Pixajoy

Thursday, June 13, 2019

Shopping Raya 2019



Kisah shopping raya kena tempek gak baru meriah. Tahun ni bersederhana sangat apa pun tak beli. Belikan kasut raya anak-anak dan tudung raya ibu je. Nasib baju aku, baju melayu en suami dan Aryan dah hantar tailor awal, kalau tak recycle je la apa baju yang ada. Ekonomi teruk plus roadtax insurance nak renew, sebelum raya kereta buat hal lagi, so bertabahlah ibu baju raya sepasang je, tudung raya 3 helai, tu pun RM 10. Hahaha


Afia ikut Kak Na shopping raya Penang

Dua hari sebelum raya Kak Na ajak lukis inai, kemain melaram la dia. 

Selagi tak raya sambung shopping uptown pulak. Sempat la dia paw Kak Na beg raya  pastu Kak Na bagi lipstik pulak mulut merah melaram sakan beraya.

Wefie sebelum shopping

Mulanya kami ke Amanjaya Mall tapi takda apa menarik terus ke Parkson beli kasut raya. Pastu beli baju raya Afia dan tudung ibu dekat Tesco. 

Layan budak-budak ni main game, janji tak mintak ibu tukar token sudah. Haha

Ehh tudung raya ibu 4 helai la. Lupa plak ada beli online sedondon HK dengan Kak Pia. Hahaha

Untuk Aiman dan abah tak beli pun baju raya casual, kain pelikat pun tak sempat nak beli dah abah depa busy sangat kerja, pakai je yang lama.kiki






Iftar With Family



Kisah 19 Ramadan, last minute plan adik beradik kumpul berbuka sama-sama dikampung. Lagipun dah lama gila kot kami tak balik Penang. Kebetulan duty habis pagi,  adik-adik aku pun on nak iftar sama, kami tidur semalam je kat kampung. 

Pose sebelum bertolak balik kampung

Pic ibu semua tak elok tapi tempek je la bukti dah lost 7kg. Sebelum raya overall 2 month diet ibu lost 8kg. Raya naik 2kg. Dah kembali ke pangkal jalan ni turun dah 1kg balik.haha

Wefie gedik sama anak dara 

Depa masing-masing ada anak kecik nak masak reramai susah so kita buat pot luck. Aruah abang dah takda tinggal la kami 4 beradik.

Berkumpul pun tak pernah ingat nak snap pic 4 beradik ya. 

Alhamdulillah menu berbuka masak sorang sikit.

Tembikai Pak Su Saleh beli. Puding Sumi dengan Apom Susu mangkaq tak jadi aku buat.haha Puding Triffle Mak Ndak depa buat lupa nak snap aku melantak punya banyak lupa diet.

Nala lama tak jumpa Saffiyah. Asal kami balik kampung depa balik Terengganu. Besar dah, comel gila geram je kat budak ni tau.  

Sakan la bergambar,  raya mesti tak jumpa punya tiap tahun Saffiyah raya Ganu. 

Pewaris cucu-cucu mak pak. Sedih mak pak tak dapat tengok cucu-cucu depa. Aiman sorang ja takda dalam gambar.  Ibu take over Huhu

Comel la hai twins, tapi kuat nangis.  Saffiyah nampak lebih berdikari, mula-mula takut orang pastu mesra kemain dengan kita. 

Balik rumah Kak Pia dok bunyi rindu twins Khaira Auliya dan Safiyyah. Over sangat minah tu. Ada rezeki nanti kita kumpul lagi. 

Ramadan terakhir kami balik Alor Setar pula berbuka disana. Acu Ecah dah balik raya Langkawi, ada Maktok, Wan, Acik dan anak-anak dia ja. 

