Pixajoy

Thursday, November 08, 2012

Hak Menamakan Anak Baru Lahir


Salam bahagia,

Seperti yang kita sedia maklum, kita dikehendaki menamakan bayi yang baru lahir dengan nama yang baik pada hari ketujuh kerana nama itu sendiri merupakan doa. Pilihlah nama yang indah maksudnya dan mempunyai makna yang baik disisi Islam. Berdoalah kepada Allah agar nama yang dipilih memberikan rahmat dan keberkatan kepada anak yang baru lahir.

Terdetik untuk berkongsi apa yang aku baca kerana ramai diantara kita sering keliru tentang hak memberi nama pada anak. Aku akui aku pun kurang arif yang sebenarnya dalam Islam, hak memberikan nama anak terletak pada tangan suami sehinggalah aku terbaca satu artikel.

Ala tomey-tomey..

Kekeliruan sering timbul dimana ibu atau keluarga yang lain menganggap mereka berhak menamakan bayi yang baru lahir walhal hak menamakan bayi adalah terletak pada bapanya sahaja. Ini kerana setiap dosa yang dilakukan oleh anak ditanggung oleh bapanya, bukan ibu atau ahli keluarga yang lain. 

* Baru berangan nak carikan nama baby.huhu 



Wednesday, November 07, 2012

Aiman dan Kawan-Kawan Tadika



Aiman dah start cuti sekolah hujung bulan lepas. Entri ni cuma nak abadikan kenangan Aiman bersama kawan-kawan tabikanya. 


Yang paling tengah tu Cikgu Ilah. Aku pernah cerita sebelum ni yang cikgu Ilah ni adalah cikgu en suami dulu dan sekarang cikgu Aiman pulak. What a small world! Sebelah kiri cikgu Ilah tu Mak Chaq, pembantu yang sangat lemah lembut dan suka tersenyum. Cikgu baru yang comel sebelah kiri Cikgu Ilah serius aku tak tau nama. Bila tanya Aiman, cikgu siapa nama dia pun cakap tak tau.hiks..

Cari sendiri ye mana satu Aiman..:)




Sunday, November 04, 2012

Anak Kencing Malam



Entri serius. Untuk tips atasi anak kencing malam sila google sendiri.hehe..



Kencing malam, atau istilah perubatannya “enurisis” adalah perkara normal bagi kanak-kanak. Kebiasaannya kanak-kanak selepas berumur 5 atau 6 tahun akan berhenti kencing malam. Terdapat juga kajian yang menunjukkan 10% -15% daripada kanak-kanak yang berumur 5-12 tahun masih terus kencing malam walau pun telah disahkan dari segi perubatan tidak mempunyai masalah dengan buah pinggang.
Di Malaysia, kajian menunjukkan lebih kurang 6.2% daripada kanak-kanak yang berumur 7-12 tahun masih lagi tidak dapat menghentikan tabiat kencing malam. Aiman salah seorang daripadanya. Beliau berumur 5 tahun. Disebabkan inilah ibunya kadang-kadang bertukar jadi hantu kak limah.haha

Bagi aku masalah kencing malam merupakan penyakit yang memerlukan pemerhatian serius juga kalau ianya berlarutan apabila budak tersebut sudah mencapai tahap umur 12 tahun keatas. Sejarahnya, bapa saudara en suami ada penyakit kencing malam. Adik bongsu en suami juga mewarisi masalah kencing malam ni. Aku cuma risau Aiman mengikut jejak langkah mereka. Benarkah kencing malam adalah salah satu cabang penyakit keturunan?hiks..

Kalau nak kata Aiman ada penyakit kencing malam, dia tidaklah kerap kencing malah kadang-kadang sampai berbulan lamanya baru dia terkencing atas tilam. Cuma bila keadaan cuaca hujan dan sejuk seperti sekarang dia kerap juga terbabas. Kalau tak dikejutkan untuk buang air waktu malam, memang comfirm dia kencing terutama bila banyak minum.

Kata artikel yang aku baca, kencing malam adalah masalah biasa dalam kalangan berjuta-juta kanak-kanak di seluruh dunia kerana dianggarkan satu daripada lima kanak-kanak (20 peratus) mengalami masalah kencing malam. Biasanya masalah ini hilang sendiri apabila anak semakin besar.

Mungkinlah benda ni perkara biasa bagi budak sebaya Aiman. Apa pun kena tunggu dia besar lagi nak tengok sama ada dia masih kencing malam ke tidak. Korang ada pengalaman anak kencing malam tak macam si Aiman?


*Aruah atok en suami boleh urutkan orang kencing malam. Adik en suami dulu atok yang ubatkan. Alhamdulillah lepas tu dah tak kencing malam lagi. 



Saturday, November 03, 2012

16 Week Already!



Salam bahagia,

Pejam celik tinggal lebih kurang dua bulan lagi untuk berganjak ke tahun baru. Bak kata en suami, setahun sekarang ni terasa macam 6 bulan jer! Alhamdulillah morning sickness dah semakin berkurangan. Rasa macam nak rajin update semula. What say u?hehe..





Yeay! baby dah 16minggu! Tempohari masa scan sangat seronok tengok baby, teruja betul tengok denyutan jantungnya. Dah 5 tahun kan tak menikmati keindahan perasaan macam ni.hiks.. Tak sabar rasanya nak tunggu baby kick supaya boleh tunjuk ke abang Aiman. Sekarang pun abang Aiman dah pandai sembang dengan baby. Banyak je dia berlakon macam baby boleh dengar. haha..Insyaallah 4minggu je lagi baby dah boleh dengar suara abang.


Walaupun pregnant kali ni kena detect diabetis lagi dan terpaksa berulang alik untuk check bsp, doctor appointment and so on, syukur semuanya masih under control. Doakan semoga dipermudahkan sehingga bersalin nanti. Ameen..Nanti update lagi. Nak blogwalking ala siput khinzir dulu. Almaklumlah baru nak panas enjin. Bye!