari ahad baru balik kampung ...hmm...
sekejap nye raya.
ReplyDeletebanyak kat raya , retiss retiss..
hari2 hujan kan skang kat kedah ni..
ReplyDeletedapat kad raya lagi??huhu..jelesnye..
Selamat hari raya jugak puan kutu..
ReplyDeleteHati2 balik kg..
btw.. dkt la ek kita.. saya dkt jalan abd raof.. depan sek cina tapi xtau nama sek tu apa ntah dah lupa.. so, thn ni balik nibong tebal bila?
SeLaMaT HaRi RaYa AiDiLfItRi...
ReplyDeletesemoga raya kali imi membawa seribu keceriaan
HEHE. KORIE DLM PERJALANAN BALIK SG ACHEH NI ^^
ReplyDeletewahhhh akk dh siap mengemas dh.nk eh anak akk ikut atoknya balik kg dulu =)
ReplyDeleteamboi mcm couple2 lah akk balik ni eh.
saye cuti 2 minggu kak.. jangan jeles ye !!! ^__^
ReplyDelete