Assalamualaikum..
Hari nie terlebih rajin sudah. Lepas hantar Aiman pergi sekolah terus ke dapur masak untuk makan tengahari..So, boleh la bersenang-senang merehatkan badan dan minda sampai petang. Entri kali nie takde kena mengena tentang masak yer. Cuma nak berkongsi tips bagaimana menarik minat anak membaca. Boleh diamalkan oleh puan2 bergelar ibu. Tidak terkecuali adik2 puan kutu yang bakal menimang cahaya mata, bila bertemu jodoh nanti.
Tak dinafikan bila kita bercadang mendedahkan anak kecil pada buku, mereka sukar memberi perhatian dan enggan duduk diam. Situasi ini juga berlaku pada aku waktu mula-mula nak memperkenalkan buku pada Aiman. Memang hilang sabar sebab Aiman tak beri tumpuan masa aku bacakan cerita. Lebih mengecewakan habis buku dikoyak si kecik tu. Tapi jika mahukan anak bijak membaca dengan cepat, ada beberapa cara untuk mengalakkan minat mereka pada buku.
Antaranya :
- Bacakan buku sambil mendakap mereka. Dakapan erat memberikan keselesaan untuk mereka terus memberi perhatian.
- Bercerita dengan penuh emosi dan minat. Bunyikan bunyi binatang dengan bersungguh-sungguh. Libatkan aksi dan pergerakan. Contohnya membuat aksi terbang seperti burung bila bercerita.
- Bercerita dengan bahasa yang mudah dan senang untuk mereka fahami.
- Kaitkan cerita dengan mereka seperti bertanyakan soalan. Contohnya, "Apa yang warna merah tu?", "Ini bola, Aiman suka bola?", "haiwan mana Aiman suka?" Apa jadi lepas nie?
- Tokok tambah cerita dengan maklumat lain supaya lebih faham. Tanyakan apa yang jadi selepas ni. Bila dah biasa dengan cerita tersebut, minta mereka ceritakan kembali cerita tu.
- Bila mereka sudah mula jinak dengan buku cerita atau buku gambar, mereka mungkin telah bersedia untuk di perkenalkan dengan bunyi-bunyi huruf. Sambil membaca cerita terangkan bunyi huruf yang biasa dilihat pada teks.
Itu serba sedikit cara bagaimana tarik minat anak membaca. Setiap orang mungkin ada cara tersendiri. Macam aku, aku akan bacakan sebuah cerita pendek sebelum tidurkan Aiman. Menghantar Aiman kesekolah seawal umur 4 tahun aku rasa banyak juga membantu Aiman untuk minat membaca dan memahami sesuatu. Disekolah, cikgu juga bacakan buku cerita.
Sekarang nie setiap malam Aiman dengan sendirinya akan suruh aku ambil buku dan bacakan untuk dia. Lepas baca aku akan terangkan nilai moral yang ada pada cerita tu dan terapkan dalam diri Aiman. Contohnya Si Tikus dan pemakanan yang sihat. Aku akan beritahu yang Aiman juga kena makan makanan seimbang. Lebih kurang macam tu la..
Semoga minat membaca dapat diterapkan pada anak-anak kita agar mereka dapat menjadi insan yang berilmu..Insyaallah..
Wassalam........
good sharing.. tenkiu kak
ReplyDeleteYes! Menarik Info ni Muni. Fiza selalu fikirkan perkara ni... Hahaha, tak sabar rasanya nak ada baby. Mesti best Muni bercerita dengan Aiman sambil memeluk Aiman dgn eratnya.
ReplyDeleteemak sya dulu suka brcerita macam2...dia slalu bli buku crita...tpi xtawla,sya xminat nk bca,lgi suka org critakan....hehe
ReplyDeleteinfo menarik..baik tuk danny ni..danny suka sgt baca buku skrang nie...tq muni
ReplyDeletebestnya..dulu sy pon rajin bacakan anak sulung tu buku..dah keluo lg sorang nih payah sikit pasal si kecik nak carik susu mak dia setiap saat..nak blog lg..ngeh ngeh ngeh..tp nnt nak apply kat anak no 2 bila dia dah faham cakap mak..hep x leh nyusu dah..
