Pages

Saturday, July 30, 2011

Cara Melatih Anak Berpuasa



Salam Bahagia,

Menjelang Ramadhan, anak-anak sudah tentu bersemangat untuk belajar berpuasa. Pada pendapat korang berapa umur yang sesuai untuk kita mengajar anak berpuasa? Menurut pakar, pada usia 7 tahun adalah yang paling sesuai untuk melatih anak-anak berpuasa. Anak-anak yang berusia 5 hingga 6 tahun sudah boleh mencuba untuk berpuasa. Aiman baru 4 tahun. Aku rasa aku sudah boleh mendidik Aiman untuk belajar berpuasa. Didik puasa bukan paksa puasa! Nak share sedikit cara melatih anak berpuasa yang aku dapat dalam majalah Pa&Ma.




Bangun Sahur
Pastikan anak bangun sahur. Hidangkan makanan seimbang dan jangan lupa beri segelas susu agar tubuhnya mendapat nutrien yang cukup sepanjang berpuasa.


Usah Memaksa
Sewaktu puasa tentu anak akan berkeinginan untuk makan dan minum. Jika anak merasa lapar, cuba buat strategi melengahkan waktu. Contohnya seperti "Tunggu 10 minit lagi ya Aiman!" atau "Lepas azan zohor nanti baru boleh buka". Setiap hari cuba panjangkan waktu hingga anak boleh menyudahkan puasa sehari. Selain itu, sebagai ibu bapa kita tidak boleh memaksa untuk dia berpuasa. Cara yang terbaik ialah memberi galakan dengan kata-kata motivasi dan jelaskan kelebihan berpuasa.


Buat Kejutan
Hidangkan hidangan kesukaan anak yang jarang di nikmati pada hari biasa agar anak lebih bersemangat dan sabar menunggu waktu berbuka. Ada jugak sesetengah ibu bapa yang memberikan reward dalam bentuk wang atau hadiah jika anak menghabiskan puasa satu hari. Ini boleh jugak dilakukan asalkan anak di didik dengan kelebihan puasa. Hadiah hanyalah sebagai pendorong.


Didik Anak Supaya Bersabar
Peranan ibu bapa untuk membantu melatih kesabaran anak menunggu waktu berbuka sangat penting. Nyatakan pada anak bahawa puasa ini adalah perkara yang sangat baik untuk kesihatan. Ceritakan juga pengalaman berpuasa kita sewaktu kecil kerana dia pasti mahu mengikut kejayaan kita. Selain itu yang paling penting, didikan kepada anak mengenai Islam dan kewajipan berpuasa.


Segelas Susu Sebelum Tidur
Beri pujian pada anak setelah berjaya berpuasa pada hari tu. Selepas mengajar niat berpuasa, bacakan kisah-kisah teladan mengenai ramadhan sebelum dia tidur. Kemudian berikan segelas susu supaya tubuh anak cukup nutrien dan segar untuk berpuasa pada keesokan harinya.


Apa yang penting jangan paksa anak untuk berpuasa. Jika kita terlalu memaksa, dia mungkin akan tertekan dan langsung tak mahu mencuba untuk belajar berpuasa. Anak-anak seharusnya perlu menjalani ibadah puasa dengan hati gembira dan penuh semangat! Korang boleh share cara korang melatih anak yang boleh aku jadikan panduan untuk ajar Aiman berpuasa ok.








                                               

19 comments:

  1. Tip yg bagus tu PK....anka akak yg sulung mula blajar puasa masa umo 4 thn juga...dpt penuh dlm 6 hari ttp yg lain mula brpuasa penuh masa umo 6 thn..mmg akak slalu lengah2kan masa mrk n trkdg suruh mrk abiskan masa dpn tv bila ptg...hi....

    ReplyDelete
  2. saya dulu da berlatih berpuasa umur 4 tahun...umur 5 n 6 tahun dapat puasa penuh...hi hi hi..masa raya..saya la yang paling kaya sebab dapat duit byk hasil dari berpuasa penuh...:p

    ReplyDelete
  3. wanie dulu dah masuk sekolah rendahbaru beljar puasa..lambat sikit..hehe..tapi belajar kejap je terus puasa penuh..

    ReplyDelete
  4. @NzA
    uii bagus la akk dh ajar seawal mungkin...kna lengah2kan aiman gak nie.hehe

    ReplyDelete
  5. @Amirah
    baguslah amirah muda dh puasa penuh.ke sbb nak reward nie.hehe

    ReplyDelete
  6. @Wanie
    samalah dgn akk,akk dulu pun sek rendah br stat,tp terus puasa penuh..:)

    ReplyDelete
  7. haha..saye mak suruh puase betol2 mase tujuh taon darjah 1 :D

    ReplyDelete
  8. tips berguna nih...nanti sy dh kwin ada anak boleh try..sy dulu puasa masa sekolah rendah..tuh pun curi2 telan air time mandi..harharhar....

    ReplyDelete
  9. kakyong baru tahun ni nak ajor puasa.. tahun lepas baru kenalkan apa tu puasa,.. bulan Ramadhan tu apa.. tahun ni dah sekolah, mudah sikit lah penerimaan.. sbb cikgu pun ada bgtau.. biasalah, bila dah sek ni , ckp cikgu lebih 'laku' dr ckp ibu..

    selamat menyambut Ramadhan Almubarak buat puanKutu sekeluarga..

    ReplyDelete
  10. wahhhh mst anak akk semangat nk puasa kan.heee.

    saye dulu start puasa masa darjah 1,heee.dulu puasa gak,tapi curik2 minum air.hehe

    ReplyDelete
  11. @syrupmasin
    betullah tu macam kata pakar...:)

    ReplyDelete
  12. @kakyong
    takpe kak janji anak nak belajar puasa.kita just bg semangat jer kan..

    ReplyDelete
  13. @rara pinkmafia
    akk pun darjah satu.tp dah puasa penuh,takde la nakal macam rara..:)

    ReplyDelete
  14. tetibe tingat zaman dak2 kecik dlu...nangis2 mntk mak aer f&n bab nmpk sdare mnom..tp mak xbg pon...sian kan...hahahahah

    ReplyDelete
  15. Selamat menyambut bulan ramadan..
    Selamat berpuasa.. :)

    ReplyDelete
  16. teringat kecik2 dulu..hari2 jd tukang hanto kueh kat umah jiran..

    ReplyDelete
  17. saya star berpuasa mase umor 5 tahun kak.. tapi mase darjah dua baru dapat pose penuh... hehehe :)

    ReplyDelete
  18. tips berguna...

    boleh ila latih bakal anak2 ila nanti..ehheh

    ReplyDelete

Komen tanpa nampak kejanggalan ok!