Pages

Wednesday, April 27, 2011

Kisah Cincin Batu Yang Misteri



Selamat pagi korang. Harapan aku korang sihat semua. Aku jer yang tak berapa sihat. Suara sudah mula ok, batuk pulak menyerang. Tapi sakit itu penghapus dosa kecil kan..Korang dah baca entri Khalis yang INIAku jugak ada cerita mengenai ini. Berkenaan cincin misteri.




Pelbagai cerita yang kita dengar pasal cincin. Ramai orang percaya dalam batu-batu perhiasan atau permata terdapat "penghuni ghaib" yang membuat batu itu bertuah. Ada juga yang percaya sesiapa yang memiliki cincin batu dan mengamalkan  ilmu yang diperturunkan, setiap musibah boleh diatasi dan segala hajat akan makbul.

Entahlah...aku bukan arif bab itu semua. Yang aku tahu, kebanyakan orang alim pasti ada batu cincin yang menghiasi jemari mereka. Aku tak pasti tujuan apakah, mungkin sekadar perhiasan. Tapi aku pernah dengar yang cincin akan "berisi" kalau kita mengamalkan segala suruhan Allah. 

Aruah pak aku dulunya ada jugak cincin. Yang warna hijau tu zamrud ekk, yelah rasanya. Aruah ada dua cincin batu. Lagi satu tu aku tak pasti batu apa. Selepas aruah meninggal, en suami beria nakkan cincin aruah pak. Abang aku pun bagi. En suami pakai cincin aruah lepas tu malamnya beliau diganggu. Pembetulan, bukan diganggu tapi en suami nampak lembaga hitam. Tak tahulah apa, cuma en suami merasakan yang lembaga hitam itu ada kaitan dengan cincin aruah pak.

Setelah di selidik rupanya aruah pak cuma pakai cincin zamrud saja. Menurut abang aku, aruah pak jumpa cincin yang satu lagi tu, tapi aruah sekadar simpan, memang tak pernah pakai. Lepas tu en suami terus tanggal cincin tersebut. Aku pun tak pasti sama ada cincin tersebut betul-betul ada "penghuni ghaib"nya. Itu saja cerita aku.

Aku tertarik pada kata-kata Khalis, " Berhati-hatilah kalau membeli barang terpakai seperti baju bundle, keris, cincin atau apa sahaja. Kalau kita tak pasti berhati-hati. "sesuatu" ini kalau masuk kedalam tubuh kita sukar untuk dikeluarkan kembali. 

Aku percaya apa yang Khalis kata kerana hal seperti ini sudah banyak berlaku. Bukan bermakna aku percaya kepada perkara tahyul tapi benda ghaib nie wujud, jadi berhati-hatilah...




23 comments:

  1. selalunya kan orang pesan la kan kalau jumpa barang2 mas ka duit2 ka kat sungai ka laut ka jangan ambik pasai .. orang buang benda2 halus kot barang2 tu... dulu kat kg saya .. depa p memancing jumpa rantai.. balik2 umah benda tu ikut balik ... jenuh jugak tengok depa p berubat nak buang.. ni betul2..ni..

    ReplyDelete
  2. hurm kan org dulu2 byk amalan , tok wan bee pakai batu delima merah dan batu satu lagi dikatakan di buat menggunakan air ludah semasa bertapa , dan satu lagi batu yg di ambil dr mulut ular ..ta tahu nk percaya ke tak ..tok wan cerita aku layan jer..hehehe tapi yg best batu dia yang 3 nih berapa kali hilang org masuk rumah curi tapi stil dapat balik ke tokwan bee ....wallahualam

    ReplyDelete
  3. eeeiii takutnya.tu sbb saye tak suke bli2 brg2 yg nmpak pelik ni.takut.

    ReplyDelete
  4. x boleh percaya la benda2 tu semua..nanti syirik..

    ReplyDelete
  5. Sungguh! Benda2 mcm ni terutama cincin mmg harus berjaga2. elakkan dr benda2 tak elok dtg dan ssh dikeluarkn nti!

    ReplyDelete
  6. emmm betul..nenek suami sy penah pakai cucuk sanggul yg arwah suami dia jumpa..lps pakai dia kena sakit teruk..ada org kt cucuk sanggul tu kepunyaan cina mati dibunuh..entah ya entah tidak wallahualam..

    ReplyDelete
  7. hurm...x pernah plak terdgr citer pasal ni...hurm..kena hati2 la ye..lg plak wat masa ni chii mmg lum ada lagi cincin batu..

    tp mcm pak ngah chii.slalu dpt batu dari gunung..mmg lawa..tp nk dptkan kn tu pun..kena ada masa2 nya gak..ada yg kata dari puteri gunung ledang..ntah la..WA...

    ReplyDelete
  8. memang pun..brg2 mcm ni mungkin byk kenganan zamn lampau yg tidak ketahui kewujudannya..

    mummy sempat curik tulang singgah blog yang mummy sempat terjah hehe...hope dpt terjah semua blog kengkawan...

    nice n3

    ReplyDelete
  9. huhuu.. kuat gak aura cicncin ne ek... biasanye barang2 cm ne memang ada penunggu nye kan... seram gak :)

    ReplyDelete
  10. @halila Ibrahim
    klu kt laut tu memang selalunya benda tak elok kan..

    ReplyDelete
  11. @puanbee
    woo macamtu ceritanya..itu laorgdulu memang byk amalan.smpskang masih ramai yg percaya akan batu cincin kononnya bawa tuah la apa la..

    ReplyDelete
  12. @Mrs.Yie
    syirik klu kita percaya yg cincin tu membawa tuah,boleh makbulkan hajat.tp klu percaya yg cincin ada penunggu.sy cuma percaya yg benda ghaib tu wujud,yg lain wallahualam

    ReplyDelete
  13. @Rina AVAIL a.k.a cik betty
    org yg mengalaminya mesti percaya kan..sy juga percaya sbb en suami sendiri alaminya..en suami kata mungkin benda hitam tu toyol.tp memang benda tak elok.cincin tu dah buang dh..

    ReplyDelete
  14. @chii
    pakngah chii memang peminat kumpul batu ekk?

    ReplyDelete
  15. @Atiey
    hehe curik tulang!emm tu la sbbnya..lg2 klu barang2 antik kan..org dulu2 kan suka bela hantu raya.haha..

    ReplyDelete
  16. @Taufiq Arifin a.k.a. Topimagine
    emm cincin tu takde ape pun.tp mungkin org yg mengamalkannya bawak ajaran slh..tu jer..

    ReplyDelete
  17. mommy tak de pengalaman gitu..tapi betul pesan orang2 dulu...brg pelik lau jumpa usah la di ambil...tapi lau kuat ilmu di dada..sila la cuba.

    ReplyDelete
  18. memang kita kena berhati2..mujurlah khalis bukan peminat barangan terpka cam cincin nie semua

    ReplyDelete
  19. Cincin hijau dalam gambar tu.. Cincin firus atau omputih pggl turquoise.

    ReplyDelete

Komen tanpa nampak kejanggalan ok!