Pages

Tuesday, July 26, 2011

Supermak Episod 1



Semalam korang tengok Supermak? Boleh tahan best dan lawak..Lepas nie pacak kepala lagilah depan TV setiap hari Isnin. 13 episod jer Supermak nie. Part paling best masa Nasha kata "Aku bukan mak biasa..Aku supermak!" haha suka2..


Pada korang yang tak sempat tengok aku cerita sikit Supermak episod 1. Cerita berkisah Amy Salim (Nasha Aziz) seorang suri rumah yang ada kekuatan luar biasa bak superhero. Eh kalau perempuan superheroin la kan. Amy dapat kuasa sakti sejak dari kecil lagi. Waktu kecil Amy dikisahkan sekitar 80an. Sewaktu bermain dengan seorang kawan disebuah rumah usang, kawan Amy di hempas almari, Amy menggunakan kuasanya untuk selamatkan kawan dia tu.


Pada tahun 2011, sewaktu Amy di bandar, ada rompakan berlaku. Amy cuba hendak menumpaskan perompak-perompak tersebut. Aksi Amy kelakar jugak time nak terjun dari bangunan, boleh pulak jawab panggilan ayah dia dulu. Dua perompak dapat ditumpaskan oleh Supermak. Malangnya ketua perompak berjaya pulak larikan diri. Amy kelam kabut sebab dah lambat nak ambil anak dia, Ayesha dari sekolah. Si Ayesha tu hidup jugak wataknya. Pandai berlakon!


Tapi aku agak jelik dan menyampah bila Ayesha tarik muka, pastu suruh Amy bukak pintu kereta. Mengada sangat! Tak patut seorang anak buat macam tu kat maknya. En suami yang sedikit emo cakap, kalau anak aku, aku lempang! bukak arr sendiri!" haha..Mungkin nak gambarkan yang Amy nie mama penyanyang kot. Rupanya Amy ada seorang lagi baby yang comel nama Amril. Geram tengok muka Amril nie. Comel gila..


Di rumah Amy melakukan segala kerja rumah sepantas kilat. Senanglah lipat baju, mop lantai segala sebab ada power kan..Masa suami Amy balik dari kerja teruja jugak nak tengok siapa suaminya. Rupanya polis yang siasat kes rompakan lakonan Azhan Rani tu suami Amy. Aku memang suka lakonan Azhan Rani. Penyiasatan Amy tak habis disitu, Amy terserempak dengan ketua perompak yang terlepas tu dan mengikutnya. Ketua perompak tadi dah merancang nak melakukan rompakan lagi.


Di akhir cerita, muncul watak Zul Yahya. Dengarnya Zul Yahya nie watak jahat yang merupakan musuh supermak. Kalau cerita lawak, ok jugak kan watak Zul Yahya nie..Mintak-mintak menjadi. Kalau nak bandingkan Kaber hero Kaber zero, best lagi Supermak. Budak-budak sukalah cerita superheroin macam nie. Aiman pun suka Supermak!








                  
                              

13 comments:

  1. selalu miss kalau cerita pukul 9.00 ni

    ReplyDelete
  2. best eaaaaaaaaaaa.. na tengok la nanti.. ehehhe.. fara jarang layan citer lawak.. cam ni.. tapi da ader orang promote nak gak tengok..;p

    ReplyDelete
  3. tak berani dah nak layan drama berisri..nnt asyik nak tengok je

    ReplyDelete
  4. sy tertido ms tgk citer ni..aparra sy ni kan..

    komen sy : nasha cun..dan sy teringin nk jadik cam supermak tu..dah ah cun boleh buat keje sepantas kilat..bahagia hidup..

    ReplyDelete
  5. samala kite..layan gak supermak smalam..best,ank2 pon suke..

    ReplyDelete
  6. memang best la supermak ni..lain dari yang lain..sy suka watak bapak supermak tu..anak dah besau panjang pun bila call tanya kabar mcm anak tu budak kecik je..sweeeet sgt..heheheh

    ReplyDelete
  7. alamak, time keudara adalah time untuk dodoikan anak2... melepas nak tengok

    ReplyDelete
  8. haa kan best drama ni bee pun dh tengok smlm ekeke

    ReplyDelete
  9. yes...den suke citer ni sgt2 ! ank2 pun suke... best le kan ade superpower leh wat keje umah spantas kilat..x aci , x aci :p

    ReplyDelete
  10. nak tengok..eh alamak dah kul 9.30! ana lulu! kehkeh

    ReplyDelete
  11. boleh thn gak la...2 pn tgk dgn mata yg on/off....hu....

    ReplyDelete
  12. erm..tgk kejap je...tp mcm menarik pun ye..mungkin next week leh start dok depan tv :D

    ReplyDelete
  13. terlepas episod hari tu... kena dload la jawabnya... heheh.. ramai yg review drama ni... memang best gila ..

    kan best kalo kita yg ade power cam tu kan... cepat jer selesai koje rumah.. ;)

    ReplyDelete

Komen tanpa nampak kejanggalan ok!