Pages

Wednesday, April 20, 2011

Rahsia Di Dalam Ais



“Zat di dalam ais tidak akan mampu dihasilkan oleh mana-mana saintis mahupun manusia”. Jangan ingat minum ais tu tak elok untuk kesihatan. Sebenarny ada kebaikan didalam keburukan.


Udara panas lebih memudahkan penyebaran penyakit berjangkit kerana bakteria lebih agresif dan cepat membiak. Liputan ais di Antartika (daerah Kutub Selatan) dan Artik (daerah Kutub Utara) adalah pengimbang dasar bumi yang amat panas. Kombinasi dalam bumi yang panas dan luaran bumi yang sejuk adalah rahsia keseimbangan tekanan semulajadi alam yang mengawal graviti dan pergerakan bumi pada paksinya.



Air sejuk yang hening dapat menolong pesakit insomnia yang sukar tidur agar dapat kembali tidur seperti biasa.Orang yang tidur dalam udara yang sejuk dan berselimut untuk memanaskan tubuhnya adalah kombinasi yang baik untuk menjaga kesihatan secara menyeluruh dalam jangka masa pendek apatah lagi jangka panjang.


Membenarkan anak mengunyah ais akan menguatkan giginya dan memberi kanak-kanak makan ais krim secara perlahan-lahan dan berterusan boleh menghilangkan batuk dalam masa beberapa jam. Mengambil ubat batuk biasanya akan mengambil masa satu minggu untuk melegakan batuk secara total. Air sejuk juga akan menguatkan tulang bayi. Ia akan meningkatkan sistem imun yang luar biasa sebagai tenaga pencegahan berbagai penyakit alahan dan jangkitan.

Ais atau air sejuk dapat mengembalikan memori atau sifat pelupa yang keterlaluan. Air sejuk mempunyai daya rangsangan yang boleh mengembalikan semangat orang yang telah hilang seperti pengsan, gila dan koma kembali sedar.


Membiasakan diri mengunyah ais akan meningkatkan kecerdasan fikiran dan kepantasan pergerakan. Ais amat diperlukan oleh mana-mana atlit sukan dalam kecederaan yang tidak disangka-sangkakan. Air sejuk atau ais kini dijadikan bahan perencat kepada kecederaan yang akut seperti demam panas yang biasanya dihidapi oleh bayi yang mempunyai potensi menghidapi penyakit sawan.


Air sejuk juga adalah terapi yang amat popular sebagai penguat tulang yang telah patah dengan syarat ia dibalut dengan kain hitam. Air sejuk dalam rahsia cuka adalah sangat baik untuk menguatkan tulang yang patah kerana ia dapat menyembuhkan tulang dengan lebih cepat. Air suam dengan rahsia cuka yang diminum akan melemahkan dan mengecutkan sistem aliran darah yang menjadi penyebab utama terjadinya lumpuh. Mandi air sejuk akan menguatkan tulang. Tulang yang berlebihan dengan urik asid akan meningkatkan suhu tulang dan melemahkan struktur tulang.


Adalah makruh mengambil air sembahyang (wuduk) pada suhu yang tinggi atau yang telah terkena panas cahaya matahari yang pastinya akan mengganggu sistem deria pada kulit. Air sejuk secara psikologinya amat ditakuti oleh pesakit yang mengalami gangguan jin atau dikuasai oleh unsur-unsur spiritual yang jahat. Air sejuk mempunyai nada bunyi dalam tekanan rendah yang amat lembut lagi mengharmonikan.


Air kelapa muda bersifat sejuk dan amat baik untuk kesihatan kerana ia amat berkesan meneutralkan kesan keracunan dan keasidan yang berlebihan di dalam aliran darah. Tubuh secara semulajadi bersifat panas dan ia memerlukan pasangan yang bersifat sejuk. Oksigen dan hidrogen bersifat panas dan ia menguasai bahagian perut. Adalah menjadi suatu kesalahan memulakan amalan pemakanan di waktu pagi dengan unsur-unsur yang panas. Minumlah seteguk air sejuk di awal pagi kerana ia akan menguatkan perut.


Ok bye. Aku nak p makan ais kacang.huhu..




* Sory pada sesiapa yang aku tak dapat jenguk. Line memang sangat tak elok. Nie nak update pun susah, terutama fiza, sory yer, blog awak langsung tak dapat bukak..




SUMBER : http://berita-harian-online.com/jangan-ingat-minum-ais-tidak-elok-untuk-kesihatan-ia-juga-ada-kebaikan-disebalik-keburukkan/





11 comments:

  1. hah ni yg buat sy tambah suka minum ABC dan cendol nih..

    ReplyDelete
  2. salam petang muni~ jum minum ayo kelapa muda..dengan pisang goreng~hee

    ReplyDelete
  3. hmm akk ni.last2 g mkn ais kacang eh.heheh.

    tp kan kak,kawan sy pesan.kalo anak dara minum kelapa muda tak elok sbb kite punya buah D*D* leh besar.

    ReplyDelete
  4. Yup! betul tu dear. Dulu Fiza ingat ais tu memang tak bagus.. Entah bila entah Fiza baca satu artikel ni ada baiknya jugak ais tu... Thanks dear kerana berkongsi info. Hurmmm, bertambah jugak ilmu Fiza pasal ais ni hehehe. Oh! takpe Muni... hehehe, Jangan risaulah dear. Fiza faham.

    ReplyDelete
  5. hehe jarang minum ais .. takut gemuk..

    ReplyDelete
  6. Sejuk-sejuk juga jangan melampau sangat hari-hari nak makan Ais Kacang ABC. Haha.

    ReplyDelete
  7. baru tau makruh amibil wuduk guna air suhu tinggi.. kadang2 waktu zsohor selalu air paip panas kn :)

    ReplyDelete
  8. Ops...saya sungguhtak sangka byk sgt kebaikan ais ni hinggakan boleh hilangkan batuk anak jika mkn aiskrim secara perlahan2. kehkeh.

    ReplyDelete
  9. woh tak sangka ais ada manfaat nya kan :) bee kurang dengan ais2 nih

    ReplyDelete

Komen tanpa nampak kejanggalan ok!