Alhamdulillah kekenyangan sebab baru lepas makan charkoteaw Sungai Dua. Telur ayam dibasuh.haha. Dalam kegembiraan terkejut mendengar berita tentang malapetaka yang berlaku terhadap anak-anak yatim di Hulu Langat. Takziah kepada keluarga mangsa tanah runtuh.
Nasi lemak makanan kegemaran ramai. Nasi lemak dikatakan tidak begitu sihat untuk dimakan hari-hari kerana tinggi kalori dan lemaknya oleh pakar pemakanan. Tapi hari-hari ada orang jual nasik lemak. Tak makan rugi!hoho..Korang nak tau asal usul nasi lemak?
Pada zaman kesultanan Melaka, tinggallah Mak Kuntum bersama anaknya Seri. Suami Mak Kuntum telah lama terkorban dalam pertempuran menentang musuh di Selat Melaka. Adapun Mak Kuntum ini kerjanya mengambil upah mengurut. Setiap awal pagi, Mak Kuntum telah keluar dari rumahnya untuk mencari pelanggan. Tinggallah Seri seorang diri dirumah untuk menjalankan kerja rumah seperti memasak, membasuh, mengemas rumah dan sebagainya. Begitulah kehidupan dua beranak ini setiap hari walaupun pada cuti umum.
Hendak dijadikan sejarah, pada suatu hari.. timbul rasa jemu dalam sanubari Seri kerana memasak nasi dengan cara yang sama. Begitu juga dengan lauk. Kalau tak ikan goreng, ikan gulai. Kalau tak ikan gulai, ikan bakar. Seri sudah muak dengan masakan tersebut. Sebagai langkah alternatif, Seri mula memikirkan cara lain memasak nasi supaya terdapat kelainan pada rasa nasi.
Mula-mula Seri memasukkan sedikit lengkuas kedalam nasi yang sedang dimasak. Oleh kerana masih tak berpuas hati, Seri mencampurkan sehelai daun pandan untuk menyerikan lagi nasi tersebut. "Biar kewangian bau nasi yang dicampur dengan daun pandan dapat membangkitkan selera mak aku bila dia balik nanti. Tentu mak akan puji aku nanti. " bisiknya didalam hati.
Pada waktu tengahari, Mak Kuntum pun pulanglah kerumah. Seri pun menghidangkan nasi ciptaannya itu. Terperanjatlah mak Kuntum melihatkan nasi yang tidak pernah dilihat sepanjang hayatnya. "Apa kau masak ni, Seri?" "Nasi le! Mak!" jawab Seri, berulangkali Mak Kuntum bertanyakan kepada Seri. Setiap kali juga Seri menjawab, "Nasi le! Mak!". Semenjak hari itu, lekatlah nasi tersebut dikenali dengan NASI LEMAK.
Begitulah kisahnya bagaimana nasi lemak mendapat namanya. Entah betul ke tak aku pun tak tau..Yang aku tau esok pagi nak masak nasik lemak jugak. Tergoda melihat nasi lemak Cik Betty pagi tadi lor!
SUMBER : http://layan.7.forumer.com/a/asal-usul-nasi-lemak_post118.html
owh... cam tu rupanye yer.. abru tau.. tapi kak, ini cerita betol or rekaan semata2 yerk :)
ReplyDeletekekekeke.. nak tergelak pun ada.. merepek je la.. cerita tu .. tp kalau betul ..nasi lemak lahir dr Melaka la yea !!!
ReplyDeleteWahh esok pun saya nak masak nasik lemat jugak..
char kuey tiaw sg.dua ?? puan kutu sebenarnya dok mana ni ? penang ke ?
ReplyDelete@Taufiq Arifin a.k.a. Topimagine
ReplyDeletentah la top.,.tak pasti akan kesahihannya..:)
@halila Ibrahim
ReplyDeletekihkih..samalah yer..tp sy dh jadik lunch dh nie..
@Abdul Farique
ReplyDeleteekceli mmg org png,nibong tebai.tp sebelum nie dok jhor,br ja pindah sg petani.charkoteaw sg dua tu ada cawangan kt sp..
kutu rindu char kuew teaw tu ..uwarghh
ReplyDeleteeh..mcm tu ye asal usulnya..chii sendiri pun xtau...eheh
ReplyDeleteye kew..tak tau la pulak.
ReplyDeletepeberet saya ni kak.baru je lps masak hari tu..hihi
tp yg bungkus tetaP layan..hihi
Hahaha begitu al kisahnya.. nasi le mak. Kalau bapak yg tanya? Nasi Lepak la.
ReplyDelete