Pages

Saturday, April 02, 2011

Fakta menarik tentang Negara


Hari nie sangat meroyan dengan fakta menarik. Jom kita lihat pula fakta-fakta menarik tentang negara :

Di Albania, menggelengkan kepala bermaksud 'ya' dan menggangguk bermaksud 'tidak'.

Di serata dunia, yo-yo adalah sejenis permainan tetapi di Filipina, ia merupakan senjata merbahaya.

Hanya terdapat empat buah negara di dunia bermula dengan abjad D iaitu Denmark, Dominica, Djibouti, dan Republik Dominica

Jambatan gantung dekat Lapangan Terbang Antarabangsa Haneda, Jepun dikatakan paling panjang di dunia kerana berukuran 124 meter dan 4 meter lebar, bahagian tengah bersambung untuk memudahkan ia diangkat apabila kapal lalu di bawahnya. Kos pembinaan adalah lebih murah daripada membuat terowong bawah laut.

Sungai Huang Ho di Utara China di gelar sebagai Sungai Derita kerana kerap meragut ratusan juta nyawa apabila banjir setiap tahun.

Tempat paling sejuk di dunia bukanlah di Kutub Utara atau Kutub Selatan tetapi Verkovank, Siberia dengan suhu serendah 100 darjah di bawah paras beku pernah dicatitkan. 

Seoul adalah ibu negeri Korea. Dalam bahasa ibundanya, Seoul bermakna `ibu negara'.

Sungai Amazon di Amerika Selatan yang merupakan sungai terbesar di dunia, mengandungi dua pertiga daripada kandungan air sungai seluruh dunia.

Taj Mahal yang terletak di Agra, Uttar Pradesh, India adalah sebuah monumen tinggalan Kerajaan Moghul. Pembinaan Taj Mahal yang mengambil
masa sehingga dua puluh tahun itu berjaya disiapkan pada 1653 dan melibatkan ribuan tenaga buruh. 


Gurun Sahara, padang pasir terbesar di dunia yang terletak di utara Afrika berusia 2.5 juta tahun dan mempunyai keluasan 5,632,690 kilometer (3.5 juta batu) persegi.  Wanita-wanita dari keturunan Pigmy di Lembah Congo amat takut jika suami mereka terpikat dengan wanita lain. Bagi mengelakkan suami digoda oleh wanita lain, setiap isteri bertindak mengawal suami mereka dengan mengukir nama mereka di dahi suami masing-masing. 

Apa pula fakta menarik tentang Malaysia? Orang Malaysia lebih banyak mati kerana makan bukan kerana tak makan. Ini fakta ker?huhu..


SUMBER : http://0307mckk.tripod.com/id4.html  





    

14 comments:

  1. orang malaysia suka buat kerja last minit..fakta tau ! tk percaya sila buat analisis sendiri

    ReplyDelete
  2. RIni Puan rajin berfakta...hehe....apekata kita panggil prof kutu..kira naik pangkatlah?hikhikhik

    ReplyDelete
  3. hohohhh... bayangkan nama kita diukir di hai suami... ekkekeke...

    ReplyDelete
  4. Wah! hari ini kita baca pasal fakta yer. Hehehe. Hurmmm, thanks for d info yer dear. Banyak gak saya tak tahu sebelum ni.. Huhu.

    ReplyDelete
  5. @Atiey

    hari nie meroyan sket..teruja sgt ngan fakta yg ditemui..hehe

    ReplyDelete
  6. @kakyong

    comfirm laki tak crik len dah..:)

    ReplyDelete
  7. hik hik..menarikk..

    fakta ttg malaysia yer..

    org malaysia ramah² tp kat jalanraya bertukar ganas..

    tak tahu jaga kebersihan kut (malu weh tgk sungai kat m'sia)

    ReplyDelete
  8. org m'sia byk mati sebab mkn...heheh..

    ni mmg xnafi..org m.sia sgt kaya ngan makanan..tayah tgk jauh2..umah chii sendiri..byk sgt mknanan..sampai tatau da nk mkn pe..ngan buah2an lgik..

    bila chii kata byknya makanan..mak kata * korang beruntung dpt mkn byk..tgk negara luar sana kebulur..tu pun xmo mkn :p

    ReplyDelete
  9. bgus fakta ni kak..

    *sy selalu je rasa nak pengsan kalau tak makan..ehheeee

    ReplyDelete
  10. @chii

    fakta yg malaysia tu sy yg tambah.bkn fakta ekk..:)

    ReplyDelete

Komen tanpa nampak kejanggalan ok!