Pixajoy

Friday, October 30, 2015

Komuter Kini Di Utara



Mula dibuka pada 11.9.2015, aku baru je tahu beberapa hari ni.  Ni pun opismate yang bagi info. Bas je dah bertahun tak naik kan..Takat ETS tu tahulah, yang komuter ni tobat tak tau.

Aku punya teruja tahu yang SP pun ada perkhidmatan komuter, dan dan google cari maklumat terus wasap jadual perjalanan ke en suami. Bukan apa, dah berhasrat nak bawa anaknda berdua rasai pengalaman naik komuter. Nak tunggu abah depa bawak pi KL tu taktau bila la kan.hehe..


Aiman kira bertuah juga masa dok Johor dulu dia dah pernah rasai pengalaman naik bas, keretapi, komuter dan lrt. Tu pun mungkin dia dah lupa sebab masa tu kecik lagi. Yang Afia ni je kalau tak bawa memang tak merasa kot. Naik bas je tak pernah.huhu..

Perkhidmatan ni aku rasa antara pilihan yang sangat efisyen buat yang berulang alik ke tempat kerja setiap hari. Harga pun berganda murah dari bas. Yang penting no traffic jam. Boleh relex lagi dalam train baca buku bukak facebook update blog sapa takmau.


Harga tiket Sungai Petani ke Butterworth baru RM 3.60. Warga emas dan kanak-kanak bawah 4 tahun less 50%. Murah sangat kan..Nanti ibu abah bawa Aiman Afia naik komuter ya! Lagi best sebenarnya kalau plan terus jalan-jalan naik feri naik bas ke Penang mengimbau kenangan zaman ibu abah bercinta.hehe

Jom kita pakat naik!











Thursday, October 29, 2015

Aktiviti Memasak



Hari ni malas nak menaip. Bagi gambar je boleh?





"Jadikan aktiviti memasak dan ruang dapur sebagai ruang mendidik"










Wednesday, October 28, 2015

Merangsang Deria Anak : Deria Rasa & Deria Bau



Malam tersebut ibu tengah masak kat dapur, abang Aiman tengah mandi, rupanya Afia bersensory play kat ruang tamu. Dia pi godeh bubur asyura pakai tangan habis kotor karpet. Pastu bila ibu pi tengok, dengan muka tak bersalah datang tunjuk tangan. Tak jadi nak marah bila fikir yang Afia lagi brilliant buat aktiviti merangsang deria sentuhan tanpa disuruh.haha..


Ok iklan je tu. Mari cerita pasal eksperimen yang ibu buat bersama anaknda berdua. Ni bahan yang digunakan.


Untuk deria rasa ibu guna gula, garam, serbuk koko dan limau kasturi. Aksi Afia bila bereskperimen dengan 4 rasa ni.

Gula - Suka la kan manis..sebelum ni dia memang dah biasa dengan rasa manis. Siap minta lagi dan lagi.

Garam - Menggelupur masin ok, dia ingat yang garam ni gula.haha Pertama kali bagi Afia rasa the real salt. Baru dia tau masin tu apa kan.

Limau - Afia tahu macam mana rasa masam of course sebab selalu minta rasa air detox ibu. Ni pun punya mengada buat aksi guling-guling konon masam sangat.

Serbuk koko - Afia rasa dan buat aksi nak muntah. Cepat-cepat ibu bagi air. Pastu kena explain ni rasanya pahit. Dia ingat sedap macam serbuk milo ke ambik rasa punya banyak.



Untuk deria bau boleh je guna apa benda berbau macam bunga, rempah ratus, makanan, buah-buahan dan sebagainya. Kali ni ibu pakai barang yang ada kat dapur, daun limau purut, cinnamon dan daun kari.


Afia punya kerja dia ambik titi pastu bagi titi sekali buat aktiviti merangsang deria. Daun limau purut letak kat hidung lion pastu limau pun dia perah air letak kat tangan titi, masuk dalam mulut titi sama macam ibu buat. Clever sangat kan. Abang pun rajin melayan. Lagi parah masa ibu dengan abang dok baca kisah nabi dia sambung buat aktiviti sensory play. Dua kali dah anak oii salin baju.huhu..



Apa pun kami happy dan enjoy buat aktiviti ni. Korang pun try la buat eksperimen camni dengan anak-anak. It must be so much fun more than you expect.







Tuesday, October 27, 2015

Santai Pantai Merdeka



Nak masuk 5 tahun dah kot kami menetap dekat SP, ni kira baru kali kedua jejak kaki ke Pantai Merdeka. Biasanya macam ni la kan.. tempat yang jauh kita nampak, yang dekat tak excited nak pergi walhal Kedah ni pun banyak lagi tempat aku belum jejak. Gunung Jerai pun tak pernah naik lagi tau, sedih kan.hahaha..

Kami pergi memang dah agak petang. Hari Jumaat pun tengok tak ramai sangat orang mungkin faktor jerebu. Biasanya hari cuti memang sesak dengan umat manusia. Sekarang Pantai Merdeka dah ada ekspo gerai jualan. Macam-macam ada daripada makanan minuman sampai ke pakaian, mainan, cenderamata. Semua harga murah la bagi aku. Dah macam mini Padang Besar dah.




Kami cuma jalan-jalan cuci mata. Mujur anaknda berdua behave tak mintak toys yang bukan-bukan. Terpegun jugak tengok budak-budak ni tengok, pandang dan pegang mainan pastu bila kata tak payah beli  depa tak membantah. Kalau Aiman tu memang sedia maklum dia takkan berani mintak nak beli mainan kalau abah dia tak bagi green light. Afia pun bila kita cakap toys ni tak juai..nanti jalan dulu kita tengok lagi kat depan ada banyak lagi..dia ikut je arahan sampai kesudah tak beli apa.hahaha..

Depa cuma demand nak main dalam tempat belon ni. RM3 per person tapi en suami minta RM5 je untuk Aiman Afia.hehe..





Main kejap sangat Afia dah melalak takut. Rugi je anak oii tadi nak masuk macam excited sangat. Yang abah depa ni pun dah tau anak takut lagi diusiknya. Kesian Cik Pia kena buli dengan abah.


Dah lewat petang so tak pusing ke mana sangat, budak-budak ni pun tak sempat main kat playground. Ikutkan en suami nak terus balik tapi isteri dia ni mengada sangat ajak kena ABC dulu. Nin dia ABC special mujur tak order dua. Satu ni pun bersajak tiga beranak nak habiskan. Udang 1kg pun tak sempat hadam lagi kan.huhu..





Sedap ABC dia halus je tekstur. Boleh mintak add on air gula dan susu tanpa tambahan charge. Petang yang sangat happy untuk kami, yang penting dapat gembirakan anak-anak.