Pages

Thursday, July 14, 2011

Segmen bersama Khalis

Nak join Klik Banner

Salam,

Diundang oleh empunya Blog Sah Tak Sah sendiri iaitu Khalis, wajiblah join. Lagipun segmennya santai jer. Lumayan jugak kalau terpilih direview oleh khalis kan. Almaklum blogger otai lagi popular.hoho. Ok dimulakan dengan bismillah. Bersedia untuk dipuji tahap dewa-dewa cinta oleh saya yer khalis.haha..

Aku tak ingat bila ekceli aku mula kenal dengan Khalis. Tapi kalau tak salah melalui blog Chii dan Miss tira. Lama jugaklah. Aku aktif blog pun baru setengah tahun, Blog khalis pun baru 5 bulan. Lama la sangat.hehe. Tapi ternyata la Khalis lagi berjaya dari aku, baik bab SEO atau pageview. Tak percaya KLIK SINI. Khalis gerak macam air, aku tak bergerak-gerak pun. Memang beribu-ribu lemon perbezaannya.

Pada aku Khalis sangatlah rajin. Dah hari-hari kat cc, update blog jer kerjanya. Satu hari lebih dari 5 kali beliau update. Banyak benda baru yang tak pernah terjangkau dek akal aku, aku jumpak kat blog Khalis nie. Yang paling menarik hati dan buat aku gelak sorang-sorang macam gila depan netbook tentulah entri lucu. Entri 18sx pun tak kurang buat aku gelak dan kadang-kadang geli geleman.. Nie entri terbaru yang berkaitan. Jangan cuba-cuba bukak depan anak-anak yer kaum ibu sekelian.kihkih..

Entri Khalis memang buat kita santai dan kurangkan tekanan. Banyak la benda menarik yang korang boleh godeh. Sampai kadang-kadang tak sempat ligan orang utara kata (kejar). Update selaju roket. Kalau korang yang suka cerita-serita hot dan gosip tentang artis boleh berkunjung ke blog Khalis yang lagi satu, Khalis Bercerita.

Themplate Khalis aku suka. Putih dan biru warna yang tenang. Tak serabut dan sedap mata memandang. Walaupun hitam itu ada gaya, mutu dan keunggulan, lagi cantik dari theme hitam yang sebelum nie. Yang hijau tu sekejap jer kot Khalis pakai. Betul ker Khalis? Aku pun tak ingat sangat. Selalu teruja nak baca entri jer.haha..

Dulu Khalis lebih banyak luangkan masa blogwalking rasanya. Tapi sekarang kurang sikit kot, pasal aku perasan dah jarang Khalis komen kat blog aku. Tak tau la blog orang lain. Aku pun kadang tak sempat nak kejar entri Khalis kalau sibuk. Tapi Khalis tetap datang jugak membalas kunjungan walaupun lambat. Itu aku suspect. Eh aku respect.

Ok setakat tu jer la kot pujian melambung dari aku, Nanti diawangan plak Khalis baca. Pastu naik menyampah pulak karangan aku yang panjang berjela.haha. Akhir kata semoga Khalis berjaya menjadikan blog khalis Top 5 macam khalis idamkan. Amin..

Sekian..






8 comments:

  1. macam best jer. nak try follow die

    ReplyDelete
  2. cik khalis ne memang hebat kak.. orang jaga c katakan.. ari2 mengadap blog jerk :)

    ReplyDelete
  3. kembang tak habis dah Khalis..tq Puan Kutu.. tq jugak terus datang ziarah Khalis..insyaAllah..selagi ada masa dan kesempatan..Khalis akna ziarah dan komen semua blog sahabat2..

    ReplyDelete
  4. makin lama makin ramai kawan makin tk sempat gaknya .

    mcm bee walo jarang singgah dn komen tp kembo tetap di ingati chewaaahh

    ReplyDelete
  5. wah..encik khalis tu dah buat segmen ye..hehe..tahniah la kat dia sebab rajin buat segmen dan menghadapi situasi segmen..hehe :)

    ReplyDelete
  6. huhuhu , nak jadi macam mykhalis :(

    ReplyDelete
  7. khalis memang mantop kak ! dia tak sombong langsung .. gaya nampak cam peramah habes =)

    ReplyDelete

Komen tanpa nampak kejanggalan ok!