Pixajoy

Saturday, December 15, 2018

DIY Scrub Muka



Sejak anak-anak dah makin besar ni, ibu banyak sikit masa untuk diri sendiri. Muka pun dah macam kusam terabai lama. Kulit aku ni pulak walaupun jenis takda masalah tapi cepat sunburn, rimas la tengok tona kulit muka tak sekata badan.

Nak membeli produk yang melimpah dipasaran sekarang sakit otak nak pilih.  Aku pun sejenis takut merkuri racun semua, so marilah kita rajinkan diri DIY dijamin selamat tanpa was-was.

Scrub muka yang aku buat ni cuma guna bahan yang sedia ada kat dapur, jimat tak payah keluar modal, sesuai sangat untuk orang yang nak cantik tapi kemut macam aku. kehkeh.

Bahan-bahan DIY Srub muka :
Beras
Kunyit hidup or serbuk
Pes asam jawa

Sukatan tu agak-agak je la kan. Aku guna 1 pot kecil beras dengan seketul dua kunyit. 

Blend kering beras dan kunyit

Tekstur serbuk jangan terlalu kasar dan jangan terlalu halus, boleh simpan lama.  

Nak guna baru ambil ikut portion

Kacau rata dengan pes asam jawa, siap untuk lulur wajah


Lepas gosok muka aku biarkan scrub kat muka sampai kering baru cuci.  Rasa sejuk asam jawa, best.. fresh sangat. Kulit muka jadi gebu lembut je lepas cuci. Kebaikan skrub ni boleh tanggalkan kulit mati, muluskan dan cerahkan kulit muka.  DIY skrub ni boleh guna untuk badan juga. Allah ciptakan semua tumbuhan untuk kita nikmati kebaikannya, so key word dia kena rajin tau!





Tuesday, December 11, 2018

Banjaran Titiwangsa - Kelantan - Terengganu - Pahang



Selasa, 27.11.2018

Bertolak kurang lebih pukul 8 pagi sarapan di Kuala Ketil, pastu singgah rumah pak sedara en suami sekejap,  baru kami mulakan perjalanan.

Model Kak Pia senyum manis. 

Wefie sat sama adik sado

Pertama kali kami guna jalan Grik Pantai Timur, 15 jam perjalanan yang panjang tapi best. Selalu lalu ikut highway kiri kanan hutan, ni sepanjang jalan kampung dan pantai. Orang kata jauh perjalanan luas permandangan, santai sungguh la...tak boring langsung!hehe 

Singgah kat Banjaran Titiwangsa haruslah snap picture kenangan. Allah..cantik sungguh ciptaanNYA.  

Wan suka bergambar


Tempek sekeping la walaupun gambar ni nampak macam aku gemuk gila. Padahal memang gemuk. hahaha


Abang Aiman je tak turun, tidur dalam kereta.

Antara tempat persinggahan 

Bukti masuk Kelantan. Kiki


Bukti sampai Terengganu.haha..

Singgah makan area Terengganu apa kedai ntah masakan panas-panas belasah ja la.

Koteaw celup. Sedap boleh tahan, sup dia macam lain dari yang lain. 

Nasi goreng bolehlah makan, portion tak banyak ada ikan bilis je RM 6 sepinggan.huhu

Berhenti beli keropok je kat sini. 

Aryan boleh tahan gak la buat perangai dalam kereta dah tak boleh nenen dah. Huhu

Baby tua merap maktok

Kami sampai Terengganu dah petang sangat. Tak sempat nak lepak pantai kena celup tepung. Mula-mula berkira-kira nak cari tempat penginapan tidur semalam dulu kat Terengganu, tapi driver kata ok nak teruskan perjalanan, next time Insyaallah ada rezeki kita mai holiday ganu. 

Sampai kawasan Petronas pun dah malam. Jakun sekejap tengok api,  siap berhenti tepi jalan tangkap gambar buat video. 

Tak nampak rupa Wan dah warna kulit pun gelap serupa.haha..

Alhamdulillah selamat sampai Pahang.


Pukul 11 lebih tengah malam sampai Pekan. Bermalam sehari je kat rumah adik ipar sebelum bertolak ke Johor. Nantia sambung kisah Johor.







Saturday, November 24, 2018

Resepi Oden Mudah & Sedap



Oden ni kan sekarang tengah in sangat. Mula-mula aku pun macam jakun apa benda la Oden yang depa dok gila sangat. Rupanya makanan jepun  yang didalamnya terdapat berbagai bahan yang direbus di dalam kuah.

