Tuesday, March 10, 2015
Cik Pia Kesayangan Ramai
Alhamdulillah Afia dapat famili pengasuh yang sangat sayangkan dia. Sebelum ni masa Aiman, aku berdepan pelbagai ragam pengasuh yang semuanya tak bagus untuk tumbesaran. Nak cerita macam hati sakit. Trauma 6 tahun lamanya nak bagi Aiman adik pun. Macam tak berapa kukuh alasan.huhu..
Afia tak pernah langsung buat drama ke rumah pengasuh. Dulu masa newborn ada sekali dua nangis masa hantar. Normal rasanya kalau dah lama tak hantar dia buat peel. Anak-anak pengasuh semua rajin melayan dia. Kalau ditanya mana Kak Yani, mana Kak Syifa, mana Abang Wan and so on dia dah boleh tunjuk dan kenal pasti setiap seorang mengikut nama. Syukur Afia dijaga sebuah famili besar dengan penuh kasih sayang.
Selain famili pengasuh, kalau ke kedai ada saja habuan untuk si bambam. Kadang dapat roti, dapat kek, dapat jajan (yang ni tak berapa digalakkan.huhu). Ni gambar tempohari dapat mainan dan vitagen makcik kedai bagi.
Ibu tengah membeli dikedai sebelah, tok kedai sebelah lagi tolong jagakan siap upah. Kalau nampak ibu bawak Afia mesti tok ambik dukung bawak ke kedai. Kemain dia duduk dikerusi sebelah kaunter. Selalunya tok kedai ni dan kedai sebelah yang dok bagi dia macam-macam. Depa kata geram, Afia comel!
"Aceh.." kata Afia. Semoga murah rezeki makcik-makcik yang dok selalu murahkan rezeki cik pia. Ameen!
Monday, March 09, 2015
Letter B
Patutnya dari semalam dah mula letter C, tapi sibuk sikit kan semalam pun kerja. Baik punya bagi alasan padahal baru dua huruf dah mula lemau. Macam mana nak habiskan sampai z ni?hahaha...
Last week masa mula dengan huruf B ni kenapa entah marah betul Afia. Dia macam tak nak move to another alphabet ja. Tak habis dengan A dia walau ibu tunjuk huruf B dia masih sebut A. Buat lawak sungguh cik pia! Tak lama pastu baru OK..dah pandai sebut B dengan jelas tanpa pelat.
Ni huruf B yang ibu buat untuk lekat sebelah A dekat dinding, ada flower lagi! nampak sangat tangkap muat.haha..
Cara yang sama ibu guna untuk A, sentiasa tunjukkan soft blocks abang Aiman dulu pastu minta Afia sebut B! Selain tu punya semangat Afia dok sebut B for Ball sampai terkoyak dah flash card B dia kerjakan. Ada video yang sempat Abah rakam Afia sebut ball, ibu dah download di YouTube tapi tak reti nak copy letak dekat entry ni. Lece betul kalau buta gadget ni kan.hakhak..
Haritu ibu buat pizza sekaligus ibu bentukkan doh jadi huruf B. Dalam dok kalut sesambil pantau abang Aiman buat worksheet book, end up kempis pulak telinga B yang dibawah. Janji nampak macam huruf B ye.kahkah...
Yang ni Afia tengah lapar sangat, tak sempat nak studi B dah dengan lahapnya dia kutip makan sosej. haha..Pizza kosong sama cheese sikit dan white peppers ja! Huruf C ibu dah buat, tinggal nak deko dan kaler ja. Paling lewat pun malam ni kita start. Harini ibu kerja office hour balik nanti mesti nak lepak-lepak lepaskan lelah dulu. Sejak musim panas ni dah lama tak bawak Afia ke playground. Jalan kat rumah mak pengasuh je la.
Kek Harijadi Untuk Birthday Man
Sambutan hari lahir bukan keutamaan pada en suami. Sempena harijadi, lagi baik sembahyang, baca Quran dan doa! Begitu katanya menusuk ke kalbu. hehe. Tapi kan isteri mana tak sayang suami. Selain doa yang tak pernah lupa dikirim setiap hari, nak juga tambah sesuatu yang istimewa untuk beliau. Setahun sekali je kot!
Kerana rasa sayang itulah aku dengan semangatnya buat kek untuk birthday man. Pukul 2 pagi baru siap ok. Berpeluh keringat konon nak kek yang grand, berlayer bagai. Hasilnya memang comot gila dan hampir-hampir nak jahanam aku kerjakan.hakhak..
Aku ambik risiko cuba resepi kek coklat yang tak pernah aku buat sebelum ni. Coklat ganache untuk topping pun aku google semua. Lapisan keju aku guna resepi cream cheese frosting. Memang main ambik je resepi cacamerba ikut kesesuaian jiwa. Walaupun comot selekeh tahap langit ketujuh, percayalah yang ini kek tersedap aku pernah baking.
Punya loklaq aku deko main campak aneka coklat. Fail sungguh subjek simetri, persamaan linear.haha..RM 8 aku laburkan di kedai dua ringgit semata untuk dekorasi atas kek, plus cadbury dikedai sebelah, 5bijik seringgit tahu! keke..
Walaupun peringkat pembuatan kek ini agak sadis, Alhamdulillah en suami suka. Siap puji kek ni lagi sedap dari Secret Recipe! Cuba letak kek Muni Receipe ni dekat SR tengok, terbaiklah..kata beliau. Aiman Afia pun suka. Aku? double triple kembang setaman!
Ni dia kek yang dah dipotong. Layernya pun comot tak berapa jadi. Masa potong kek pun dah berkecai aku bikin.huhu. Aku simpan dalam peti ais, waktu nak ngap baru keluarkan, biar sekejap bagi kek lembut, coklat mencair sedikit..nyum..baru rasa nikmat makan!
* Nanti aku share resepinya. Nak kena cari mana aku letak resepi dulu, almaklum la buat kek ni kena ada sukatan semua. Aku ni pulak kalau masak main campak hempuk ikut dan.
Sunday, March 08, 2015
Roti Canai Kuah Daging Sedap Sungai Petani
Lokasi dekat Taman Ria, menuju ke market, tepi jalan dekat tapak playground. Berniaga tebar roti guna lori saja ok, tapi memang menjadi tumpuan orang ramai. Kuah daging dia tu yang istimewa. Sedap! Roti canai pun tak kurang dari segi rasa.
Balik kerja pagi habis ibu duty malam, kami terus gerak untuk bersarapan. Muka masing-masing macam tak mandi. Bukan macam lagi, memang belum mandi pun. hahaha..
Adik Fia sorang je ibu dah bilas badan dan salin baju. Mata masih sepet lagi baru bangun tido.
Turun saja kereta, si chubby pun berkata, " ni la tempat Aiman suka ni.." Memang agak lama juga tak ke sini. Sampai je roti terus belasah!
Abah roti kawen banjir. Aiman roti telur banjir. Ibu punya roti kawen seperti gambar. Yang telur untuk suapkan cik pia. 4 5 potong jugak dia makan.
Ni dia kasi zoom kuah daging sedap. Nyum!
Tengah makan rasa macam tak cukup, en suami order lagi dua keping roti kuah daging banjir, bahagi dua dengan Aiman. Pastu mengada tau tinggal sikit je lagi mengaku kenyang. Aku secara sukarela tolong habiskan.
"Dulu..saya dok jadi tong sampah..la ni hang pulak!"
Kata en suami kepada bininya yang kuat makan.
Subscribe to:
Posts (Atom)









