Pixajoy

Friday, February 10, 2017

Pertemuan Yang Tak Di jangka



Betul la kan yang dunia ni kecik je. Haritu masa pergi Gua Musang kebetulan nak jadi rezeki dapat jumpa rakan blogger kita MP @ Kak Ina. Sayangnya sekarang MP dah tak aktif berblog. Kami memang sentiasa mengikuti perkembangan memasing di facebook dan Instagram. MP aktif update di laman sosial.

Happy terkejut terharu semua bergabung. Siapa sangka rupanya berjiran 1 malam dengan MP. Homestay yang kami duduk tu bersebelahan rumah MP. Tak sempat aku nak tawaf rumah MP yang gojes MP datang rumah ketuk pintu excited nak jumpa. Layankan ajelah muka tak mandi natural beauty aku ni.hahaha...

Sangat peramah, lembut dan cantik orangnya. Aku nampak macam lebih tua je kan dari Kak Ina.haha..

Siap buah tangan lagi tau. Rezeki Kelantan namanya ni. 


Malas nak cerita banyak..boleh baca ye macam mana detik pertemuan bermula.hehe..






Thursday, February 09, 2017

Pak Njang's Wedding



Ni kira penutup majlis perkahwinan adik beradik aku. Alhamdulillah semua dah dapat jodoh memasing. Pengantin perempuan asal orang Setiu tapi majlis dibuat di Gua Musang. So ke Kelantan la kami untuk majlis perkahwinan Pak Njang Aiman Afia Aryan.

Majlis simple je yang penting semua selamat, memudahkan kedua belah pihak.

Akad nikah - 27 Januari 2017
Majlis - 28 Januari 2017


Hantaran pun simple bangat

Pengantin bergambar di photobooth comel.

Afia bad mood nak berkepit je dengan Pak Njang


Dia merap Pak njang dia sungguh. Nak mandi dengan Pak Njang, dera Pak Njang dukung sesaja.haha..


Adik Aryan yang super cool. Alhamdulillah dipermudahkan walaupun perjalanan jauh.

Rombongan PK dengan free stylenya.haha


Kami bertolak Jumaat pagi..Sampai sana tengahari, nikahnya malam lepas Isyak. Afia demam sikit sebelum datang Kelantan lagi, tapi dia kalau jalan ada orang layan makin menjadi la perangai.

Sakan posing dengan abang dan kakak sepupu. Kalau ibu nak snap minta posing meradang. APTB.hahaha..





Alhamdulillah selesai dengan sekali lafaz.





Balik dari Kelantan kami terus holiday Langkawi bawa sekali pengantin jalan-jalan. Nanti sambung entry Langkawi. Balik dari Langkawi tu kita adakan sedikit majlis untuk sambut pengantin plus tahlil arwah abang. Cerita tentang pemergian Abang nanti aku cerita kalau ada kesempatan. Banyak perkara terjadi lately tak mampu nak rangkum banyak cerita dalam 1 entry. Update pun dah kelaut.huhu..

Kita buat kecik2 jugak rewang orang2 kampung rela hati nak tolong masak. Air tangan orang kampung sedap tapi menunya tak sempat nak snap kalut sangat. Maklum sajalah aku ni tuan rumah.kiki..



Snap anaknda bertiga sebelum bertolak balik SP semula setelah dua minggu bercuti sakan. Kita pulang kesarang bisnes bundle ibu dah melambai.haha..












Thursday, February 02, 2017

Jalan - Jalan Cameron Part 3



Last part dah ni. Bersajak nak habiskan entry CH, tu pun pulun nak buat sampai 3 part.haha..

Kalau ke Cameron macam dah jadi trademark kan mesti pekena steamboat. Hari hujan nak pergi jauh takut parking kereta kena curi so hadap ajelah kedai makan kat bawah hotel. Banyak restoren cina cuma ada satu ni je melayu, kita belasah saja janji kenyang.

Steamboat pun tak ada pilihan, dia buat siap set.





Sebelum steamboat sampai memasing dah kena nasi goreng sorang sepinggan, teruk jugaklah nak habiskan set ni. Boleh tahan banyak.kiki


Malam tu lepas makan pulun beli payung hujan renyai kami jalan kaki ke Pasar Malam Brinchang. Sempat la grab sikit barang pastu balik bilik tidur. Esok paginya ingat nak ke Big Red Farm dan Mardi tapi anak-anak dah mula muntah cirit birit keracunan makanan sekali dengan abah depa semua tak sihat. Singgah S Corner sekejap beli cendawan dan strawberi pastu terus tolak balik.


Muka keletihan anak-anak. Sadis percutian kali ni sebab keracunan. Dok suspect sebab steamboat tapi sebelum tu dari balik Pangkor lagi Afia dah mula cirit birit tak tahu la apa punca. 1 tempat tak sempat pergi. Nampak gayanya dalam masa terdekat ni kena repeat datang Cameron lagi.huhu









Sunday, January 22, 2017

Hotel Emereld Inn Cameron Highlands



Sebelum ke CH aku ada juga cuba goggle hotel budget untuk penginapan kami. Memang planning kali ni nak tidur semalam rasa suasana sejuk Cameron. Dapat contact number Emereld Inn dekat 1 blog review yang hotel ni murah dan ok so cubalah call. Malas dah kan nak fikir banyak pasal hotel kira redha ajelah nak tidur kejap je pun. Cameron ni tempatnya dah tak payah fikir air cond dah kan.

Suasana dari atas tempat penginapan. Betul-betul tengah pekan Brinchang. Tak jauh dengan pasar malam.

Dah siap nak keluar makan petang tu hujan. Ibu dengan Aryan dah malas nak keluar so abah, Aiman dan Afia tapaukan ibu makan je.




Katil double dua RM 130 kalau tak salah aku. Bengang jugak en suami kata masa call cakap harga ni pastu dah sampai nak upkan harga bilik. Kalau betul dia up memang kami cari hotel lain.huhu..


Nak kata selesa tu tak la tapi bolehlah dah namanya hotel budget. Bilik agak berhabuk je tu yang aku tak tahan.



Bilik air kategori nak kata kotor pun tak, bersih sangat pun tak..hahaha


Sebelum check out pulun selfie anak beranak modal masuk blog. Temanya tak mau bagi lupa nama hotel je. Bukan ada motif lain.hiks