Seronok bila dengar Mommy yuyu tak sabar nak sambut kelahiran baby sulungnya. Siap berpacking beg merah comel menanti tibanya kelahiran penyeri hidup, anugerah terindah dari yang maha esa.. Siapa tak teruja bila bayi yang selama ini dikandung selama 9bulan bakal lahir kedunia. Kerana tak nak menghampakan yuyu yang sarat mengandung, aku langsaikan hutang dengan segera.hoho..
Dari pagi perutku memulas. Senak perut tapi tak kuat. Aku meneka cuma sakit perut biasa. Tengahari itu rakan sekerja menjemput aku dan en suami makan tengahari dirumahnya. Kari ayam begitu menambat selera sedangkan kari bukanlah kesukaanku. Banyak betul aku makan. Lepas makan en suami terus hantar aku ke tempat kerja. Hari tu aku masuk kerja pukul 1. Hari itu juga merupakan hari terakhir aku kerja. Esok aku akan balik rumah mertua di Alor Setar. Aku cuti awal kerana mahu bersalin di kampung. Bayi yang ku kandung dijangka lahir 2minggu lagi..
Pulang dari kerja, perut makin memulas. Sakit mula berganda. Kesakitan yang makin bertambah aku bagitau en suami. Beliau mengajak aku ke klinik, tapi aku tak mau. Aku kata tak ada apa-apa yang berlaku. Beberapa jam kemudian, aku sudah tidak dapat menahan sakit..Aku turuti kemahuan en suami untuk ke RSAT (Rumah Sakit Angkatan Tentera). Sampai disana, staff nurse yang ada terus check, bukaan baru 2cm..Rupanya aku dah nak bersalin. Macam tak percaya pun ada.
Staff RSAT mula menjalankan tugas mendapatkan ambulan untuk membawa aku ke hospital Kota Tinggi. Untuk pengetahuan korang, aku tak ada kereta lagi waktu tu. Nak dijadikan cerita, ambulan pulak tak ada. Almaklum ambulan terhad, bila ada kes, ambulan dah bawak pesakit, jadi terpaksa tumpang ambulan Klinik Sungai Rengit. Sampai di Sungai Rengit, aku terpaksa menunggu lama juga. Kerana kelam kabut, aku pergi cuma sehelai sepinggang.
Aku tinggal dihujung tanjung, nak ke Kota Tinggi pun mengambil masa hampir satu jam setengah. Aku cuma bagi duit pada mertua. Aku serahkan bulat-bulat segala keperluan baby untuk dibeli oleh mereka. Entahlah nak cakap tak teruja menerima anak sulung tak jugak. Mungkin kepayahan hidup di perantauan membuatkan aku tidak kisah untuk memilih baju yang cantik dan membeli segala keperluan baby sendiri. Ditambah pula pengalaman pertama menimang cahayamata juga ceteknya ilmu aku waktu tu, aku langsung tak bersedia.
Aku dan en suami berkahwin pada usia muda. Kami langsung tidak memiliki wang simpanan. Baru hendak memulakan hidup berumahtangga, tiba-tiba terkejut dengan berita aku dapat kerja. Aku baru mula bekerja pada Oktober 2006, dimana tiga bulan baru merasa gaji pertama. En suami pula terpaksa meninggalkan kerja di Alor Setar dan mengikut aku tinggal di Johor.
Selama mengandungkan Aiman, tugas en suami cuma menghantar dan mengambil aku dari kerja. Beliau berkorban tidak bekerja semata-mata kerana aku. Kenderaan kami cuma sebuah moto pemberian bapak mertua. Jadi kalau en suami kerja, aku pula tiada kenderaan. Hidup dihujung tanjung begitu menutup peluang pekerjaan en suami. Mana ada kenderaan awam macam dibandar. Memang hidup kami agak susah waktu tu.
Mulanya bapak mertua aku nak datang ke Johor menghantar barang keperluan baby tapi saat akhir tak jadi kerana ada hal. Keadaan menjadi kelam kabut bila aku sakit dan masuk hospital. Aku tiba di Hospital Kota Tinggi lebih kurang pukul 12 tengah malam. Mana nak beli keperluan baby malam-malam macam nie? Kedai semua dah tutup kan
Mujur ada Pak Usu (bapa saudara en suami) dan Mak Usu. Mereka datang ke hospital membawa beberapa helai baju baby dan lampin. Setelah semalaman menahan sakit, tepat 6.08 minit pagi, lahirlah Aiman kedunia. Yang kelakarnya nurse siap tanya, "baby tak ada baju baru ker?". Pak Usu pun sebenarnya orang susah, baju anaknya yang lama dibawa bagi Aiman pakai. Lampin pun buruk.hehe..Aku cuma ketawa dalam hati mengatakan yang wan dan Maktok Aiman dalam perjalanan dari Alor Setar bawa baju baby.."Kesian baby takde baju baru". Aku ingat lagi kata-kata nurse tu walaupun rupa beliau langsung aku lupa..
Lepas kedai bukak, en suami pun beli beberapa helai kain batik dan baju baby sementara tunggu abah dan mak sampai. Begitulah ceritanya yuyu..Pesan aku pada bakal2 ibu, jangan jadi macam aku. Sediakan segala keperluan bayi dalam sebuah beg menjelang 7bulan hamil kerana pada usia kandungan 7Bulan, bila-bila masa sahaja kita bakal melahirkan. Bawa beg bayi kemana sahaja korang pergi. Rasanya semua dah tau kot. Aku dulu je yang bongok.kihkih..
