Salam dan Selamat Pagi..
Korang tidur berdengkur tak? En suami, abah dan mak memang tidur berdengkur. Kalau tidur sekali memang akan terdengarlah bunyi dengkuran yang seakan irama dangdut bertalu-talu berselang seli. Memang lawak..Dah macam trio.
Ok, fakta tentang berdengkur :
1 daripada 5 penduduk dunia berdengkur.
-Dianggarkan lebih dari satu milion orang di seluruh dunia berdengkur semasa tidur kerana pelbagai sebab. Banyak tu!
Lelaki lebih banyak berdengkur.
- Perbandingannya adalah 80% laki-laki dan 20% perempuan. Ini berkait rapat dengan berat badan orang lelaki yang bertumpu di bahagian dada dan leher sehingga menyebabkan penyempitan saluran udara. W
anita umumnya lebih tertumpu di bahagian punggung. Lelaki juga mempunyai leher lebih besar daripada wanita. Ukur lilit leher 40 cm lebih cenderung membuat mereka berdengkur. Ohh patutlah..
Wanita berumur 50an berdengkur sama banyaknya dengan lelaki.
-
Akibat proses penuaan, wanita kehilangan otot dan lemak di kawasan kerongkong. Lidah, pangkal kerongkong, dan jaringan lainnya yang berhampiran juga boleh sedikit menyusut.
Perubahan ini akan mengurangkan ukuran saluran nafas dan meningkatkan risiko berdengkur. Hanya 5% perempuan yang berdengkur semasa berumur 30an, namun pada usia di atas 50 tahun jumlahnya boleh mencapai 40%.
Pada usia ini juga, jumlah wanita yang berdengkur sama banyaknya dengan lelaki. Patutlah mak dan nenek kita berdengkur ekk..
Berlebihan berat badan menyebabkan berdengkur
- Belebihan berat badan sangat biasa di kalangan orang yang berdengkur. Ini kerana lemak yang terbentuk di sekitar kerongkong akan menyempitkan saluran udara. Selain itu, lemak di perut menyebabkan diafragma berfungsi secara tidak teratur. So, control berat badan supaya tak mengganggu pasangan korang nak tidur..
- Bendengkur merupakan gejala obstructive sleep apnea (OSA), iaitu gangguan umum dan berpotensi serius di mana nafas berulang kali terhenti dan berlanjutan semasa tidur. Seseorang dengan OSA sering bangun malam untuk bernafas, tetapi biasanya tidak mengingatinya. OSA juga seringkali tidak disedari tetapi sangat membahayakan kesihatan kerana menyebabkan kurang tidur, kekurangan oksigen, depresi dan meningkatkan risiko serangan jantung dan stroke. Isk takut jugak.. Bunyi dengkuran dapat mencapai 90 desibel. - Ini aku takjub. Bunyi dengkuran dikatakan sama dengan bunyi yang dihasilkan oleh sebuah lori truk yang laju di jalan raya. Ahh sungguh ketensenan tahap gaban kalau ada famili korang yang berdengkur macam tu.. Merokok menyebabkan berdengkur. - Kepada para lelaki yang kuat merokok, ini mungkin salah satu faktor korang berdengkur. Asap rokok dapat menginfeksi jaringan kerongkong yang menyebabkan bengkak seterusnya menyebabkan penyempitan saluran udara dan membuat korang berdengkur. |
- Tidur terlentang lebih cenderung untuk berdengkur dibandingkan tidur mengiring. Tapi kadang-kadang best tidur terlentang. Harap-harap aku tak berdengkur la..
Tidur camni berdengkur tak? |
sumai sy berdengkur..mgkin psl sbb yg puan kutu sebut neh..x tertahan bunyi dengkur dia jd sy misti kena tidor dulu..kalau x sy x leh tido..kuat sgt sy pekup muka dia dgn bantal ~kiki..kijam x?
ReplyDeletetak leh tido dengar org berdengkurkan..
ReplyDeletelg satu,yg chii tau..kalo org tu kepenatan sgt..tdo mlm nya..mmg akan berdengkur..:)
ReplyDeletemakcik2, klu bendengkur mmg kuat. audss tersedar + x leh tdo..
ReplyDeletesuami bee berdengkur dia tk nk tidur rumah org malu katanya hehe
ReplyDeleteada tak rawatan untuk berdengkur.. anak buah saya berdengkur sejak umur 6 tahun..tu yg saya perasan... mmm...tapi kurus keding je...hehe
ReplyDelete@Rina AVAIL a.k.a Cik Betty
ReplyDeleteuii kejamnya!haha
@Adzriel @ Liza AB
ReplyDeleteklu tak kuat sgt oklah..tp klu smp 90disibel tu,entahlah..hahaha..
@chii
ReplyDeleteyup betul..tringat mskt u dulu,rmbongan sh tido berdengkur dlm bas.mujur slow.kn la bgtau.klu tak malu gila..sip bek org laki kt bahagian blkg..;)
@z a z a
ReplyDeleteitulah..faktor umo!
@puanbee
ReplyDeletehaha standart arr org laki berdengkur macho pa..klu pmpuan,,malu!haha..
@PeRmAtA bIrU
ReplyDeleteitu kena tnya doktor.sy hanya penggemar fakta.hehe...
saya xtau la saya ne tidor berdengkur ke x... hehehe
ReplyDelete