Sedar tak sedar dah dekat sebulan aku kat Sungai Petani. Walaupun kehidupan berlangsung seperti biasa, banyak jugak perubahan kalau nak dibandingkan dengan Johor. Memang la banyak beza.
Johor : Nak balik kampung ambik masa sampai 12jam. Cuba kira berapa duit tol dan minyak pergi balik? Tu belum lagi berhenti makan kat hentian yang kadang-kadang tak releven harganya. Plus beli jajan lagi. Maunya lebih dari RM20!
SP : Sejam jer dah boleh sampai kampung. Pergi balik minyak baru RM20.
Johor : Duduk hujung tanjung nak pergi mana-mana semua jauh-jauh. Merungut la nak beli apa-apa pasaraya jauh. Even Kipmart dan Econsave kat Kota Tinggi nak pegi sebulan sekali pun payah. Dok tempat jin bertendang camtu la..
SP : Cs, Tesco, Giant dan segala shopping complex sejengkal pun malas nak singgah. Buat alasan sesak, susah nak parking, malas nak berjalan n soon. Manusia memang tak pernah puas. Tak tahu bersyukur!
Johor : dok dibalkoni rumah boleh nampak laut yang luas terbentang. Kapal-kapal yang berlabuh cantik pemandangannya.
SP : Di balkoni nampak permandangan gunung jerai. Rumah depan masjid. Kubur mencantikkan lagi permandangan mata. Senyum..Nanti kesitu jugak kita..
Johor : Pisang goreng pakai tepung biasa 4ketul seringgit plus sambal kicap.
SP: Coq pisang pakai tepung adabi lagi, seringgit berapa ntah. Hari tu beli tiga ringgit banyak gila. Tapi mana ada sambal kicap..
Johor : "Bagi tauhu seringgit", Lalu abang pasar membungkus tauhu sebanyak 4keping. Done..
SP : "Bagi tokua seringgit", Lalu adik pasar menjawab, "satu 4kupang kak!"
Johor : Nasik lemak bungkus RM 1.50 satu. Lepas makan still lapar lagi. Plus kuih seringgit baru kenyang!
SP : Nasi lemak sebungkus 5kupang. Makan dua sengkak perut. Baru seringgit kan?
Johor : Dapat tengok siaran indon dan Singapore. Yang paling best iklan indonesia yang selalu bikin aku gelak guling-guling.
SP : Layan jer la tv malaysia. Best jugak...Astro pun cerita ntah apa-apa..
Johor : Cuaca sejuk, best...
SP : Tidur malam berpeluh jugak kalau tak bukak tingkap. Tapi ok la sikit dari Alor Setar, Lagi hangat!
Johor : Bersepah2 tempe. Senang jer nak carik otak-otak.
SP : Tempe kat market besaq ja ada. Kepala hotak ada la.kihkih
Bersyukurlah apa yang ang ada muni oi...
Berkata Ibnu Umar r.a. bahawasanya Nabi SAW telah bersabda: Allah Taala telah berfirman:
“Wahai anak Adam! Bukankah apa yang ada padamu itu sudah mencukupi? mengapa masih minta kelebihan yang akan membinasakan engkau? Dengan sedikit, engkau tak pernah puas. Dan dengan banyak pun, engkau tak pernah kenyang! Kalau bangun pagi, sedang engkau sihat wafiat, jiwamu tenang dan tenteram, makan minum hari itu pun sudah tersedia, apa lagi mahu dengan dunia? Biarlah ia terlungkup!.” (Riwayat Ibnu ‘Adi dan Baihaqi)
Sekian..
dah jadi org SP la ni.. pernah p sana time duk matrik penang..hehehhe..jalan2mkn angin...(^^!
ReplyDeleteakak jaga diri n kluarga leklok ek~(^^!
hehehehe banyak perbezaan ye kak.bab nasi lemak tu saye setuju.dulu masa rara kecik.nasi lemak 25sen je.
ReplyDeletemak aihhh... hujung ke hujung. ada lebih ada kurangnya. kenalah sesuaikan diri.
ReplyDeletetuh la dia perubahan hidup + perubahan tempat
ReplyDeletekt SP kalo makanan mmg murah..kalo kuih2 tu mmg puas hati la ng harga..
ReplyDeletehahha.. tempat baru memang la cam tu kak.. lama2 anti biasa la kan.. ne mesti dah rindu bangat ngan tempat lama kn :)
ReplyDeletelain padang lain belalang nye kak .. laen parang laen hulunya .
ReplyDeletepontian pun johor gak .. tp nasi lemak kt tmpat dya , 5 kupang jer dah bnyak . dngan telurnya , sambal sotongnye .. hurm ! tetibe rase lapar T__T
lain lain tempat lain ragamnya kutu haaa
ReplyDelete@senyumSOYA
ReplyDeleteohh penah smp ekk..akk dulu mmgblaja sini.3taun kt sp..
@rara pinkmafia
ReplyDeletetu la mkn sini murah..
@Liza @ Adzriel AB
ReplyDeletedah biasa pun kak..org utara jugak.hehe..
@AYuNG
ReplyDeletepandai pun ayung..:)
@Anah
ReplyDeletekiuh sebijik 3kupang.ada jugak yg 3singgit.sama ja ngan jhor 3 singgit..
@Taufiq Arifin a.k.a. Topimagine
ReplyDeleterndu jugak..tp lebih baik kt sini rasanya..dekat dgn keluarga..:)
@deeya
ReplyDeletetu pontian dik oii..tempat akk mahallah..
@puanbee
ReplyDeleteitulah bee..:)
jauhnye!! dari johor ke kedah?? memang boleh pengsan ulang alik camtu selalu..
ReplyDeletekat johor jugak yang best. bersyukurlah dengan apa yang ada
ReplyDelete