Pages

Thursday, April 07, 2011

Alhamdulillah..Rezeki Aku..



Alhamdulillah..Saat entri nie ditulis aku sudah mendapat sedikit ketenangan jiwa. (poyo). Orang lain seronok dapat pindah, tapi aku sebaliknya...En suami lagi tak dapat terima kenyataan..Dulu beliau yang beria sangat suruh aku apply tukar. Emm bukan apa, cuma tak sangka cempedak jadik nangka. Time kami semangat nak pindah, kecewa sebab tak dapat..Bila dah dapat tak nak pulak. Dasar manusia tak tau bersyukur.Kehkeh..


Rasanya ini dah yang ketiga. Yang pertama dulu aku apply since aruah pak dan mak aku ada lagi. Yang kedua selepas aruah pak tak ada dan yang last aku apply tahun lepas selepas aruah mak meninggal. Setelah lima tahun mencuba, baru nie aku dapat. Tu yang rasa macam tak bersedia..


Bukan apa aku dapat tau yang nama aku dah berada di ranking paling atas,  tapi kecewa kerana tak dapat pindah (nie pakai cable tak berapa besar kot). Aku juga dapat khabar angin mengatakan tempat yang aku nak pindah tu dah di isi oleh orang lain. Lepas tu dah tak mengharap sangat. Tak sangka lepas setahun, tengahari tadi aku dapat berita mengejutkan. Perkara pertama yang keluar dari mulut aku adalah Alhamdulillah..


Surat Arahan Pertukaran dah ada dalam tangan. Walaupun berat hati aku terpaksa pergi jua. Ceh macam lirik lagu.. Tarikh berkuatkuasa 11 April. Aku kena lapor diri dalam masa dua minggu dari tarikh tu..Masih banyak yang perlu di uruskan. Tadi petang  dah call pihak sana, lega hati dengar sebab ada rumah. Apa pilihan yang aku ada kan? nak tak nak kena duduk dulu la..Mana la sempat nak cari rumah sewa segala..


Esok nak kena settle demand lori. Lepas tu baru nak cari tarikh yang sesuai untuk lapor diri. Emm pening kepala tengok semua barang, mana nak kemas dan packing, mana nak bersihkan, mana nak cat dan tampal segala lubang. Dah bertahun kat sini segala macam mak nenek barang aku beli. Jenuh nak angkut..Semua ambil masa. Tengok baju pun macam nak pengsan. Mana nak datang kekuatan untuk mengemas dan packing? korang yang takde keja tu, mai sini tolong2 aku..


Aku dapat pindah Markas Stesen Staff Sungai Petani. Memang aku apply sana pun sebab tau kat sana ada kekosongan. Kat area Alor Setar semua kem penuh. Takpelah janji dekat nak balik kampung, nak balik Nibong Tebal pun tak jauh..


Buat yang mendoakan aku dan ucapkan tahniah, terima kasih banyak-banyak. Insyaallah aku, en suami dan Aiman akan mulakan hidup baru di Sungai Petani..Harap2 staf kat sana semua baik2..Gud luck untuk diri sendiri!! Lepas nie kena praktis balik loghat utara, Dah lama kat sini lupa daratan dah pun.haha...









29 comments:

  1. wah...sakan nak mengemaskan..
    sangatlah malas kalau itu aku..hehe
    tp apa2 pun tahniah!!!
    semoga tempat baru membawa rezeki yg lebih buat kamu..heeeee

    ReplyDelete
  2. lor...ingat kn muni org johor..rupa nya org penang eh...:)

    ReplyDelete
  3. sg petani?? dekat la kita pasni..=)

    ReplyDelete
  4. @ladyzamea
    tu la semak perut dah nie.hehe apa pun kena la rajinkan diri jugak..tq yer..Amin..

    ReplyDelete
  5. @AYuNG
    ehbaru tau ka ayung..muni lahir di perak n dibesarkan di png..:)

    ReplyDelete
  6. tak pa.. tak pa.. nanti tak jauh la kita.. saya dok Kulim..

    ReplyDelete
  7. yeee...kita duk sg petani..kt sg pasir..dkt ng giant kt SP selatan..nnti roger2 la..hehe

    ReplyDelete
  8. besh la muni...huhu..tp sedih la ek...kurang sorang kwn kt opis..huhu..

    ReplyDelete
  9. selamat berpindah dan selamat berkemas

    ReplyDelete
  10. lahai..makin jauh la puan kutu dr chii..ingtkan da nak dekat2 da td :)

    pape pun.tahniah skali lg..slmt kemas2 ya :D

    ReplyDelete
  11. wahh. lepas ni leh le wat entry loghat utagha plak. kehkeh

    ReplyDelete
  12. @Anah
    klu camtu dkt la sgt anah..insyaallah ada rezeki jumpa nanti..:)

    ReplyDelete
  13. @halila Ibrahim
    bes nie boleh buat perjumpaaan antara blogger..:)

    ReplyDelete
  14. @anak ahmad
    tak lama lg dpt la opismate baru kot..kalau..kite tnpa pengganti..:)

    ReplyDelete
  15. @chii
    jauh sket jer.dtg sp jgn lupa rodger tauc hii..

    ReplyDelete
  16. @wath
    skang pun boleh buat.mmg org utara apa.haha..

    ReplyDelete
  17. Tahniah! dear. Waaa.. Siannya, mesti byk brg yg nak kena packing. Apa2 pun Muni, Fiza doakan semoga Muni berjaya di tempat yang baru... Gud Luck dear.

    ReplyDelete
  18. selamat berpindah dan ketemu kawan baru...kerje baik2 no...

    ReplyDelete
  19. wahhhh... best ar dapat tuko

    balik kg plak tue hehe...

    ReplyDelete
  20. oh p sungai petani abis kutu dapat pindah , en suami cam mana kutu ? dia dapat pindah sekali ker ? eheemmm apa2 pun pelan2 buat semua tu jgn kelam kabut bee buleh tolong kutu tapi.....................................................................................................................................................................................................................................................................................tolong tengok kalau kutu hupdate blog lah hehehe

    ReplyDelete
  21. Markas Stesen Sg Petani?kat mana?????????mcm pnh nampak je tpt tu.

    eh keje ape tuh?byk songeh lak ek.

    ReplyDelete
  22. @Fizalinolie
    itu la fiza,tak lama jer lg nk kemas2..mls la.dok sibuk blogging pulak.hehe..

    ReplyDelete
  23. @Atiey
    tq mummy..harap2semua ok di tempat baru.darat tak sama macam laut.byk la kena belaja.

    ReplyDelete
  24. @puanbee
    pindah la bee,mana boleh dok renggang2.haha..

    ReplyDelete
  25. Puan kutu ni koje apa? combat ker? hahhahaha... suami pun di SP jugak ka...

    n3 terbaru kakyong.com Best sangat ke drama Asmara tv3 ni..???

    ReplyDelete

Komen tanpa nampak kejanggalan ok!