Pages

Saturday, July 23, 2011

Menggila Laksa Utara



Hari nie aku masak laksa. Dulu laksa makanan kegemaran aku. Aku dan aruah mak punya minat yang sama. Tapi 5 tahun kebelakangan nie aku seakan sudah melupakan keenakan laksa. Aku pun tak tau kenapa. Mungkin dah jemu. Seingat aku, masa aku tinggal di Johor, cuma dua tiga kali aku buat laksa. Ikan kat sana pun susah nak dapat dan gila mahal..


Sejak pindah SP, rajin pulak aku buat. Baru tiga bulankat sini, dah lebih 5kali rasanya aku buat laksa. Salah satu sebabnya kat area sini senang nak dapat ikan. Aku buat kuah pakai ikan kembung jer. Kalau kat pasar malam area rumah aku, ikan kembung sekila RM4. Bila dah malam harga makin turun hingga RM2 sekilo. Semalam aku pergi pasar lepas maghrib. Aku dapat ikan kembung 3kg cuma RM5 sahaja. 


Memandangkan ikan banyak, hari nie aku buat laksa lagi. Aku buat laksa main bedal jer walaupun tak ada daun kesum segala. Kalau ada jer boh. Sejak dua menjak nie menggila pulak makan laksa. En suami dan Aiman tak suka sangat. Pernah hari tu aku makan laksa sebungkus seorang selama 3 hari.haha..




Kalau makan laksa mesti ada rencah macam telur rebus, timun, bawang dan lada kecik. Ada jugak orang yang suka letak air perahan limau dan daun selom kan. Masa kat johor aku tengok daun salad pun dieorang boh. Aku pulak tak suka semua tu. Aku suka makan kosong, cuma laksa dan kuah banjir. Kalau telur aku suka la. Tapi hari nie malas nak rebus telur. Boh kicap pun sodap!







16 comments:

  1. ya Allah sedapnyaa!! *kesat air liur* okay sangat laparr.. T__T apa beza laksa utagha, laksa penang dengan laksa johor ek? err saye tahu makan je, bezanya tak tahu.. hehehe :D

    ReplyDelete
  2. kalau kat johor ni jgn hrp la nk dpt ikan semurah itu...plg murah ikan kembung pn rm8 1kg......

    akak suka laksa utara...sedap!!!!

    ReplyDelete
  3. laksa memang makanan kegemaran saya....sedapnya..

    ReplyDelete
  4. sedapnya kak.mana nk cr mlm2 ni.

    ReplyDelete
  5. sy dalam seminggu wajib makan laksa..
    aklau tak buat beli kat pasar malam..hehe

    ikan kat SP murah kan..

    ReplyDelete
  6. Tira suka laksa Johor. ^^

    ReplyDelete
  7. Akak mmg suka laksa. Tak makan nasi satu hari pun tak pa kalau ada laksa. Ada satu gerai laksa yg sedap kat ipoh ni. Namanya gerainya laksa kedah(laksa utara le ni). sekali makan pasti datang lagi.

    ReplyDelete
  8. @Queen F
    laksa utara,kedah n png tu sama jer.klu laksa jhor kuah lemak..

    ReplyDelete
  9. @NzA
    itulah..ok jhor dulu nk mkn ikan pun ssh,dh la mahal..tak segar plak tu..dok sini ikan mura.segar lagi..

    ReplyDelete
  10. @Wanie
    yup..wanie lagi peberetlah yer

    ReplyDelete
  11. @Miss Tira
    laksa jhor sedap jugak!tp lece nk buat sbb pkai santan

    ReplyDelete
  12. @anggunpesona
    sy pun sama.tp klu takde laksa dengan nasik beberapa hari pun takpa.haha

    ReplyDelete
  13. tadi baru makan laksa ngan cendol pulut~

    ReplyDelete
  14. baru tau laksa utara sedap ke kutu hahaa

    ReplyDelete

Komen tanpa nampak kejanggalan ok!