Pada hari Aiman lahir sepatutnya aku dalam perjalanan balik Alor Setar, tapi nak buat macam mana Aiman nak jadi orang Johor jugak macam abahnya..
Nie Aiman genap 1tahun 4bulan.. Kurus jer kan budak chubby nie dulu?huhu.. |
* Entri autopublish. Saat korang tengah baca, aku dalam perjalanan ketempat persinggahan sebelum balik kampung. Doakan aku selamat sampai ke destinasi yer..
Wah! muni... Siannnya.. Tapi apa boleh buat muni benda yang kita tak duga telah terjadi... he2 yang penting Aiman selamat dilahirkan dan dah besar pun sekarang. Ahakss. Yes! Hati2 dear.
ReplyDeletehahaha..aku baca gelak sorang2..harap aku tak la mcm hang nnt ye..mana nak cekau baju baby yg lama2 memandangkan aku dgn dia sama2 anak sulung..hahahaha..anak menakan pun takdak..
ReplyDeletetime kasih mommie share cerita ni..ada gak babak2 sedih time nurse tny "baby x ada baju baru ke?"..bukan apa, teringat pada mereka yang kurang mampu..kita ni berlebih2 x ingat dunia..
ReplyDeletemommie2, sian aiman xde baju baru..tp xpela, janji aiman selamat dilahirkan dan sihat walafiat..best pulak cerita mommie ni.
td hubby yuyu call, ckp wife kwn dia yang spttnya bersalin bulan 5 dh bersalin semalam..dia mula ah buat panik suh yuyu berjaga2..aduila
selamat balik kg ye mommie
saya pun gatal kawen muda.. saya baru habis study n suami plak baru start keje.. masa tu kami ada moto kriss 110 je .. saya pulak di Ipoh suami d Kedah.. nasib baik time nak bersalin balik kampung .. hari nak bersalin abang sy kena hantar ke Hospital Taiping.. n malam kena operate..suami plak setiap minggu ulang alik ngan moto dr kedah ke Perak.. huhuhu..minggu ke 2 suami x cident pasal balik kul 5 pg.. nasib baik x teruk.. n saya terus balik kedah.. kesian kat suami tak yah dok ulang alik lagi.. n dalam pantang sendiri w.pun operate..
ReplyDeletehati2 di jalan ye...sedih lak baca entri ni..huhu....setiap kelahiran mesti ada kisah disebaliknye kn...masa ammar lahir pon ade gak cite...huhu...
ReplyDeleteseronoknya ade baby :)..
ReplyDeletex sabar2 nak ade jugak :D..
hihi..kelaka baca entri ni..yela pengalaman pertama nak bersalain kan..sy dulu pon x buat persiapan..suami pun takda di sisi..
ReplyDeleteberhati² di jalan raya ye..
Sedih heh baca entry ini, kesian Aiman. kesian u Murni!
ReplyDeleteI pun ada kisah sedih ms prgnt dl, tp i tak sggup nak kongsi!
sbb sedih sgt.
Apa pun doakan u, hubby n aiman always bahagia k!
:)
wah.. pengalaman mase lahirkan aiman ke akak?? macam susah je.. ape pun bagus r akak berjaye hadapi nye.. em.. semoga selamat tiba ke destinasi ye akak =)
ReplyDeleteBetul tu Puan Kutu. Kena prepare sebelum melahirkan bukan selepas. Terima kasih atas nasihat berguna ini. Jadi Tira prepare dari sekarang. Hehehe..
ReplyDeleteP/s: Maaf lambat komen sebab busy sikit.
@Fizalinolie
ReplyDeleteitulah..tak sgka pulak awal Aiman nk keluar..;)
@cikpuanteddy
ReplyDeletekahah buat persediaan awal la.aku mslhnya semua mertua aku beli,tak smpt bwk johor dh beranak..
@mommie yuyu
ReplyDeleteyuyu pun hati2,tak lama lg kan..semoga slmt semuanya..itu la kesian aiman pkai bju buruk,tp kejap jer,pastu wan n maktok aiman mai,semua benda baru..lg kawan2 bagi.mmg byklah..murah rezeki aiman nie,tu belum cerita detail.klu cerita bab bersalin lg takut.haha..
@halila Ibrahim
ReplyDeletesy bukanlah gatal.tp percaya pasal jodoh.dh jodoh nk buat cmna.hehe..oo ada kisahnya jugak kan..tu la bersusah2 dahulu..
@anak ahmad
ReplyDeletehuhu ammar lg la sedih..abi pun jauh kan..
@LadyBird
ReplyDeletebapak baby dh pun skang.haha..
@Rina AVAIL a.k.a cik betty
ReplyDeleteyg 1st kan belum ada pengalaman...:)
@Achahani
ReplyDeleteala takpe wan..setiap yg berlaku ada hikmah.jnji acha selamat
@kay_are
ReplyDeletehehe mana ada org bersalin senang kr oi.hehe tq yer.dh slmt smp dh nie
@Miss Tira
ReplyDeleteamboi cpt betul tira nk prepare.huhu
hem kalau diingat2 masa mummy peknenkan danny dulu memg semua dh siap beli......pg hospital semua dh siap sedialah..
ReplyDeleteyo puan muni...kelahiran ammar ni lagi mcm2 cite...kalo nk share,huhu...xtau la sanggup ke x...
ReplyDeletep/s:anyway,dh smpi kedah,jgn lupa jenguk2 la kami kt cni nt ye..huhu..rindu kt budak aiman 2..
sayu pulak baca n3 ni...
ReplyDeletex pa lah, pengalaman mendewasakan kita... :)