Melaram sakan esok nak raya

Wefie lagi

Sibuk Adik nak tangkap gambar

Ibu dah nampak kurus sikit kan hahaha

En suami order ayam golek dan ikan bakar bawa berbuka kat sana. Acik depa masak sambal telur je untuk Wan, dengan ulam-ulaman. Menu malas nak snap segan la rumah mertua.hakhak

Mak buat ketupat jagung dengan pulut hitam. Menantu ni tolong tengok ja seperti selalu haha

Malam lepas berbuka kami bertolak balik SP semula. Aku kena duty pagi raya. Nanti sambung kisah raya. 





Tuesday, June 04, 2019

Kuih Raya 2019



Raya kali ni dapat 5 jenis kuih raya juga. Mula-mula nak buat sejenis, pastu jadi 3 pastu jadi 5..Nasib dah nak raya kalau tak mesti ada tambahan kuih lagi. Dia kalau tak mula buat memang malas, dah dapat mood jadi berhantu dan ketagih pulak.

Macam biasa setiap tahun buat yang simple ja, kuih yang anak-anak dan abah depa suka, buat untuk makan sendiri pastu bagi mak mertua dan adik kat kampung sikit. Ok mari tengok kuih apa je aku buat tahun ni.

Cornfalkes madu. 
Paling senang, paling sedap, paling cepat habis. Lepas buat sorok siap-siap kalau tak memang tak sempat raya. Haha

Samperit Susu Ceri. 
Ini wajib setiap tahun. Menghabiskan ceri tahun lepas. En suami paling suka. Siap suruh buat banyak adunan, pastu lepas raya suruh buat lagi,  tapi aku malas nak layan sangat.kiki

Popia Nestum. 
Budak suka la crunchy plus lemak manis. Aryan dengan Afia dok usung makan dah tak puasa. 

Batang Buruk @ Popia kacang hijau. 
Ternampak resepi mudah pakai kulit popia pastu teringin, buat la. Lepas buat menyesal pulak. Haha. Rasa dia memang sedap, tapi renyah kot 2 jam nak gulung kulit popia setengah bungkus. Nak sumbat abuk dia satu2, tak susah tapi makan masa. Stress aku nak habiskan pun. Nasib la Aiman tolong sama gulung kulit popia. 

Samperit Susu Choc Chips.
Adunan kedua. Memang kena lebih dari 1 adunan yang ni telan sebijik sebijik tak sedar beratus kalori dah merasuk badan.huhu

Kacang Bawang Putih.
Nampak resepi kat IG, pi kedai terus nampak kacang, macam kebetulan pulak suruh aku buat.haha. Yang ni makan tak boleh bawak bincang dah. Sedap gila! 





Thursday, May 09, 2019

Afia Imanina 6 Tahun



Pejam celik besar dah anak dara ibu. Tak puas lalui fasa golden age tapi kena terima hakikat yang ibu pun makin lama makin tua.  Jumaat lepas check up RSAT timbang berat Afia 21. 7 kg, Tinggi 114 cm, BMI 16.6. Alhamdulillah membesar sihat dan cerdik.

Mood baik tak payah ajar la dia pose. Hebatnya kamu.. Yakinnya kamu. Kan model!haha

Girls day out. Boleh jadi geng shopping ibu dah

Geng jogging ibu juga. Tapi sekarang susah dah nak jogging adik takda orang jaga, tukar jadi geng zumba ibu kat rumah.  

Kek buah ibu buat untuk harijadi tempohari. Sebab ibu diet kek buah je la lebih sihat dan berkhasiat. 

Sambut birthday dengan anak-anak mak mengasuh dia. Bulan Mei 4 orang sekali termasuk Afia

Tudung-tudung ibu zaman jahiliah dah boleh turun ke Afia. 


Aktiviti luar tengok wayang dengan cikgu. Kat sekolah dia macam pembantu cikgu dah tau, garang lebih dari cikgu.

Bulan puasa ni dah mula rajin solat, semangat belajar bangun sahur dan puasa.  Alhamdulillah pelan-pelan kita hafal bacaan dalam solat.

Kaki melaram. Ibu pi work muka bedak pun malas tempek, dia dok rumah pun lipstik merah terang.


Happy belated birthday Kak Pia. You glow as you grow.