Pages

Saturday, July 02, 2011

Tonton Online Filem Karak

Tonton Online dan Sinopsis Filem Karak : SINI

Ini cubaan pertama aku tonton filem online. Ok fine, aku sangat kolot..Rasanya sudah berabad lama aku tak tonton wayang. Kalau 5tahun sudah aku kawen, maknanya sudah 5tahun jugalah kaki ini tak jejak panggung. Oh correction, aku mungkin jejak, tapi sudah 5tahun aku tak menonton filem di panggung. 

Arghh sebenarnya jiwa aku sudah tiada dengan wayang. Semakin dewasa keseronokan menonton itu hilang. En suami kata itu sebabnya beliau bawak aku menontong wayang puas-puas waktu bercinta dulu. Dulu kami memang gila-gila. Dalam sehari kami boleh menonton dua filem sekaligus. Mana taknya, filem yang aku suka, en suami pula tak suka. Begitu sebaliknya. Bila tiba pilihan en suami, aku pasti tidur di panggung. Tapi keseronokan itu ada sedikit sebab menonton bersama buah hati. 

Kini, aku berperasaan seperti buang masa kalau menonton filem dipanggung. Masih banyak benda perlu aku fikirkan. Menonton bukan terapi mahupun hobi yang sesuai untuk jiwa aku. Aku bukanlah anti filem tapi waktu lebih sejam itu bisa aku manfaatkan dengan perkara lebih baik. Mungkin dengan tidur. Lagi-lagi tidur ya..Filem terakhir aku tonton di rumah adalah Hantu Kak Limah. Itu pun aku sangat stress melihat lawak yang tak kelakar langsung. Di pertengahan ternyata aku tidur. Sampai sekarang pun aku tak pernah habiskan cerita yang katanya mencetuskan fenomena Usop Wilcha itu.


Bukan nak cerita pasal hantu Kak Limah tapi nak komen pasal Filem Karak yang telah berjaya aku tonton sebentar tadi. Mata sangat mengantuk. Aku mahu tidur. Maaf ya kerana aku masih lagi tak dapat habiskan filem karak sewaktu entri ini ditulis. Taste aku terhadap filem sangat tinggi ok. Sendiri faham sajalah. Sekian..

* Ini entri merapu. Aku mengantuk sangat, tidur sekejap boleh ya. Malam nanti nak kerja pulak..


                                               

11 comments:

  1. tengok citer karakpun ngantuk?bio bebeno??

    ReplyDelete
  2. best ke citer tu? ade yang cakap tak best.

    ReplyDelete
  3. filem karak ni lg okeh dr hantu kak limah..sy sama mcm puan kutu..sy still x boleh gelak tgk usop wilcha tu..

    ReplyDelete
  4. saya tak pernah masuk panggung pown.. sian kan.. Y_Y hohohoh.. abah ckp bazir duit.. btw tnggu je la kuar tv raya karang..kui3

    ReplyDelete
  5. best gak crite tu w.pn byk adengan suspen...

    ReplyDelete
  6. @Farah Shamsudin
    klu tak habiskan mknanya tak best la.hikhik..

    ReplyDelete
  7. @Cik Jingga
    betullah ckp abah, membazir jer.hehe..

    ReplyDelete
  8. @NzA
    mula2 tu macam best gak,pastu tgh2 smp ngantuk.hehe..

    ReplyDelete
  9. kakyong memang tak tengok kalo citer yg genre seram..

    tp ramai kata filem ni tak best... ntah lah..
    ingatkan puankutu review filem ni.. rupanya..... ;)

    ReplyDelete

Komen tanpa nampak kejanggalan ok!