Berkahwin Dengan Orang Mati
Maut tidak dapat memisahkan cinta sejati. Begitulah yang dialami Jaskiewicz Magali dan Jonathan George. Pasangan kekasih ini tetap melangsungkan pernikahan meskipun pengantin lelaki telah meninggal dunia lebih setahun. Pasangan yang telah menjalin hubungan cinta selama enam tahun itu awalnya bercadang menikah di sebuah dewan bandaraya di Perancis pada November 2008. Namun, George mati dalam kemalangan motorsikal dua hari menjelang perkahwinan. Setahun berlalu, Magali tidak dapat melupakan rasa cintanya terhadap George. Dengan sokongan keluarga dan sahabat, wanita 32 tahun itu nekad melangsungkan pernikahan dengan foto George di sebuah dewan bandaraya di Dommary-Baroncourt,timur Perancis, pada November 2009.
Berkahwin Dengan Menara Eiffel
Erika 39 tahun, merupakan seorang bekas tentera yang tinggal di San Francisco. Beliau memang telah lama mempunyai pengalaman jatuh cinta terhadap benda. Mulanya , Erika tergila-gila pada Lance, sebuah anak panah yang membantunya menjadi seorang pemanah. Rasa cintanya kemudian beralih pada Tembok Berlin. Beliau mendakwa dirinya memiliki hubungan fizik dengan sepotong pagar yang beliau simpan di dalam bilik. Tetapi Menara Eiffel merupakan pilihan terakhirnya. Majlis perkahwinannya sederhana sahaja dan dihadiri sanak saudara pada 4 Jun 2008. Beliau mengucap cinta dan janji setia. Sejak perkahwinannya, Erika menggunakan nama 'Erika La Tour Eiffel'.
Berkahwin Dengan Diri Sendiri
Liu Ye 42, lelaki berasal dari Zhuhai, China begitu mencintai dirinya sendiri sehingga nekad melangsungkan pernikahan tradisional dengan dirinya sendiri di hadapan lebih 100 tetamu undangan. Beliau mengabadikan gambar dirinya di atas sebuah papan styrofoam dengan solekan seperti pengantin perempuan bergaun merah. "Ada banyak alasan untuk menikah dengan diriku sendiri, terutama untuk mengungkapkan ketidakpuasan terhadap kenyataan, "kata Liu. Liu menafikan tuduhan sejumlah orang yang mengatakan bahawa beliau gay. Upacara perkahwinan berlangsung mengikut adat masyarakat China. Upacara juga dihadiri seorang pengiring pengantin perempuan dan seorang pengiring pengantin lelaki. Semua tradisi diikuti demi menghormati nenek moyang dan para tetamu yang hadir.
Berkahwin Dengan Bantal
Cinta sejati kadang-kadang muncul dalam pelbagai bentuk. Seperti yang dialami Lee Jin-gyu, lelaki yang berasal dari Korea ini memberanikan diri menikahi bantal 'dakimakura' kesayangannya yang dilekatkan gambar karakter anime. Bantal kesayangan Lee menampilkan karakter 'Fate Testarossa', yang diambil dari siri anime 'gadis ajaib' iaitu Mahou Shoujo Lyrical Nanoha. Pemuda 28 tahun yang diberi julukan 'otaku' ini menikahi 'mempelainya' yang muncul dengan gaun pengantin. Perkahwinan pelik ini diadakan dengan sangat serius, lengkap dengan jurunikah dalam sebuah upacara khas dan mendapat liputan meluas dari pelbagai media.
Macam-macam manusia..Entah apa yang memberi kepuasan pada mereka aku pun tak tau. Ada benda hidup, nak bercinta dengan benda yang tak bernyawa..Orang gila pun pandai bercinta, Mereka nie kategori apa ekk?kehkeh..
Macam-macam manusia..Entah apa yang memberi kepuasan pada mereka aku pun tak tau. Ada benda hidup, nak bercinta dengan benda yang tak bernyawa..Orang gila pun pandai bercinta, Mereka nie kategori apa ekk?kehkeh..
memang btl2 pelik la..tp yg paling simpati perkahwinan kat atas sekali tu..kesian dia ek..
ReplyDeleteOh! citer ni rasanya Fiza pernah baca kat Blog Borak Kosong... Tapi memang pelik kan manusia. Macam2... Heee
ReplyDeletemereka semua dikatogerikan orang2 yang hilang ingatan dan lupus nafsu utnuk berkawin dengan manusia yang masih bernyawa..tahukah kutu orang2 ini adalah orag2 giler...............
ReplyDelete@mrs.sabri
ReplyDeletememang kesian.tp kita sbg org islam kena terima qado qadar,dia kan omputih..
@Fizalinolie
ReplyDeletewoyaker..dpt kt blog indon rasanya..lupa plak linknya..dh copy simpan draft, cuma edit sikit2 tadi..
@Atiey
ReplyDeleteorg gila ka?emm macam2..
eh..pelik..memang betul pelik..rsnya mereka semua ni ada masalah jiwa..
ReplyDeleteerr..apa yg mampu chii katakan yer..mmg dorang ni sgt pelik..
ReplyDeletetp xperla..yg pnting dorang bukan org islam... :) sampai nk buat sesuatu yg diluar tabii..ishk
ni betui2 pelik....mesti ade yg tak kena kat otak sie orang...ade wayar satu putus kot...~heee.~salam petang muni musyuk2
ReplyDeleteBerkahwin dengan diri sendiri. Hahaha. Mental dosorder. Bala ni semua bala ni.
ReplyDeletebengong kot manusia yg kwin dgn benda bukan2 selain dr manusia hidup!
ReplyDeleteayoo..mcm2 la dunia nih!
emm gila glamour tu.. saja nak amik perhatian..
ReplyDeleteei teruk sungguh baik lah tk kawin cam tu ish ish
ReplyDeletesape nak kawen ngan saya ???
ReplyDelete*p.i.t.a.m*
xtau r ni ks gile ke.. or xde calon nak kawin ataupun desperate sangat dah nak kawin.. pelik2.. (-_-")
ReplyDeleteni bukan cinta sejati . err -.-"
ReplyDeletepelik nyee ~
Hehehe...rase nak tergelak pun ade nih...
ReplyDeletesalam..
ReplyDeletekwin ngn bantal tu apa kejadahnya...
ishh
org kata cinta itu buta
ReplyDeletepelik benar orang macam ni sis..nafsu mengatasi akal,ermmmm
ReplyDelete*sis,cari ppuan single kawinkan ngan sy ye.boleh>?ahhaaa
depa ni ada masalah jiwa. tidak dpt menerimadan susah nak percaya dgn org lain dek kerana kes2 yg menakutkan sekarang agaknya.
ReplyDeletemanusia ni mmg rambut je sama hitam.tp otak diorang mmg lain2 kan mommie..x tercapai di akal betul la nk kawin dgn diri sendiri, dengan bantal...hehe
ReplyDeletecam xdapat terima..ehhe..lau yang no 1 cam leh la terima cikip n kecian pun ada..dunia2..haha..
ReplyDeleteaiseyhhh...ape brg cinte+kawen dgn mnde yg xbnyawe niyh....iskkk~~
ReplyDeletexde feel arhh....kan3...??
rajinnya ouan kutu buat research... memang mcm2 ragam org dlm dunia nih....
ReplyDelete