Yang dijual kat family mart tu depa cucuk-cucuk kan.. Kita buat kat rumah kasi rebus je semua settle! Aku adjust sikit resepi asal yang aku google untuk rasa yang lebih umphh.  Let's check the receipe.


Resepi Oden

1 peket tomyam Adabi
2 peket asam laksa Adabi
Sedikit rempah cili ( bawang merah + bawang putih + halia + cili kering + ikan bilis,  blend semua ) 
Sedikit sos cili
Garam dan gula secukupnya
Campuran bahan steamboat ikut kesukaan

Cara - Cara

Masukkan air secukupnya dalam kuali pastu masuk semua bahan hingga mendidih kemudian masukkan bahan steamboat macam fish ball, fish cake, crab ball etc.  


Ni cara aku la sebab kat rumah memang sentiasa ada rempah cili siap blend dalam peti ais. Sos cili sebagai penambah perisa. Kalau nak skip dua ni pun boleh ikut suka la. 

Tauhu goreng, sayur dan telur aku rebus asing. 

Celur mee makan dengan mee la baru kenyang. Kita orang Malaysia.Hehe.. 

Ni kali kedua aku buat malam tadi makan dengan bihun. 

Pertama kali aku buat aku guna 2 peket tomyam dan 1 peket asam laksa.. Kali kedua 1 peket tomyam dan 2 peket asam laksa. Dua2 pun sedap. En suami dan anak-anak pun suka.  Hangpa must try! 






Friday, November 23, 2018

Graduasi Prasekolah Afia



Ok sebelum ibu naik lemau laju-laju ibu update kisah Hari Graduasi Afia. Ahad lepas 18 hb majlis berlangsung. Gambar dan frame dah terima awal, excited kemain kalut minta ibu tanggalkan gambar abang dia suruh boh frame gambar baju konvo dia.

So cute..Ibu letak sebelah la buat apa turunkan gambar Abang Aiman, abang pun comel jugak. kiki

Hari graduasi ibu pergi berdua je dengan Afia. Adik Aryan hantar mak pengasuh Abah dan abang Aiman pi berniaga. Mulanya ibu ingat 5 tahun takda graduasi, rupanya sijil bagi untuk semua, terpaksa la ibu tukar duty dengan kawan.  Tahun depan Insyaallah ibu pastikan abah semua attend, adik dah besar sikit takda la buat perangai kot, Abang Aiman pun tahun depan Graduasi Tahun 6.

Ibu dok ralit kat belakang dengar nama Afia yang pertama di sebut, kelam kabut ibu kedepan dapat snap dari jauh je.huhu

Sengihan dia tu nampak happy sangat kan.

Cara terkejut snap laguni ja ada. Letak nama anak mula huruf A nak anak dok depan tapi ibu pulak lambat sebab dah biasa dengan kelajuan N. Hahaha

Lepas turun pentas Afia terlibat persembahan lagu Cikgu, tukar lirik dari lagu Aisyah. 

Awat senyum ketap bibir camtu Kak Pia oii

Line up sebelum persembahan

Rabu sebelumnya Afia tak sekolah kami balik kampung ada kematian, pastu hari Khamis pun tak pergi sekolah dia blur sikit nyanyi tak tau gaya yang cikgu ajar. hehe

Mana nmpk kamera situ dia peace. 

Mula kawan tepuk tangan Afia blur pastu nasib dia pandai ikut kawan buat. 

Walaupun simple performance,  Afia seronok siap minta nak buat persembahan lagi. 

DIY chocholate bouquet ibu pulun buat dengan bahan apa adanya. Nak bagi Afia happy je. 

Snap kat sini sebelum balik. Dah sampai rumah baru perasan tulisan tu untuk Tahun 6. Hahaha balik tak tahan nak gelak plus malu pun ada. Pulun ibu pun tunggu nak bergambar kat sini dengan bouquet. 

Sebelum balik snap sekali lagi kt kantin. Nanti tua Kak Pia boleh tengok

Wefie anak beranak satooo!!! 

Tak sabaq nak makan coklat tu tak dan nak balik rumah dah. 

Selesai 1 tahun. Tahun depan setahun lagi Afia di Pra sekolah. 

Rezeki graduasi sampai rumah tak sabar terus buat worksheet book pastu rasmi colour pencil dia. 

Alhamdulillah sepanjang setahun di Pra banyak sangat perubahan dan peningkatan Afia berbanding dari awal tahun. Tahun depan mulakan persekolahan dengan semangat baru. Moga makin rajin, teruskan usaha dan kekalkan momentum.