Pages

Monday, April 25, 2011

Petua Menghilangkan Sakit Tekak



Pagi di Tanjung Pengelih semula..Baru sampai malam tadi setelah berekspidisi selama empat hari. Dua hari bermalam di Pekan langsung takde line. Pagi nie  aku still kerja sampai hari Selasa..Khamis petang angkat barang, Jumaat pagi terus bertolak ke utara semula. Kemudian aku akan kembali sibuk untuk mengemas barang dirumah baru pulak. 


Alhamdulillah aku tak demam pun. Terima kasih kepada korang yang mendoakan kesejahteraan aku. Aku cuma sakit tekak yang agak teruk sampai seharian semalam suara tak keluar. Ayik kena ejek dengan en suami. Memang rock habis. Malam tadi diikuti batuk-batuk kecil. Mungkin akibat perubahan cuaca dan nafsu tak terkawal di Kedah. Kerana nafsu tekak binasa. Pagi nie bangun, suara langsung tak keluar. Boleh cakap bisik-bisik saja.keke..


Eh sebagai pekerja yang mempertaruhkan suara merduku, rasanya macam mana aku nak kerja ekk? Kalau keadaan sangat-sangat tak mengizinkan, aku terpaksa la ambik mc. Semalam kat rumah Pak Ngah nak update tapi line sana pun tak elok. Untuk kembali bersuara seperti sediakala rasanya kena cuba petua menghilangkan sakit tekak. Takkan nak harapkan ubat klinik jer kan..Nie petua yang mungkin korang dah biasa dengar. Tapi buat yang tak tau tu aku nak share.
Petua pertama menggunakan asam jawa. Buat jus asam jawa yang pekat kemudian minum. Kalau rasanya tekak korang tak dapat terima rasa asam jawa yang masam tu, nak lagi sedap boleh letak gula yer,  tapi pastikan tak la manis sangat. Kang penyakit lain pulak mai..Yang nie paling senang nak praktik.


Petua kedua mnggunakan buah kembang semangkuk. Rendamkan sebiji dalam sebuah mangkuk dan minum airnya. Kalau nak lebihkan dua atau tiga biji tu terpulanglah. Buah kembang semangkuk nie boleh beli kat kedai cina ubat. Tapi syarat utamanya kena rendam dalam mangkuk yer korang, kalau rendam dalam cawan ker, tak mujarab sebab namanya kan kembang semangkuk.haha..


Petua ketiga menggunakan asam keping. Ambik beberapa keping asam gelugur, kemudian bakar hingga hangus. Pastu tumbuk dan gaulkan dengan sedikit air sirih. Kemudian sapukan pada bahagian tekak yang sakit. Emm yang nie, aku rasa susah sikit. Kalau setakat asam keping boleh la aku beli kat kedai, tapi bab air sirih tu, mana la aku nak cari..


Petua terakhir nie berbunyi agak pelik. Tapi Mak Ngah aku yang bagi. Belum cuba belum tau. Kali nie menggunakan susu cair. Beli jer jenama apa pun kat kedai kemudian simpan dalam peti ais. Jangan bekukan, sejukkan jer kat bawah semalaman. Bangun pagi-pagi terus minum. Jangan la kasi habis satu tin, cukup setakat teguk sikit jer. Tapi kalau korang nak boleh jer minum sampai habis! Semalam tak sempat beli susu cair. Rasanya macam nak cuba sebab antara semua petua yang nie paling sedap! hehe dah sakit pun nak jugak sedap kan..



Sorylah yer tak dapat munculkan diri dan tak dapat menjadi blogger tegar selama tiga hari. Ada ker yang rindu aku?hoho..Macam dah bersawang sangat dah blog aku nie. Takde pun sesiapa yang sudi mencuci habuk sepanjang ketiadaan aku. Mesti banyak tulisan korang yang aku dah missing. Nanti ada masa aku jenguk korang. Kalau korang ada petua lain sila share yer. Tata..





               

16 comments:

  1. welkem back! mesti penat travel utara ke selatan kan....:)

    tang petua tuh, nak tambah lagi 1..minum air limau pun ok..insyaAllah, akan cepat baik sakit tekak...

    take care muni:)

    ReplyDelete
  2. hai..hai.. hai.. salam jumpa lagi.. petua susu tu tak pernah la dengaq lagi.. tapi ok jugak pada yg no 3 pun tak pernah dengaq juga..

    Buah kembang semangkuk tu kena campur dgn gula batu sikit kot... rasanya la..

    Selalu minum ayaq asam je.. benda tu je yg mudah n senang..

    ReplyDelete
  3. Hehe... Petua yang menarik. Kalau buah kembang semangkuk dan asam jawa tu muni fiza pernah try la jugak. Tapi yang susu cair tu tak pernah try lagi =)

    ReplyDelete
  4. saya tak suke minum air asam jawa kak.hmmm... =(

    ReplyDelete
  5. ada tau bee dtg tengok entry lama so bee blah ekeke...woo sakit tekak pulak dia :)

    ReplyDelete
  6. sy kalau sakit tekak kumur air garam..betul² kenakan kat tpt sakit tu..insya-allah cepat baik..

    ReplyDelete
  7. boleh cuba ni..hubby tengah sakit tekak sekarang
    Untuk Pertama Kalinya

    ReplyDelete
  8. susu cair hlang sakit tekak?? biar betul.. x pernah dengar pun.. paling selalu yang asam jawa tu je.. huu

    ReplyDelete
  9. chii slalu wat yg asam jawa tu je..yg len tu..mcm x lalu je :p

    mcm chii..tekak ok..tp batuk sgt teruk..lebih2 lagi time pagi

    ReplyDelete
  10. Ada orang tua-tua kata air asam jawa tu diembunkan kira letak luar rumah bagu kena embun. Lepas tu baru minum. Entahlah. Haha.

    P/s: Maaf lama tak menyinggah. Bercuti sementara dari blog. Hehe ^^

    ReplyDelete
  11. asam jawa la sedap.. rasanya sangat masam.. ehehehe..

    ReplyDelete
  12. Dh dua hari suara x keluar.... Setakat x keluar xpe lg, ni... Perit dan pedih. Pasni carik air asam jawa la

    ReplyDelete
  13. dah dua hari aku sakit tekak nierrr,thank sebab bagi petua tu

    ReplyDelete
  14. minum susu cair yea...menarik tu...

    ReplyDelete
  15. Salam. Saya dah sakit tekak smpai 2 hari. Ni pun tk bley tidur sbb rase mcm ade pisau je kat dlm tekak. Nk telan air liur tu mmg nazak. Sbelum tu sye ade demam . Tp syukur alhamdulillah tk kena pyakit yg lg teruk mcm org lain :)

    ReplyDelete

Komen tanpa nampak kejanggalan ok!