Semalam ex roommate aku call. Katanya sebab mimpikan aku. Aku tau semalam birthday dia, jadi dapat call free, tu sebab dia call aku. Kalau tak jangan haraplah!haha..Apa pun janji dia ingat aku. Itu dah cukup. Aku pun ingat dia, tapi kerana peredaran masa dan usia, keluarga aku lebih utamakan daripada kawan-kawan. So setakat bertegur sapa di Facebook sajalah.
Ini entri mengimbau kenangan zaman muda remaja. Waktu aku bergelut dengan bermacam perasaan, Disaat aku belajar tentang kehidupan bersama rakan sebaya, Tika indahnya menjadi dara sunti. Aduh... Zaman yang cukup indah untuk di kenang.Eceh!
Dulu dari sem 1 sampai Sem 6, Nursyuhadah Ismail inilah yang menjadi teman sebilik aku. Aku dan syu sudah seperti adik beradik selama tiga tahun kami bersama. Aku kenal Syu sebagai seorang yang lemah lembut tapi berjiwa kental. Syu juga seorang yang penyabar dan sentiasa beralah dalam segala hal.
Nie pic masa syu bawak aku jalan-jalan kat umah dia di Shah Alam. Entah bila aku nak kurus macam nie balik?kihkih.. |
Walaupun kami sebilik, perangai dan tabiat kami langsung tak sama. Benarlah kata orang kalau memilih pasangan biarlah bertentangan. Mungkin takdirnya aku dipertemukan dengan syu. Kalau aku menjadi api syu akan menjadi air, kalau syu lemah lembut aku gadis yang sedikit ganas, kalau syu makan slow macam siput khinzir, aku makan cepat macam petir, kalau syu studi tak boleh ada gangguan, aku boleh studi sambil dengar walkman. Walaupun tak serupa, kami serasi bersama!
Aku dan Syu. Jangan terpedaya dengan gambar aku yang agak girly disitu! |
Terkejut Syu bila aku cakap aku dah pindah Sp, Banyak kenangan kami di bandar Sp. Kami selalu outing bersama, berkongsi duit untuk beli milo, biskut dan segala benda untuk melantak. Mencekik kfc dan Mekdi serta menghabiskan duit loan untuk bershopping. Waima Central Square tulah tempat kami bercerekarama dan bersosial.
Bila malam syu akan masak megi dan menggoda aku makan bersama. Bila lapar, aku menjadi peneman syu untuk beli jajan kat koperasi. Setiap kali birthday aku, syu yang akan merancang untuk menyambutnya. Syu akan beli kek dan hadiah untuk aku.
Pic baru balik outing. Cuba lihat baju aku dan syu, sama kan warnanya?Aku siap ada teko Aladdin.hoho.. |
Happy bila mendengar khabar yang Syu tak lama lagi bakal menjadi seorang ibu seperti aku. Insyaallah baby boy akan deliver this August, sama bulan dengan hari lahir aku. Semoga selamat semuanya..Sungguh semua kenangan bersama syu macam baru saja berlaku. Sudah enam tahun kami tak jumpa. Kini masing-masing sudah punya hidup sendiri. Entah bila dapat bertemu semula..Rindu membelai memori kenangan (tetiba jiwang..)
sungguh kenangan! teringt kt kwn2 sekola pulak hehe
ReplyDeleteindah kenangan waktu di kolej....
ReplyDeletep/s: panggil akak je tau....br mesra alam.xbest la panggil cikgu cz alergik sikit..kt sk je cikgu ttp kt rumah seorg ibu yg simple....he.
kenangan lalu kadang-kadang mengusik perasaan...kak aya pun adakalanya terkenang zaman bersama kawan-kawan ..manis saat itu..kekangan masa memisahkan kita..
ReplyDeletesalam ziarah..
ReplyDeletehuhu..singgah mengimbau kenangan..
memang indah..berbelas tahun di rantauan, hidup cuma ditemani rakan taulan
kenagna tu... tau xpe.. bile teringat balek member2 lame dulu, rindu pulak zaman dulu2 tu kan... :)
ReplyDeletesama bulan dgn bee jugak ..bestnya ada lagi gambar2 lama ..
ReplyDeleteala..syahdunya..teringat kt kwan2 lama..rasa rindu nk tgk gambar2 lama, tp semua gmbar ada kt umah mak..huhuhu
ReplyDeletecomel la pic2 tuh suma...
ReplyDeletedr raut wajah, langsung x berubah...
saiz jer berubah...:)
xpa...buleh turun balik punya...
erm..mcm chii sendiri...dulu pernah ada pengalaman bersama roomate..x lama..paling lama pun..2 sem je..yg lelain..ramai dok pindah randah..last2 chii dok sensorang..ahaha..adeih
ReplyDelete@izz zara
ReplyDeleteitulah best2 mengimbau kenangan lalu..hoho
@NzA
ReplyDeleteok kak cikgu.haha..
@Kak Aya
ReplyDeletetu la msing2 ada kehidupan masing2..ada laki n ank.lgpun jarak memisahkan..
@qamarguyz
ReplyDeleteuii lamanya..
@AYuNG
ReplyDeletehahaha tau takpa..saiz memang byk gila berubah..:)
@Taufiq Arifin a.k.a. Topimagine
ReplyDeleterindu serindu rindunya..:)
@puanbee
ReplyDeleteadui sama lg bee.really?beepun ogos jugak?bpa hb..
@Anah
ReplyDeletenti blik umah mak bley tgok..
@chii
ReplyDeleteorg lain pun asyik bertukar rommate setiap sem.kamikan serasi..bertahan smp 3taun tau..