Pixajoy

Thursday, September 17, 2015

Anaknda Berdua Hari Ini



Tempohari Aiman ada cerita yang cikgu datang bagi markah untuk kelas. Ada pertandingan menghias kelas rupanya. Tadi ibu ambik dari sekolah dia tunjuk sampul ni dalamnya ada duit.


Owhh ingatkan Aiman menang pertandingan rupanya kelas Aiman yang menang.huhu. Hari ni kan hari terakhir sekolah sebelum cuti raya. Aiman tak jumpa guru kelas nak beri cikgu duit kemenangan, so kenalah simpan dulu. Kata Aiman "ntah-ntah cikgu bagi Aiman apa duit ni..." Awak tu ketua kelas je kot takdanya cikgu nak bagi. Amanah orang kena jaga!


Gambar ni pulak mak pengasuh Afia whatsapp ke ibu masa ibu kerja.


Terkejut tengok alolo comelnya anak ibu pandai sungguh buat macam-macam gaya. Mak kata sibuk sangat nak pakai baju dan tudung kakak. Lepas tu suruh snap gambar dia. Kakak minta buat gaya begitu begini tapi dia lagi pandai pose.hihi..Kalau kerumah mak berselera makan itu ini dari pagi. Geram sungguh perangai kat rumah takmau makan, minta nenen je tahu baby tua ni!










Lost World Of Tambun : Waterpark



Ni part yang paling best la kalau ke Theme Park. Berendam berkubang paling ditunggu oleh anaknda berdua. Lepas dah tawaf hampir keseluruhan tempat baru kami pergi salin baju untuk mandi. 

Mula masuk ke Lost World kita dah boleh nampak waterpark terbentang luas.


Tak ada acara naik slide ke apa benda sebab kami cuma lepak kat kawasan kanak-kanak. So aku nak cerita pasal pelampung kena sewa ke apa benda aku memang tak tau. Badan dah penat kot dah tak kuasa nak fikir banyak benda. Dari mula sampai kesudah dok melangut kat air cetek saja. Sungguh tak adventure.haha...


Pengalaman pertama Afia mandi dekat waterpark. Nampak tak kegembiraan di wajah anak dara.


Posing dengan Wan.


Abang Aiman dengan abah mai join.


Maktok pulak masuk.


One more..jangan ditanya kemana ibu. Dah namanya tak pandai selfie. Kena menuntut dengan mak jilap dulu la.hahaha..


Banyak oii gambar padahal dok berendam kat tempat sama je. Ni mana yang sempat aku upload. Layan!










Tengah berendam tengok jam dah pukul 2.30, Wan laju mengajak naik train. Train station ni terletak sebelah waterpark area Amusement Park. 


 Dengan baju basah kami menuju ke train.



Antara yang pertama naik train. Wefie sat muka natural beauty.hakhak..



Abang sadoku kontrol lubang hidung.


Cik pia memula elok je duduk depan dengan abah dan Wan.



Pastu nak kebelakang pulak dengan kami


Naik train baru best dapat ulang second round melawat kawasan. Tadi berjalan dah penat tak ingat pun nak cari mana letaknya zoo. Dalam train baru perasan lokasi zoo,alang-alang dah datang rugilah tak masuk. 

Turun train kami masuk Petting Zoo kejap sebelum sambung mandi manda. Next entry Petting Zoo..Yang ni last part ok!






Wednesday, September 16, 2015

Resepi Mudah Chicken Chop Sedap



Ni kira resepi termudah dan sedap. Aku dapat resepi dari seorang kawan. Kawan aku ni dah bagi resepi ni dekat seorang lagi kawan yang berniaga pastu resepi chicken chop yang dikongsi dah jadi salah satu menu digerai beliau.

Aku panjangkan lagi resepi ni kat sini. Semoga bermanfaat buat kita yang malas tapi nak makan sedap. Kalau macam gini punya senang pun malas lagi tak payah jadi orang.hehe...


Resepi Chicken Chop : Ayam dilumur dengan sedikit garam dan telur, tabur tepung gandum dan goreng hingga masak.

Resepi Kuah Lada hitam : Sos lada hitam dalam botol mengikut pilihan + baked beans + sedikit air. Masak semuanya atas api, tambah air mengikut kepekatan yang kita suka. Siap!








Tuesday, September 15, 2015

Lost World Of Tambun : Tin Valley & Adventure's Park



Dah selesai dengan Tiger Valley kami bergerak ke Tin Valley pula. Tempat ni membawa kita kembali meneroka bijih timah dah sejarahnya yang suatu masa dulu merupakan industri terpenting di Malaysia khususnya Ipoh. 

Anak-anak sila bersedia posing buat masuk blog ye. Model sado ibu baik punya bagi kerjasama.



Cik pia tetiba good mood mau join Abang Aiman jadi model ibu.


Pintu masuk Tin Valley.


Tunggu apa lagi moh kite masuk!


Kat dalam ni kita akan jumpa sebuah kafe yang gila punya cool dibina dekat bukit ke gua ni ye. Confuse pulak, aku geografi memang fail.haha..Kalau sesiapa nak pekena secawan kopi sambil masuk galeri dia memang dialu-alukan. Kami yang kemut ni tak pasai la nak singgah. Ambik gambar sambil lalu sudah.hehe..


Banyak boleh belajar tentang sejarah bijih timah. Baca jangan tak baca. Ibu dah puas baca zaman sekolah dulu. Sebab tu Sejarah A1.haha...


Eh nampak berminat sungguh anak bujang dengan bijih timah. Good boy!


Ada banyak patung gajah yang menghiasi Tin Valley. Gajah-gajah ni semua menjadi simbol sistem pengangkutan terpenting dalam industri biji timah suatu masa dahulu. 


Ibu dengan Aiman pulun panjat tangga naik atas gajah untuk bergambar. Sedihnya abah awak tak pro la Aiman, gambar serupa ni je mampu beliau snap.haha


Dah tu ada pulak gambar poyo beliau selfie. Tenggelam Aiman dengan ibu kat belakang.hakhak


Kita boleh juga rasai sendiri pengalaman mendulang bijih timah. Kalau dah siap pakai baju mandi mau gak la randuk dalam ayaq untuk bergambar. Ni pakai baju lawa kot. Aku snap gambar curi je la satu famili India tengah mendulang.hehe



Adventures Park terletak bersebelahan Tin Valley. Tempat ni sesuai untuk orang yang jiwanya lasak. Nak buat team building memang port paling sesuai. Kat hujung park siap ada tasik untuk berkayak.


Kami masuk kejap je tu pun sekerat jalan tengok mat saleh dok hiking tak jauh dari main entrance. Antara aktiviti yang boleh dilakukan seperti kat bawah. Zoom pun belum tentu nampak.kiki


Masa pusing dengan train baru driver train bawak sampai ke hujung Adventure's Park. Sempat la aku snap bagai sekeping dua lagi gambar.



Lepas ni entry aktiviti berkubang di Waterpark. Yuhuu..Hadap je la update kisah di Lost World selagi tak habis.hehe..