Pixajoy

Wednesday, October 16, 2013

Photoshoot Raya



Alhamdulillah raya haji kali ni semua famili en suami berkumpul. Sorang pun tak miss. Walau en suami cuma tiga beradik, bukan senang juga nak bagi cukup korum macam ni. FIL tempah photographer untuk photoshoot raya versi sempoi je. Lokasi photoshoot dekat 'Rumah Tok Su' area Taman Rimba. Sesi dibuat seberapa pantas dalam keadaan sedikit berlecak sebab baru lepas hujan. Yang penting kita enjoy!


Snap terakhir gambar Aiman secara solo. Masa ni gerimis mula mengundang, aku dan Afia dah berteduh dekat tangga 'Rumah Tok Su'. Aku sempat zoom dari jauh guna cik pink murah aku tu la.




Tuesday, October 15, 2013

Kelam Kabut Raya



Drama Pagi Raya. Jam menunjukkan hampir 7 pagi dan masing-masing terlajak tidur. Memang lawak tengok en suami kelam kabut bangun selak langsir membebel la kata nak solat hari raya pukul 8 sempat ke tak ni? Aku rilex je kata sempat. haha. Berdrift la kami dekat highway. Sepanjang perjalanan hujan turun, Alhamdulillah sampai kampung dengan selamat, sempat en suami solat raya dengan baju raya yang tak sempat bergosok. 

Hidangan raya telah tersedia untuk disantap. Menantu bertuah ni dengan tak malunya terus melantak. Menu Raya Korban kami nasi jagung bersama ayam masak merah, kurma kambing, ketupat, Rendang Tok dan Rendang daging. Petangnya bertolak balik SP semula, aku masuk kerja pukul 7. Wajib la angkut si bambam, si chubby tinggal dekat rumah Wan, esok pagi habis kerja drift semula ke Alor Setar. 


Aiman nak main dengan adik Afi katanya, esok adik Afi dah nak balik Lumut.




Waktu Takbir Hari Raya Aidiladha





Sekadar perkongsian, masih ramai yang tak tahu termasuk aku.hehe..





Monday, October 14, 2013

More Than, Less Than



Dah Isyak pun tak bertolak balik kampung lagi. Malas je rasa, badan pun penat-penat. Nak balik sehari dua berkemas macam nak balik dua minggu. Rajin update ni sebab CPUV tengah on going, jangan last-last kredit dapat satu sen ja macam hari tu. Bila nak merasa cashout?haha..

Aktiviti Aiman semalam. Aku download dan print dari internet. Belajar more than and less than. Mudah je ni, nombor pun dari 1 sampai sepuluh je pun. Ibu cuma nak kenalkan Aiman dengan simbol more than dan less than. Aiman pun kata benda ni kacang!huhu..




Tahun depan Aiman dah darjah satu. Ibu kena la gigih home schoolkan si chubby. Semoga diberi kelapangan masa dan kerajinan yang tak putus. Untuk Afia pun dah kumpul banyak bahan, tunggu dia besar sikit je nak start, jangan hangat-hangat taik ayam sudah!hiks..