Pages

Wednesday, January 26, 2011

Rindu Padanya...



dah staun dia tinggalkan aku...
tp rasa cm bru smlm aku dlm pelukannya n rambutku d usap2.
Allah xkn bri ujian kpd hamba2Nya yg xmampu hadapi ujianNya...
~INSYAALAH..........
berikan kebahagian kpdnya d sna ya Allah.... :)


Lepas baca status dekat facebook adik bongsuku semalam, baru aku tersedar yang aruah dah tinggalkan kami genap setahun..air mataku tak dapat dibendung lg....25/01/2010, bukan aku tak lupa tarikh keramat itu,tapi aku tak mahu ingat peristiwa yang memberi kesedihan. Yang aku tahu, aku hanya perlu ingat tarikh istimewa seperti hari ulangtahun perkahwinan dan tarikh kelahiran orang2 yg aku sayangi..Dan tarikh itu juga adalah hari2 gembira yang kita semua pernah lalui..Segala kepahitan dan kesedihan aku tak mahu ingat. Kalau boleh mahu saja aku padam dalam memori ingatanku..Tapi aku tak mampu...Rindu padanya...


Rindu padanya...Sejujurnya aku amat merindui dia, Tak mampu aku hitung banyaknya hutangku kepadanya..Aku tahu dia telah menggadaikan nyawanya waktu melahirkan aku..Aku harap dia halalkan susunya yang menjadi makananku ketika aku bayi. Aku harap dia memaafkan segala kesalahan dan kekhilafan yang pernah aku lakukan. Tapi sebagai manusia biasa tak ada apa yang dapat aku buat untuk mengembalikan orang yang aku sayang..Hanya kenangan bersamanya dan doa yang mampu aku kirimkan buatnya disana..


Rindu padanya..Aku sering menyalahkan diri sendiri kerana dulu aku tak pernah memberi ruang kepada pemikiranku untuk menilai kebaikan dan kesucian kasih sayangnya..kenapa dulu waktu aku masih dibangku sekolah sering saja aku meninggikan suara terhadapnya? sering saja tidak mendengar kata2nya..aku tak punya perasaan membiarkan hatinya bersedih kerana tingkah lakuku..aku memang seorang yang sangat degil.Sering saja aku meminta itu dan ini serta berharap apa yang aku perlukan dipenuhi tanpa memikirkan kemampuannya...Namun dia menuruti semua kemahuanku..


Rindu padanya..Sememangnya dia adalah insan paling kental pernah aku kenali..tak pernah sekalipun aku lihat dia mengalirkan air mata walaupun hidupnya dipenuhi kesengsaraan dan kepayahan. tak pernah ku dengar bicara mulutnya merungut kerana setiap hari menyediakan makanan untuk aku, abang dan adik2..Tak pernah aku lihat kepenatan diwajahnya kerana membasuh pakaian kami sekeluarga..Walaupun kami hidup dalam serba kekurangan, tak pernah sekalipun kami lima beradik merasa dan mengetahui apa ertinya lapar..Dia membesarkan aku adik beradik dengan penuh kasih sayang yang dia selindungkan walaupun terpaksa membanting tulang turun kesawah..Dulu aku tak pernah menghargai pengorbanannya..Aku sering alpa dengan zaman kanak2 dan remajaku..


Rindu padanya..Masih lagi terngiang2 suaranya ditelinga memanggilku kakak..lidahku masih lagi terasa keenakkan masakannya. Tatkala syawal menjelma..masih lagi teringat lazatnya ketupat yang dia masak ..Memang tiada tolak bandingnya..tiada siapa pun didunia ini yang dapat menandinginya. Kami adik beradik pasti mempunyai pakaian baru tanpa aku tahu dari mana datangnya wang untuk membeli segala kelengkapan lebaran. Begitu agung kasih dia untuk anak2nya.. Aku pasti akan merinduinya setiap tahun bila berkumandang takbir raya...Dan berharap dia sentiasa tenang di sana..


Rindu padanya..Dulu..aku sering saja membuat hal sendiri, memikirkan kepentingan diriku semata, mementingkan hiburanku saja..Aku tak pernah mengambil tahu bagaimana isi hatinya, bagaimana susah dan peritnya dia hendak mencari sesuap nasi untuk kami, bagaimana barang kemasnya sering saja menjengah di pajak gadai semata2 nak membesarkan dan menyekolahkan aku, abang dan adik2ku..sering saja aku tertanya bagaimana setianya dia melayan kerenah suaminya yang hari2 mahukan kari sebagai menu hidangan..bagaimana dia menjadi begitu penyabar ketika aku sering membentak kerana kari bukan makanan kegemaranku..Aku begitu terpesona dengan sifat2nya itu..


Rindu padanya..Begitu banyak dan tak mampu aku hitung pengorbanannya mendidik menjadikan aku seorang insan hingga mampu berpijak di bumi Allah sehingga kini..Kekentalan hatinya menjadi sumber inspirasiku..Walaupun aku tak mampu untuk menjadi seteguh dia..Aku amat bangga dengannya..Walaupun dia telah meninggalkan aku buat selama-lamanya...Membiarkan aku adik beradik hidup sendiri tanpanya..Membiarkan kami belajar berdikari tanpa perlu bantuannya..Meninggalkan aku untuk bertemu penciptanya..Masih terbayang raut wajahnya di ruang ingatanku...


Rindu padanya..Hari ini..aku sudah pun punyai keluarga sendiri..Dulu waktu aku kecil, aku tak tak faham erti kesusahan..Aku hanya fahami erti kegembiraan..Aku tak kenal erti kepayahan..aku cuma mengenal erti kesenangan.Kini aku fahami. kini aku mengerti...kini aku sudah ketahui..kini aku dapat selami..Tapi sudah terlewat kerana dia telah pergi meninggalkan aku..Tak sempat hendak aku balas segala jasa dan pengorbanannya..Tak sempat aku menuruti semua kehendaknya..Tak sempat dia melihat cucunya membesar..tak sempat dia mendengar anakku memanggilnya dengan panggilan maktok..Tak sempat melihat adik2ku ke gerbang perkahwinan..Tak sempat mengenali bakal2 menantunya yang lain..Doaku sentiasa mengiringi kebahagiaannya disana..Insyaallah SYURGA YANG ABADI...


* Al-Fatihah untuk ibuku aruahyarhamah Rodziah Ibrahim..Juga Al- Fatihah untuk aruah bapaku Othman Yusof..Semoga roh mereka ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman dan soleh..Amin..
  

1 comment:

  1. Huhuhu... PK. Napa you buat I cry, cry pagi Jumaat yang indah ni?

    ReplyDelete

Komen tanpa nampak kejanggalan ok!