ReplyDeletetq tq..khalis suka tips nie.. khalis dulu ajar adik khalis membaca dengan cerita doraemon.. tapi khalis taknak bacakan..last-last dia belajar perlahan2 sbb nak baca cerita doraemon..hehe
ReplyDeleteTips supaya blog sentiasa diingati
Kenangan lahir 80-an
Ada apa dengan dara
khalis datang ziarah di sini
Semuanya bermula dari rumah. Hehehe. Kalau kita dedahkan mereka dengan bacaan ilmiah pasti sudah menjadi separuh dari rutin harian mereka iaitu membaca.
ReplyDeletesatu lg yg chii perasan kan..kanak2 ni suka buku yg kaler2..pastu ttg haiwan..tu yg chii buat pd anak sedara umo 2 thn..memang kalo dtg umah..chii kasi buku tu je..mmg ralit dibuatnya..kalo yg banyak kaler ni..kanak2 cpt tangkap..alhamdulillah..bila chii tunjuk..ada la sebahagian yg ni dpt jawab..cthnya macam "onyet " :p 'M' da hilang...
ReplyDeletechii suka membaca sebab dr kecik ayah suka belikan buku2 kisah pengajaran,pastu kisah puteri2..sampai skrg ni pun..mmg chii leh katakan gemar membaca..
pasni chii nk terapkan..kalo kasi hadiah kat budak2..kasi buku2 atau bahan pengajaran..kasi mainan boleh..tp yg membantu perkembangan mnda dia macam LEGO ok la..tp ni org slalu kasi senapang,kete..hurmm
alamek...terpanjang plak :p
@ibu qaleesya
ReplyDeletesama2..:)
@Fizalinolie
ReplyDeleteInsyaallah usaha tgga kejayaan.nti boleh bacakan buku cerita kat ank fiza pulak..smoga fiza cpt mengandung. Amin..:)
@iniialahaku
ReplyDeletewaa cmna nie?hehe..
@Atiey
ReplyDeletesama2mummy.baguslaDannysuka buku.Aiman dulu susah jugak sbb klu ada buku pun dia suka koyak..dah besar sikit baru minat buku,tmbh2 yg ada kartun..
@Rina AVAIL a.k.a cik betty
ReplyDeleteitu la..kadang2 bila ada ank kecik dah terbatas kan..
@mykhalis
ReplyDeletetu khalis dh mendorong minat adk membaca,dkt ank sendiri mesti lg boleh kan..
@Miss Tira
ReplyDeletebetul tira,setuju..:)
@chii
ReplyDeletetq dear.good sharing.lupa nak masukkan dlm entri..warna juga memainkan peranan penting bagi memastikan anak terdorong utk baca..u right chii..:)
terima kasih untuk perngkongsian..saya akan praktik buat kat anak sdara sy nnt..hehee
ReplyDeleteboleh amalkan lepas ni.kalau boleh biar semua ibu baca ajar dan didik anak membaca sejak kecil...
ReplyDeletessh sgt bile masuk darjah 1 tapi x pandai membaca..
@lalink7
ReplyDeletetq..bagus2..hehe
@nuruljannah sukhri
ReplyDeletebetul tu yuyu..nti praktikkan kt baby yg bakal lahir..:)
@nuruljannah sukhri
ReplyDeletebetul tu yuyu..nti praktikkan kt baby yg bakal lahir..:)
betui bee kalau menbaca dengan anak2 dengan gaya dan suara baru depa laayn kalau baca mcm baca berita tu tak de lah depa nk dengar heee
ReplyDeletepuan kutu,
ReplyDeleteapa kata join GA ni..
http://sitisifir10.blogspot.com/2011/01/giveaway-bagaimana-menggalakkan-anak.html
Qaseh Gifts pun sangat mengalakkan membaca di kalangan muda ni...
ReplyDeleteJom baca entri ni! Tips Persedian ke Musim Persekolahan yang Baru